Di saat rakyat terjejas akibat pandemik COVID-19 terutama bagi individu yang dibuang kerja dan pendapatan terjejas.

Mesti ramai yang mengharapkan mengeluarkan wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ini, terutamanya dari akaun 1.

Kecoh Tentang Pengeluaran KWSP, Tapi Korang Tahu Tak Fungsi Dan Beza Akaun 1 Dan Akaun 2?
Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan sedang mengkaji saranan untuk membenarkan pencarum tertentu mengeluarkan dana daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi individu yang terjejas.

Selalu dengar tentang akaun 1 dan akaun 2 yang ada di dalam KSWP tu tapi korang tahu tak apa beza antara 2 akaun ini?

Kecoh Tentang Pengeluaran KWSP, Tapi Korang Tahu Tak Fungsi Dan Beza Akaun 1 Dan Akaun 2?

Caruman 70:30
Sebelum itu, anda perlu tahu, setiap bulan caruman yang anda dapat dibahagikan kepada nisbah 70:30 yang mana 70% akan disalurkan ke Akaun 1 dan baki 30% dibahagikan kepada Akaun 2.

Ads

Mengikut kadar caruman semasa 23% diambil daripada gaji pekerja, yang mana 11% adalah caruman pekerja yang diambil menerusi potongan gaji bulanan dan 12% adalah caruman daripada majikan.

Ini membawa kepada takrifan:

Akaun 1 – 70% adalah caruman bulanan daripada majikan
Akaun 2 – 30% adalah caruman bulanan daripada pekerja

Ads

AKAUN 1

  • Bertujuan untuk kegunaan selepas bersara dan pelaburan dan tidak boleh dikeluarkan sepenuhnya sebelum usia mencecah 55 tahun.
  • Disarankan untuk diletakkan penama bagi memudahkan waris untuk membuat tuntutan.
  • Dibenarkan untuk melabur sebahagian daripadanya.

Kecoh Tentang Pengeluaran KWSP, Tapi Korang Tahu Tak Fungsi Dan Beza Akaun 1 Dan Akaun 2?

AKAUN 2
Beza dengan Akaun 1, Akaun 2 KWSP berperanan sebagai simpanan persediaan persaraan. Pengeluaran dibenarkan bagi tujuan:

Ads
  • mencecah usia 50 tahun
  • membayar pendahuluan pembelian rumah pertama
  • menyelesaikan baki pinjaman perumahan – rumah pertama
  • pembiayaan pendidikan peribadi
  • menampung kos perubatan
  • menunaikan haji

Cara Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah

Harga hartanah yang semakin hari semakin melonjak tinggi menyebabkan pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberikan kemudahan kepada ahli KWSP untuk mengeluarkan simpanan di Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah.

Kerajaan sebelum ini, telahpun melaksanakan beberapa kelonggaran berhubung KWSP, khususnya membenarkan caruman pekerja dikurangkan kepada 7 peratus daripada 11 peratus dan pengeluaran menerusi i-Lestari yang mana pencarum boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan daripada Akaun 2 masing-masing.

SUMBER : KWSP

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI