Trend minuman Boba yang viral sebelum ini menjadi ‘kegilaan’ di kalangan remaja SEMUA orang.
Satu per satu stor minuman Boba muncul dengan ciptaan minuman baru yang kelihatan hampir sama, semuanya masih mempunyai bubble pada dasar botol minuman.
Terbaru tular dikatakan kedai minuman boba yang pernah menjadi rebutan orang ramai kini bukan sahaja tutup operasi malah terpampang bunting yang bertulis ‘untuk disewa/ dijual’ di hadapan kedai.
Serious la wey?
Impak penularan COVID-19 bukan sahaja memberi kesan kepada sektor pelancongan, malah beberapa premis perniagaan makanan juga turut mengalami masalah sama berkemungkinan tidak lagi mampu menanggung kos operasi.
Minuman boba pernah menjadi kegilaan orang ramai sejak setahun lepas dengan percambahan kedai yang mengusahakan minuman ini terutama di jalan SS15, Subang Jaya. Ketika awal penularan minuman ini, kedai-kedai ini sentiasa dipenuhi pelanggan.
When Reality Strikes! I see millions of dollars drained out, I see disappointment of the business owners, I see sadness, I see losing of hopes…… At the same time, I see possibility in reshaping the ecosystem here, I see stablizing of demand and not speculation I choose to see HOPE! The wave is neither cruel or mercy, face it with no judgement, adjust our mentality and start to adapt the New Normal and may all business strive again!
Posted by Keith Kuang on Monday, May 11, 2020
Melihat video yang dikongsi seorang netizen melalui Facebook miliknya tentang penutupan kedai minuman boba itu, berkemungkinan mereka sudah mula gulung tikar disebabkan krisis COVID-19.
Katanya, kita perlu sediakan mental dan mula menyesuaikan diri dengan normal baru dan semoga semuanya berjalan lancar semula.
Pastinya, inilah realiti yang perlu dihadapi jika mengadakan perniagaan atas nama trending. Tak semua makanan atau minuman yang tular itu kekal lama, ia hanya popular untuk beberapa waktu sahaja.
So bertabah la dengan dugaan ini, moga ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
Sumber : Facebook Keith Kuang
[Recap 2018] Ada Bunyi Letupan Sebelum Terbabas, Anak Kongsi Cerita Ibu & 3 Beradik Maut Di LPT
Kemalangan yang meragut empat beranak di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) antara tajuk berita yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia pada Jun lalu.
Mohd Shahrul Ikhram antaranya yang terselamat dan berkongsi kisah trauma apabila melihat ibu dan adik-adiknya meninggal dunia di depan mata.
“Cepat sangat benda tu jadi sebab saya baru berbual dengan Ma. Ma tanya kita dah kat mana dan saya jawab dah kat Maran dan Ma sambung tidur semula. Kemudian secara tiba-tiba saya dengar bunyi letupan lantas kereta kami tersasar merempuh pengadang besi di kiri jalan. Semua berlaku sekelip mata, terlalu kejap,” kongsi Mohd Shahrul Ikhram, 20 yang terselamat dalam nahas jalan raya pagi semalam.
Menafikan dirinya mengantuk kerana mereka sudah berhenti tidur di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh dan sudah memandu setengah jam selepas berehat itu, dia yang memandu kenderaan mengakui masih lagi trauma apabila menyaksikan empat ahli keluarganya maut serentak dalam nahas ngeri yang berlaku di Kilometer 161.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), arah Timur di Maran, Pahang, kira-kira jam 8.30 semalam.
Terkorban dalam kejadian menyayat hati ini ibunya, Azian Abdullah, 50 serta tiga lagi adik beradiknya iaitu kakak sulungnya, Fatin Najwa Mazlan, 27, adiknya, Fatin Nur Adriana, 15 dan Mohamad Danish Najmi, 10. Sementara itu, dia dan seorang lagi adiknya, Fatin Nur Athirah, 19 tahun yang berada dalam kenderaan itu hanya mengalami kecederaan.
Kongsi Mohd Shahrul, sebaik letupan berlaku, kereta terus tersasar melanggar penghadang besi jalan lalu tembus ke dalam dalam kereta membuatkan mereka semua tersepit.
“Buka saja mata, saya tengok Ma, kak long dan adik-adik tersepit, saya cuba bantu tapi tak terdaya. Saya sendiri gagal mengerakkan sebelah tangan ketika itu ekoran bahu tercedera. Memang sedih tengok Ma dan adik beradik maut depan mata,” katanya yang masih lagi trauma dengan kejadian itu.
Jelasnya lagi, kemalangan itu menimpa hanya kira-kira setengah jam selepas mereka meninggalkan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh untuk meneruskan perjalanan pulang ke Kemaman.
Kata anak keempat dari tujuh beradik ini, mereka enam beranak bertolak dari Kuala Lumpur sekitar jam 1 pagi dan singgah di R&R Temerloh untuk berehat dan tidur kira-kira jam 3 pagi dan turut bersahur di situ. Mereka kemudiannya menunaikan solat Subuh sebelum menyambung tidur di dalam kereta sehingga hampir ke jam 8 pagi sebelum kemalangan terjadi pada jam 8.30 pagi.
Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Jengka sebelum jenazah empat beranak ini selamat dikebumikan dalam satu liang lahat sekitar jam 12.00 tengah malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Bandar Cheneh Baru, Kemaman.
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan ini ketika seluruh ahli keluarga berkumpul. Lebih menambah pilu apabila dua anak yang cedera, Fatin dan Shahrul menatap dan mengucup dahi satu persatu jenazah ibu dan adik mereka yang meninggal dunia.
Kira-kira 500 orang ramai yang hadir ke tanah perkuburan itu bagi memberi penghormatan akhir kepada kesemua mangsa juga kelihatan tersentuh hati tatkala melihat satu persatu jenazah mangsa diturunkan ke liang lahad.
Suami dan bapa mangsa, Mazlan Mohd Rashid, 48, yang juga Pegawai Felcra kelihatan tabah ketika pengebumian itu dilakukan.Terdahulu, empat jenazah berkenaan itu tiba di Surau Al-Ridhuan, Peringkat 4, Bandar Cheneh Baru, kira-kira jam 10.15 malam dari Hospital Jengka, Pahang. Ketibaan jenazah disambut dan disembahyangkan kira-kira 1,000 orang jemaah.
Rasa tak sedap hati – Bapa
Jumaat lalu, enam sekeluarga ini bertolak ke Kuala Lumpur bagi membeli barang persiapan menyambut hari raya. Malah mereka sempat singgah ke Genting Highland seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dan menumpang tidur di rumah kakak kedua.
Di rumah sebelum kejadian itu berlaku, suami dan juga bapa kepada anak-anak ini, Mazlan Mohd Rashid, 54 mengakui sudah berasa tidak sedap hati.
Mazlan berkata, secara tiba-tiba dia merasa ‘sesuatu’ akan berlaku namun tidak menduga akan diuji dengan ujian berat kehilangan isteri dan tiga anak serentak di saat sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir.
“Tapi ini dah suratan takdir, saya reda…sedih memang sedih. Pagi tadi (kelmarin) saya rasa sesuatu, saya telefon isteri dan dia kata dah bergerak balik ke rumah,” katanya.
Mazlan yang juga Pegawai Felcra memberitahu, rasa tidak sedap hatinya itu terjawab selepas Mohd Shahrul Ikhram menghubunginya dan memaklumkan mereka enam beranak terlibat kemalangan di Maran.
“Saya bergegas pergi ke LPT di Maran, namun saya hanya mampu tatap jasad isteri dan tiga anak yang sudah terbaring kaku,” katanya lagi.
Bagaimanapun Mazlan mengakui merasa lega dan berpuas hati kerana dapat menguruskan perjalanan akhir isteri dan tiga anaknya itu sehingga kesemuanya selamat disemadikan.
“Terima kasih kepada kawan-kawan dan semua yang menguruskan jenazah sehingga semuanya selamat dikebumikan” katanya yang tidak mengikut isteri dan anak-anaknya itu.
Ramadan ini sudah pasti tidak sama lagi, begitu juga Aidilfitri yang bakal disambut. Walau seberat mana ujian, namun seluruh ahli keluarga ini redha.
Sementara seorang lagi anak mangsa, Amirul Shafiq, 24 berkata, kesemua adik beradiknya nampak gembira hendak pergi shoping sebelum kejadian.
Kata anak ketiga ini, ketika kali terakhir berjumpa ibu dan adik beradiknya itu, ibunya menyuarakan hasrat untuk membeli persiapan Aidilfitri ke KL pada Jumaat lalu.
“Ma, kak long dan empat lagi adik saya bertolak ke KL pada jam 9 pagi Jumaat lalu dan mereka sempat singgah di Genting Highlands. Tapi saya terkejut lepas abah bagitahu saya pada jam 9 pagi tadi yang ma, kak long dan adik-adik ditimpa kemalangan,” katanya yang kelihatan masih trauma.
Alfatihah untuk seluruh ahli keluarga yang maut dalam nahas menyayat hati ini.
Kredit :- Raihan Sanusi, Sinar Harian Kemaman
*****
Al-Fatihah buat seluruh ahli keluarga Shahrul Ikhram yang telah terkorban dalam kemalangan ini. Semoga pemuda ini terus tabah dan kuat untuk meneruskan kehidupannya selepas ini.
Laungan Azan & Zikir Antara Punca 12 Remaja Ditemui Selamat & Ditawarkan Menonton Final Piala Dunia
Dunia sekarang sedang memberi tumpuan penuh kepada usaha penyelamatan 12 remaja berusia 11-16 tahun serta seorang jurulatih bola sepak mereka yang terperangkap dalam Gua Tham Luang Nam Ning di Chiang Rai, utaraThailand berdekatan Myammar.
Setakat jam 12 tengahari tadi, dikhabarkan 6 remaja sudah selamat dibawa keluar dengan bantuan penyelam profesional. Malah usaha membawa keluar remaja yang kelihatan agak lemah ini agak unik dan mungkin pertama kali dilakukan di dunia iaitu mereka dibawa melalui satu tiub yang membekalkan oksigen sebelum ditarik oleh penyelam profesional sehingga selamat biarpun laluannya agak getir dan berliku. Ini kerana kedudukan gua ini agak kelam, sempit, berlumpur serta kedalaman air juga tidak memungkinkan remaja ini mampu berenang dengan selamat.
Kisah remaja ini sememangnya menarik minat dunia untuk mengetahui kisah mereka. Usaha menyelamatkan bukan saja datangnya dari Thailand sendiri tetapi ada lapan negara lain iaitu US, England, Australia, Myanmar, Laos, Japan, China serta Royal Thai Navy. Usaha menyelamat diketuai oleh British Cave Rescue Council.
Malah dikhabarkan seorang penyelam dari unit SEAL ditemui tidak bernyawa lagi selepas oksigennya kehabisan dan tentunya dia dijulang sebagai hero dalam usaha menyelamatkan kesemua remaja ini.Pegawai (bersara) Tentera Laut Kelas Pertama, Saman Kunam, meninggal dunia dalam perjalanan keluar dari kompleks gua Tham Luang selepas menyelam untuk membekalkan tangki oksigen di sebuah lubang gua pada kira-kira pukul 2 pagi tadi.
“Berita ini cukup menyedihkan. Bekas anggota unit Tentera Laut Diraja Thailand (SEAL) yang membantu secara sukarela meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi.
“Tugas beliau adalah untuk menghantar bantuan oksigen ke dalam gua. Malangnya beliau sendiri tidak mempunyai bekalan udara mencukupi untuk pulang,” kata Timbalan Gabenor Chiang Rai, Passakorn Boonyaluck kepada wartawan.Di sebalik ramai yang beryukur kerana sudah ada remaja yang dibawa keluar (biar belum sepenuhnya lagi setakat berita ini ditulis) selain usaha dari pihak antarabangsa tetapi tentunya ramai yang ingin mengetahui bagaimana detik awal remaja ini ditemui selamat selepas 10 hari hilang.
Beberapa hari sebelum ini di media sosial, kelihatan ketua polis yang ditemuramah berkali-kali mengucapkan ribuan terima kasih di atas usaha seorang alim yang bertindak azan, berzikir dan mengalunkan ayat suci al-Quran di gua tersebut selepas beberapa orang ketua Buddha dilihat memasuki gua tersebut namun pulang dengan hampa. Malah dari butir videonya yang telah disarikata, berkali-kali beliau mengucapkan terima kasih kerana bersama-sama membantu dalam usaha menyelamatkan remaja yang terperangkap ini. Mungkinkah ada “makhluk lain” yang menyembunyikan remaja ini dan “kesemuanya” mula tunduk apabila mendengar laungan azan dan ayat-ayat suci ini kerana sesungguhnya Allah maha berkuasa dan maha besar.
Teori “makhluk halus” ini dikaitkan dengan kenyataan semalam bahawa budak lelaki yang terperangkap ini memberitahu penyelam, mereka ada mendengar bunyi salakan anjing, ayam berkokok dan kanak-kanak bermain sehing timbul pertanyaan, mungkinkah ada laluan rahsia tersembunyi jauh di dalam gua Tham Luang itu?
Di sebalik episod mendebarkan menanti sama ada mereka selamat atau pun tidak, Presiden FIFA, Gianni Infantino telah melalui surat kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Jeneral Somyot Poonpanmoung menjemput 12 pemain remaja dan jurulatih mereka menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2018 di Moscow, Russia yang akan diadakan pada 15 Julai akan datang jika mereka keluar dengan selamat dan berada dalam keadaan sihat untuk melakukan perjalanan.
Salinan surat itu disiarkan dalam Facebook FAT.
“Kami berharap, mereka dapat disatukan semula dengan keluarga masing-masing pada hari-hari yang akan datang dan tahap kesihatan mereka membolehkan mereka melakukan perjalanan, FIFA gembira untuk menjemput mereka sebagai tetamu kami untuk menyaksikan final Piala Dunia 2018 di Moscow,” demikian menurut Infantino dalam surat tersebut.
Beliau berharap pemain berusia antara 11 dan 16 tahun dan jurulatih berusia 25 tahun daripada Akademi Bola Sepak ‘Wild Boar’ (Mu Pa) dapat menyertai FIFA di perlawanan akhir yang ‘pastinya menjadi detik persahabatan dan sambutan yang indah’.
Final Piala Dunia 2018 akan berlangsung di Stadium Luzhniki, Moscow pada 15 Julai ini.
BACA, inilah kronologi bagaimana remaja yang menggangotai pasukan bola sepak ini boleh hilang dan dijumpai.
Baca juga kisah yang dikongsi di facebook kenapa usaha menyelamatkan kanak-kanak ini mengambil masa.
Halangan geografi, cuaca buruk dan beberapa pilihan membuat tawaran untuk menyelamatkan pemain bola sepak dan berbahaya. Satu pasukan pemain bola sepak Thailand – 12 budak lelaki berumur 11-16 tahun dan jurulatih mereka – telah hilang di dalam sebuah gua banjir di negara utara jauh sejak Sabtu. Penyelamat yang diketuai oleh penyelam angkatan laut elit telah menemui tanda-tanda lelaki di dalam tetapi tidak dapat mengesan mereka.
Tham Luang Nang Non gua di wilayah Chiang Rai mempunyai kawasan pintu masuk yang mengagumkan.yang mudah dilalui dan menjadi tarikan pelancong. Seluruh gua adalah lebih besar dan jauh lebih mudah diakses. Kompleks ini membentang sehingga 10 kilometer, sebahagian besarnya adalah rentetan sempit sempit. Terdapat beberapa perubahan ketinggian di sepanjang jalan.
Adalah difikirkan bahawa anak-anak lelaki dan jurulatih mereka masuk ke dalam dan terjebak ketika gua membanjiri hujan lebat. Gua itu diketahui banjir semasa musim hujan Thailand dari bulan Jun hingga November. Beberapa beg telah ditemui di dalam bilik jauh dari pintu masuk dan dipercayai anak-anak lelaki telah masuk lebih jauh ke dalam gua untuk mencari tanah kering.
Cukup semata-mata, banjir dan ruang tegang adalah usaha yang menghalang. Penyelam cuba untuk melakukan perjalanan melalui laluan yang sempit dibanjiri sering dengan penglihatan kecil. Menteri Dalam Negeri Anupong Paojinda berkata: “Penyelam berada di kawasan yang gelap. Tidak ada yang rata dan ada lumpur dan batuan di mana-mana.
Oleh itu, untuk pasukan Seal yang ada di sana, ketika mereka menyelam, kadang-kadang satu tangki hanya boleh pergi sejauh 30 meter dan mereka perlu balik. “Oleh kerana ruang yang terhad, perlahan dan bahaya menyelam, pihak berkuasa tidak mahu para penyelam melalui laluan panjang yang penuh dengan air.
Menurut Anmar Mirza, penyelaras kebangsaan Suruhanjaya Penyelamatan Gua Kebangsaan di Amerika Syarikat dan editor buku Manual Teknik Penyelamatan Gua AS, dalam keadaan seperti ini terdapat hanya dua perkara yang dapat dilakukan: pam air ke bawah dan mencari pintu masuk alternatif.
Pihak berkuasa Thailand telah melakukan kedua-duanya, tetapi usaha mengepam telah kecewa dengan hujan yang tidak menentu dan pencarian untuk pintu masuk lain sejauh ini telah berakhir. Encik Mirza berkata jika ada peta berkualiti tinggi, penggerudian mungkin kemungkinan, tetapi sangat sukar untuk beberapa sebab, terutama di kawasan pergunungan, dan juga boleh mengambil hari ke minggu. Pegawai Thailand telah mengatakan bahawa mereka sedang mempertimbangkan penggerudian dan berharap batu kapur akan lebih mudah … untuk mengebor melalui beberapa jenis batu lain.
untuk mengebor melalui beberapa jenis batu lain. TIDAK SOLUSI TEKNIK TEKNIK Mirza berkata, “tidak ada teknologi terkini yang dapat merasakan orang di bawah tanah, atau lebih dari sekadar beberapa meter di bawah tanah, atau teknologi seperti ini mungkin akan dibangunkan di … dekat masa depan pertengahan ”.
Menurut Encik Mirza, usia dan kesihatan lelaki adalah untuk kelebihan mereka dan jika gua tidak terlalu sejuk, mereka harus mampu bertahan empat hingga lima hari tanpa air dan sebulan atau lebih dengan air tetapi tidak ada makanan. “Kebimbangan terbesar ialah mereka semakin terdesak dan cuba memasuki air yang bergerak pantas,” katanya. Pihak berkuasa mengatakan gua cukup panas di dalamnya. Bahawa hipotermia tidak seharusnya menjadi masalah.
Pihak berkuasa Thai berkata walaupun anak lelaki itu dijumpai, mereka dapat mengambil sedikit masa dan bahkan memerlukan mereka untuk mempelajari asas … skuba akibat banjir. Encik Mirza berkata, walaupun keputusan sedemikian adalah yang terbaik untuk menjadi penyelam di tapak, secara amnya adalah berbahaya untuk mengambil penyelam yang tidak terlatih melalui laluan gua banjir walaupun untuk jarak jauh.
Selain dari trauma psikologi yang terperangkap beratus meter di bawah tanah, ketiadaan siang hari boleh melakukan perkara yang pelik kepada pengertian masa kanak-kanak lelaki dan persepsi mereka terhadapnya. Perubahan ini boleh menyebabkan mereka berisiko kemurungan, insomnia, dan berpotensi membuat percanggahan dalam kumpulan. Apa yang diketahui saintis tentang bagaimana badan dan minda mereka akan bertindak balas terhadap kegelapan – dan ada langkah-langkah yang dapat membantu mereka?
Beliau berkata tindakan yang paling selamat adalah menyediakan makanan dan bekalan lain di mana mereka berada dan menunggu airnya turun atau mencipta pintu masuk yang lain, walaupun itu boleh dilakukan beberapa minggu atau bulan.
Diver berdoa sebelum kerja² membesarkan sedikit laluan yg sempit
Posted by Khairul Nizam on Monday, 9 July 2018
Sumber fb :- KHAIRUL NIZAM
Lepas Kereta & Trelar, Kecoh Kanak-Kanak Bawa Jengkaut Pula!
Sejak semalam kecoh berkaitan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun memandu kereta di Rembau, Negeri Sembilan. Ramai melihat tindakan undang-undang wajar dikenakan terhadap ibu bapa kanak-kanak terbabit kerana ia satu kesalahan serius mengajar anak di bawah usia memandu kenderaan yang hanya dibenarkan pada usia 18 tahun sahaja.
Kecekapan pihak polis yang bertindak mengeluarkan saman terhadap keluarga kanak-kanak tersebut boleh dijadikan satu pengajaran buat ibu bapa lain penguatkuasaan bukan isu mainan.
Namun tidak habis isu kanak-kanak memandu kereta, hari yang sama tular pula seorang kanak-kanak membawa lori trelar. Kejadian berlaku di Rantau, Negeri Sembilan.
Malam tadi, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim yang mengesahkan perkara tersebut memberitahu, hasil semakan lanjut mendapati kejadian itu berlaku di kawasan Rantau dekat sini.
“Satu laporan polis telah diterima berkaitan video yang tular itu kerana bapa kanak-kanak tersebut dengan cuai membiarkan anaknya di bawah umur memandu lori treler.
“Usaha untuk mengesan bapa dan kanak-kanak tersebut sedang giat dijalankan dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Video berdurasi satu minit 18 saat yang memaparkan seorang kanak-kanak di bawah umur sedang memandu sebuah lori treler jenis HINO itu tular menerusi aplikasi WhatsApp kira-kira pukul 4.41 petang semalam.
Dalam video tersebut, kelihatan kanak-kanak itu memandu ke hadapan dan mengundurkan treler sebelum meletakkan kenderaan berat itu di tempat parkir.
Wow, ini memang superb hebat kerana REMAJA percaya tidak ramai orang dewasa berani memandu trelar kecuali mempunyai lesen khas membawanya.
Ada lagi kes, kali ini bawa jengkaut pula
Belum habis isu kanak-kanak bawa trelar, timbul pula satu video dikongsikan oleh orang ramai menunjukkan seorang kanak-kanak berada di dalam kenderaan jengkaut dan berjaya menyodok tanah sebagai mana kerja orang dewasa lakukan. Dalam video berkenaan, bukan dirinya seorang tetapi ada lagi kanak-kanak kecil seperti mereka mempunyai pertalian adik beradik.
Walau tidak dipastikan kejadian itu berlaku di mana atau ia sebuah video lama tapi trend ini dikhuatiri akan mempengaruhi kanak-kanak lain bahawa mereka juga boleh buat.
Menjadi sebab untuk ibu bapa mengajar apa yang boleh dan tidak pada anak-anak khususnya pada kanak-kanak di bawah umur bahawa mereka hanya boleh melakukannya apabila usia mencecah 18 tahun apabila melibatkan sebuah jentera yang tidak selayaknya dibawa oleh kanak-kanak.
Seperti kata pepatah, anak-anak itu ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Jangan sesekali ibu bapa merasa bangga anak mereka mampu buat dan anak orang lain tidak mampu buat pada usia sebegitu kerana undang-undang dibentuk untuk dipatuhi, bukan dilanggar!