Sabar ya Mail..
Kalau benda dah nak jadi, jadi juga kan?
Itulah yang melanda penyanyi, Ismail Izzani semalam apabila dia berkongsi kejadian yang menimpa lengan kanannya. Kejadian tidak disengajakan itu berlaku di kawasan tangga menurut Mail melalui video di Instagram Story-nya.
“Bagi semua yang bertanya, Mail terjatuh di kawasan tangga dan dengan tak sengaja terduduk di atas lengan kanan. Mail terus melakukan pemeriksaan bersama doktor dan beliau mengesahkan tiada kesan patah ataupun retak pada lengan dan tapak tangan.
“Cuma, ada tisu bengkak di bahagian dalam dan doktor menasihati saya untuk memakai arm sling ini serta tidak terlalu menggunakan tangan kanan agar cepat pulih. Tetapi saya okay saja,” katanya.
Menerusi satu foto yang dimuat naik oleh Mail di Instagram sejurus selepas itu berserta status “Kecundang”, lebih 1,100 komen telah menghujani ruang komen untuk memberikan kata-kata semangat kepada Mail.
Antaranya termasuklah pesanan, “Get well soon baby”, “Hope you can dance and sing soon” dan “Kau tetap ada walaupun diriku tak sempurna.”
Amboi, komen sampai terkeluar lirik lagu Bidadariku! Apa-apa pun REMAJA doakan agar Mail cepat sembuh & menjaga kesihatan sebaiknya sementara ini.
Hukum Berkahwin Dengan Ipar, Dengar Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Ni!
Tular baru-baru ini drama dari negara jiran bertajuk “Ipar Adalah Maut” yang membawa elemen drama, dan ketegangan dalam cerita yang penuh konflik kekeluargaan dan rahsia gelap.
Filem ini berjaya menggugah perasaan penonton melalui tema hubungan kekeluargaan yang rumit, penipuan, dan dendam.
Mengisahkan tentang dinamika antara ipar-ipar yang pada mulanya mesra tetapi berubah menjadi hubungan penuh kecurigaan dan bahaya, filem ini memberikan gambaran tentang bagaimana perasaan negatif yang terpendam boleh mencetuskan insiden yang tidak diduga.
Hukum berkahwin dengan ipar
Baru-baru ini, Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjawab persoalan tentang hukum berkahwin dengan ipar.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Azhar menjelaskan hukum mengahwini dua orang wanita yang mempunyai ikatan adik beradik dalam masa yang sama.
@ilmi.hub Hukum nikah dengan ipar ilmu1️⃣👉@ilmi hub ilmu2️⃣👉@ilmi hub ilmu3️⃣👉 @ilmi hub #fyp #dakwahtiktok #ilmuagama #ustazazharidrus #soaljawabagama #ustaz #dakwah ♬ Islam – Lafina
Tak boleh berkahwin dengan mereka berdua sekaligus. Dua orang isteri kita ini adalah adik beradik maka haram, tidak sah.
Isteri yang mana kita bernikah dahulu itu sah, isteri yang kedua tidak sah.
Allah sebut dalam Al-Quran: ‘haram kamu berkahwin sekaligus dengan dua perempuan adik beradik.’
Menurut Ustaz Azhar, hukum tersebut haram kerana ipar masih dikira mahram sementara.
Tidak boleh kahwin dengan ipar kerana mereka mahram sementara. Ipar mahram sementara selama kita berkahwin dengan adik beradik dia.
Kalau mahram selamanya seperti ibu, kakak dan ibu saudara..itu sampai kiamat mahram.
Cerai atau meninggal dunia
Walau bagaimanapun, seorang lelaki boleh berkahwin dengan iparnya andai dia dan isteri bercerai atau meninggal dunia.
Dua syarat jika mahu berkahwin dengan ipar. Yang pertama, sama ada kita sudah bercerai dengan isteri kita atau isteri kita meninggal dunia.
Semoga bermanfaat!
Sumber: TikTok
BACA LAGI : Hukum Kongsi Gambar Tak Tutup Aurat, Tak Bertudung Dengan Kawan “Close Friends”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Umur Baru 15 Tahun, Gaji RM400 Ribu Sebulan, Kerja Apa Remaja Ini Buat?
15 tahun! Pada usia ini, remaja bersekolah dalam tingkatan tiga di sekolah menengah. Mungkin masih tercari-cari identiti dan masa depan kerana belum habis SPM lagi. Sebahagiannya hanya tahu bermain games, sweet-sweet cinta dan sebahagian aktiviti lain.
Membaca kisah Tanmay Bakshi ini mungkin boleh membuka minda kita. Dia terlampau bijak dan kepandaiannya mungkin melebihi kepandaian orang dewasa.
Angka ini mungkin buat orang terkejut tetapi tiada yang mustahil. Mungkin bagi remaja di negara ini kurang mengenali Tanmay Bakshi. Baru berusia 15 tahun tetapi gajinya 66 lakh (1 lakh bersamaan 100 ribu rupee. 100,000 rupee bersamaan RM6,033). Jika gajinya dikira dalam Ringgit Malaysia, boleh mencecah RM400,000 sebulan. Wow, amazingkan.
Siapa Tanmay Bakshi dan kenapa gajinya terlalu banyak pada usia yang cukup muda? Untuk pengetahuan, Tanmay ialah seorang pengaturcara komputer, pakar kecerdasan buatan dan kecekapan teknologi yang termuda di IBM, syarikat komputer terkenal di dunia. Jawatannya sekarang ialah Youngest IBM World Watson Programmer. Dia dilahirkan pada 16 Oktober 2003.
Bagaimana dia boleh begitu berjaya? Ibu bapanya berhijrah dari Delhi, India ke Brampton Kanada pada 2004 ketika usianya setahun. Bapanya Puneet Bakshi ialah seorang pengatur cara komputer dan ibunya, Sumita ialah seorang suri rumah.
Bila melihat bapanya sering berada di depan komputer, ia telah menarik minat remaja ini ingin mengetahui apa pekerjaan yang dilakukan oleh bapanya.
Dia mula membuat pengekodan pada usianya 5 tahun. Pada saat kawan-kawan sebayanya hanya menyusun lego tetapi Bakshi belajar bagaimana membina kod. Dia sering melihat bagaimana bapanya bekerja dan dia begitu tertarik.
Pada usia itu, Bakshi sering bertanya bagaimana komputer boleh melakukan apa-apa,” katanya ketika ditemuramah oleh CNBC Make It. Saya mahu tahu apa yang berlaku di belakang komputer dan melihat bagaimana anda boleh mengawalnya dan memberitahu mereka apa yang perlu dilakukan”.
Merasakan keingintahuannya ini, ayahnya mengajarnya bagaimana untuk memprogram. Dari sana, Bakshi mula menggunakan internet dengan sendiri dan membaca buku mengenai pengaturcaraan.
Malah dari satu peringkat usia, dia berjaya membangunkan beberapa aplikasi dan kod sumber pada usianya itu.
Pada usia tujuh tahun, Bakshi menubuhkan saluran YouTube di mana dia menyiarkan tutorial mengenai pengekodan dan pembangunan web. Dengan setiap muat naik video, dia menerima beribu-ribu soalan dari orang di seluruh dunia.
Menyedari bahawa tidak ada pengetahuan mengenai pengaturcaraan dan pembelajaran mesin, dia menjadikannya misi saluran YouTube untuk membantu 100,000 anak-anak dan pemula yang bercita-cita sepanjang perjalanan pengekodan mereka. Hari ini, beliau mempunyai lebih daripada 200,000 pelanggan.
Dia menamatkan aplikasi iOS pertama dalam App Store ketika usianya 9 tahun. Pada usianya 11 tahun, dia memuat naik sebuah video di Youtube berkaitan ilmu kecerdasan buatan. Pada usianya 13 tahun, dia mula bekerja dengan perisikan Artificial.
Antara aplikasi pertama yang diciptanya ialah tTables yang membantu dalam mempermudah dan pembelajaran sifir darab (5). Pada usianya 15 tahun ini, dia telah menerbitkan sebuah buku, menganjurkan TEDx Talk dan bercakap pada sidang kemuncak IBM Watson di seluruh dunia termasuk Finland, New Zealand, Denmark dan Australia.
Seiring dengan berjalannya waktu, Bakshi kehilangan minat dalam pengaturcaraan. “Saya selalu merasakan bahawa teknologi sangat terhad, saya sentiasa merasakan bahawa ketika anda memasukkan sesuatu, ia akan menjadi jauh ke belakang,” kata remaja itu.
Namun dia terus dengan minatnya dengan komputer.
Dalam masa seminggu, beliau telah membina aplikasi Watson pertamanya. Dia menamakannya “Tanya Tanmay,” di mana aplikasinya bertindak balas kepada soalan dengan menimbang jawapan yang terbaik sebelum melontarkan tindak balas.
Tidak lama selepas itu, beliau terjumpa perkhidmatan yang ditawarkan oleh IBM yang dipanggil Penukaran Dokumen, yang berada di alfa pada masa itu. Objektif utama perisian adalah untuk menukar dokumen dari satu format, seperti PDF, ke format lain seperti HTML.
Dalam beberapa minit bermain-main dengan perisian, Bakshi menemui sesuatu (pepijat). Dia menyiarkan penemuannya di laman web pengaturcaraan dan Twitter peribadinya.
Golongan bijak pandai di IBM tertarik dengan kebolehannya dan terus menghubunginya.”ia benar-benar menyeronokkan,” kata Bakshi. “Semua di IBM menjangkau imaginasi saya.”
Dari kerjasama, dia ditawarkan bekerja di IBM.
Sejak itu, gergasi teknologi itu telah menawarkan Tanmay banyak peluang bercakap dalam persidangan yang dihoskan oleh syarikat tersebut. Pada satu persidangan, Bakshi menjadi penceramah utama di hadapan 25,000 orang, dan di Persidangan IBM di Bengal, India, dia bercakap di depan 10,000 orang.
Lihatlah, komputer sebenarnya banyak manfaat, bukan hanya pandai bermain Mobile Lagends sahaja. Jika Tanmay berusia 15 tahun mampu memanfaatkan usianya dengan perkara bermanfaat, apa remaja Malaysia boleh lakukan pada usia ini?
Mungkinkah kita menantikan sesuatu yang sangat bermanfaat dari remaja Malaysia?
Saksikan kepetahan remaja ini saat dia ditemubual sebuah stesen radio..
A 13 year old Indian boy got job in Google America. 66 lakh per month salary. See his interview.
Posted by Sudhakar Kini on Tuesday, 6 February 2018
Tunku Azizah Bergelar Mahasiswa UIA Pada Usia 64 Tahun -‘Kembali Ke Sekolah…!’
Usia bukan penghalang untuk menuntut ilmu. Itu yang dibuktikan oleh Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang kini bergelar mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
ARTIKEL BERKAITAN : Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Terima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif UiTM
Hal ini tular selepas baginda berkongsi khabar gembira itu di laman sosial TikTok sambil memuat naik foto memegang kad pintar UIA yang tertera International Institute of Islamic Thought and Civilization universiti berkenaan.
“Kembali ke sekolah, doakan saya!” titah baginda di ruangan kapsyen.
Warga maya tidak henti memberikan sokongan kepada baginda dan berharap pembelajaran beliau dipermudahkan. Tidak kurang juga yang berseloroh seronoknya jika baginda tinggal di kolej.
“Tuanku, selamat menjadi mahasiswa IIUM. Semoga patik dapat bersua muka dengan tuanku di mana-mana kulliyyah nanti. Aminn.”
“Siapalah roomate Tuanku ni, untungnya.”
Sekadar info, baginda dilantik semula sebagai Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa mulai 31 Januari lalu.
Pelantikan semula Tunku Azizah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Ia merupakan penggal kedua baginda menjawat jawatan berkenaan selepas dilantik bagi penggal pertama pada 2019.
Baru-baru ini, baginda turut berkenan mencemar duli merasmikan Istiadat Konvokesyen UIAM ke-40 2024.
BACA : Tunku Azizah Cuma Amal Dua Rutin Kecantikan, ‘Simple’ Betul!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.