Kedai Eco Naik Harga Lagi Bermula 1 Jun 2022, Tak Sampai Setahun Naik Dua Kali

Share

Sebut saja mengenai kedai Eco semua terbayang kedai RM2.10. Ia berikutan pelbagai jenis barangan yang ada ditawarkan di sana pada harga RM2.10 saja seiring dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Tapi rupanya tak sampai 6 bulan, harga kedai ‘saka’ ini naik kembali.

ARTIKEL BERKAITAN : Tiada Lagi Harga Semurah RM2.10 Di Kedai ECO Bermula 1 Disember 2021

Image via Facebook / PropertySubangJaya

Walau bagaimanapun, tekanan ekonomi yang dirasai ini memperlihatkan kedai menjadi pilihan rakyat untuk membeli keperluan pada harga yang lebih jimat dilaporkan bakal menaikkan harga baharu RM2.40.

Pengumuman itu menerusi perkongsian tular di laman sosial yang memaparkan notis perubahan harga yang dipamerkan di salah sebuah cawangan di Subang Jaya.

Kenaikan harga barangan itu dilihat meningkat sebanyak 20 sen berbanding pada Disember lalu iaitu hanya 10 sen.

“Kami memaklumkan bahawa mulai 1 Jun 2022, harga bagi setiap barangan di Eco-Shop akan ditukar daripada RM2.20 kepada RM2.40 disebabkan faktor peningkatan kos.

“Dengan itu, kerja-kerja perubahan harga di semua platform akan dilakukan secara berperingkat,” katanya.

Namun, kami mendapati tiada pengumuman rasmi dilakukan oleh pihak Eco-Shop di laman sosial rasmi mereka berhubung perubahan harga berkenaan.

Namun bagi korang yang terasa ‘turn-off’ dengan kenaikan harga di Eco Shop Malaysia, korang masih mempunyai alternatif kedai barangan berharga RM2.00 yang lain seperti NOKO, NINSO, Mr. Save dan Kedai SETIA di kawasan berhampiran korang.

BACA LAGI : Rindu “Kedai Berhantu” Waktu PKP, 5 Pilihan Kedai RM2 Ada Di Shopee

BACA LAGI : 11 Barang Korang Wajib Beli Di Kedai Eco, Memang Berbaloi Dan Berkualiti!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana