Kecoh Warga Indonesia Diberi Bungkus Nasi Anjing Untuk Sahur Ramadan

Share

Kecoh di negara seberang  apabila warganya menerima bantuan makanan tertulis Nasi Anjing. Kejadian ini berlaku di Tanjung Priok, Jakarta Utara yang mana wargaya terperanjat apabila bungkusan nasi diterima tertera perkataan nasi anjing beserta logo kepala anjing tertera di atasnya. Malah tertulis juga ‘nasi anjing, nasi orang kecil, bersahabat dengan nasi kucing’.

Hal ini mendapat perhatian ramai di mana Ketua Pesuruhjaya Perhubungan Polis Metro Jaya, Yusri Yunus memaklumkan agihan makana itu dilakukan di sekitar Masjid Babah Alun, Warakas, Tanjung Priok, Jakarta Utara semalam.

“Akibatnya penerima bantuan marah dan kecewa kerana menerima makanan tersebut,”katanya kepada Detik News.

Jelasnya penduduk rasa dipermainkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan memberi bungkusan makanan dipercayai isinya adalah daging anjing. Mereka juga mempersoalkan tujuan individu memberi makanan itu kepada Muslim.

“Polis telah melakukan siasatan kepada tiga orang saksi dan menyita bahan bukti untuk mengetahui siapa pengirim makanan tersebut dan melakukan pemeriksaan makmal jenis daging apa yang di dalamnya.

Inilah nasi anjing. Lauknya adalah sotong, ikan bilis dan sosej daging
Mengambil semangat anjing yang setia dan potion lebih besar dari nasi kucing, sedekah ini diberi nama nasi anjing oleh pemiliknya

 

Ermmm rupanya nasi anjing tu di dalamnya sotong, sosej daging dan ikan bilis, hikz!

Di sebalik kes yang tular hingga warga Indonesia menjadi kecoh, rupanya nasi anjing diberikan sempena sahur Ramadan ini isinya berupa sotong (disebut cumi ), sosej daging dan ikan bilis (dipanggil teri oleh warga Indonesia). Hahaha. Memang bikin suspen saja.

Menurut Yusri lagi, selepas isu itu kecoh, tampil individu menjelaskan situasi sebenar dan meminta maaf di atas salah faham yang terjadi.  Menurut mereka, sedekah itu diberikan oleh sebuah komuniti ARK Qahal di Jakarta Barat dan individu yang mahu bersedekah di bulan Ramadan ini untuk penduduk yang terjejas akibat COVID-19.

“Namun salah faham timbul antara pemberi makanan dan penerima. Namun pihak kami sudah meminta agar nama Nasi Anjing itu ditukar agar tidak timbul salah faham kepada masyarakat,” katanya lagi.

Berdasarkan pengakuan pengirim bungkusan nasi, pemakaian istilah anjing merujuk kepada sifat setia dan mampu bertahan dalam kehidupan yang dimiliki oleh haiwan tersebut (merujuk kepada sifat anjing).

“Istilah yang diguna pakai yang digunakan dengan nama anjing itu kerana kami menganggap anjing haiwan yang setia dan nasi anjing kerana dibungkus lebih besar berbanding nasi kucing dan diperuntukkakn untuk orang kecil untuk bertahan dalam kehidupan.

Malah makanan itu halal sepenuhnya dan isinya adalah sotong, sosej daging dan ikan bilis, bukan berisi daging anjing seperti penduduk salah faham.

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros