Akhirnya peminat siri Harry Potter boleh menarik nafas lega setelah sekian lama menanti, sebuah kedai flagship filem ahli sihir itu bakal dibuka secara rasmi pada minggu depan di bandar New York.
Premis yang berkeluasan 21,000 kaki persegi ini akan menghimpunkan koleksi terbesar barangan Harry Potter. Terletak di Flatiron, rekaan dalaman kedai terbabit dirancang secara teliti bagi memberi gambaran sebenar seperti yang dipaparkan dalam filem tersebut.
Ia juga membolehkan pengunjung merasai suasana sebenar dalam dunia Harry Potter dan seakan-akan berada di dalam siri filem yang pernah mencetus fenomena itu.
Peminat juga berpeluang mencuba sendiri kasut but milik Hagrid, menggembara ke Kementerian Sihir menerusi pondok telefon berwarna merah.
Selain itu, kedai flagship ini juga dihiasi dengan pelbagai prop atau objek yang digunakan dalam filem dan dipamerkan dengan penuh tersusun bersama barangan Harry Potter.
Menurut Naib Presiden Eksekutif Warner Bros, Sarah Roots, perincian yang begitu teliti dihasilkan menerusi rekaan dalaman itu bertujuan memberi satu pengalaman berbeza kepada pengunjungnya.
IKLAN
Jelasnya lagi, tahap perincian artistik dan kualiti rekaan dalaman yang diinspirasikan daripada filem Harry Potter bermaksud kedai ini akan membawakan satu pengalaman berbeza kepada pengunjung. Setiap peminat pasti menemui sesuatu yang istimewa kerana terdapat lebih 1,000 prop sihir termasuk sebahagiannya yang pernah digunakan dalam siri filem Harry Potter.
Khabarnya, ia bakal dibuka kepada pengunjung bermula 3 Jun ini.
Wah, bagi peminat Harry Potter di Malaysia mesti korang teruja dan menyimpan impian nak ke sana kan? Sama-samalah kita berdoa agar virus pandemik ini berakhir dan jika ada rezeki boleh terbang terus ke New York. Hiks!
Isu depresi bukan sesuatu isu baru di kalangan masyarakat dunia. Hari demi hari, semakin banyak kes mendukacitakan dilaporkan khususnya kes bunuh diri akibat menanggung tekanan dalam hidup.
Dengan situasi pandemik yang melanda dunia hari ini, ramai terkesan dek kerana kehilangan pekerjaan dan mengalami masalah kewangan.
Sekiranya korang adalah di antara insan yang terkesan dan sedang mengalami gejala-gejala depresi, cuba amalkan superfood yang satu ini.
Kajian yang dipetik daripada Bold Sky menunjukkan gejala kemurungan atau gangguan kesihatan mental boleh berkurangan jika kita mengambil sejumlah nutrien seperti karbohidrat, protein, omega 3, vitamin B, kalsium dan zink yang selalunya terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.
Salah satu buah yang berkesan dan mempunyai kandungan tersebut adalah avocado. Ia diakui berkesan untuk memperbaiki mood seseorang lalu menjamin kesihatan mental yang lebih baik. Walau harganya sedikit mahal, tidak salah jika kita berbelanja agar kesihatan kita terjaga. Betul tak?
Avocado atau nama saintifiknya, Persea Americana Mill boleh dikategorikan sebagai makanan superfood kerana ia kaya dengan pelbagai nutrisi untuk kesihatan badan.
Selain mengandungi hampir 20 mineral dan vitamin seperti B6, C, E, K, dan folat, avocado juga mengandungi tryptophan dan asid lemak pada omega-3.
Omega-3 ini ialah asid lemak yang penting membantu mengatur neurotransmitter dan mengelakkan keradangan di otak. Manakala, tryptophan adalah pendahulu serotonin yang merupakan hormon baik. Serotonin ini akan menstabilkan mood dan mewujudkan perasaan bahagia.
Asid lemak juga membantu menyeimbangkan tahap hormon di dalam badan dan menjadikan pemikiran bebas kemurungan.
Foto Kredit : Pexels
Selain Avocado, korang juga boleh amalkan beberapa makanan lain :
Ikan : Beberapa spesies ikan seperti mackarel, salmon, tuna dan sardin adalah sumber kepada lemak terbaik omega 3 yang memainkan peranan penting kepada fungsi otak. Satu kajian dalam Journal of Epidemiology dan Kesihatan Masyarakat mendapati pengambilan lebih banyak ikan boleh mengurangkan kemurungan.
Kunyit : Bahan aktif dalam kunyit mempunyai sifat anti-radang dan antioksidan yang kuat. Satu kajian oleh Jurnal Persatuan Pengarah Perubatan Amerika menunjukkan kunyit berkesan untuk mengurangkan gejala kemurungan.
Madu : Madu boleh berfungsi sebagai makanan tambahan untuk mengekalkan kecergasan fizikal dan juga bermanfaat untuk kesihatan mental.
Coklat : Makanan kegemaran ramai orang ini boleh menenangkan perasaan terutamanya coklat gelap. Ini kerana bahan psikoaktif dan phenylethylamine dalam coklat mencetuskan perasaan gembira.
Makanan fermentasi: Ini termasuklah yogurt, kimchi, tempe, miso, tauhu, jeruk dan kombucha juga merupakan sumber probiotik untuk meningkatkan mood. Probiotik bertanggungjawab menghasilkan neurotransmitter yang baik untuk mengekalkan bakteria usus yang baik.
*
Mungkin ramai yang memandang remeh tentang depresi semasa pandemik kerana mereka tidak mengalaminya. Tapi ingat, tekanan perasaan boleh ‘datang’ semasa kita tidak menjangkakannya.
Jangan sesekali korang lupakan makanan superfood ini. Ia pasti dapat meningkatkan kualiti tidur dan menjamin mood yang lebih baik ketika bangun.
Ternyata, bukan tugas mudah bagi negara-negara yang bertanding di temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik untuk meraih pingat emas. Para atlet perlu menjadi yang TERBAIK di antara yang terbaik di seluruh dunia untuk memenanginya.
Seperti yang kita semua ketahui, Malaysia sendiri masih belum berpeluang untuk ‘mencium’ pingat emas Olimpik sepanjang penyertaan kita di Sukan Olimpik. Malaysia menamatkan saingan di Tokyo 2020 dengan satu pingat perak menerusi Dato’ Azizulhasni Awang dan satu pingat gangsa menerusi gandingan beregu badminton negara, Aaron Chia & Soh Wooi Yik.
Bagi negara-negara yang sedang membangun, kita semua perlu bertarung habis-habisan untuk mengatasi negara-negara maju. Kadangkala, atlet di negara membangun tidak mempunyai teknologi dan bantuan sehebat negara maju. Namun mereka tetap memberikan 110 peratus usaha dan bertanding dengan penuh semangat
Oleh sebab itulah, REMAJA amat berbangga dengan tiga buah negara ini yang berjaya meraih pingat emas pertama masing-masing dalam sejarah penyertaan mereka dalam sukan olimpik di Tokyo 2020.
Bermuda
Bukan saja Bermuda memenangi pingat emas pertamanya dalam sejarah penyertaan di Sukan Olimpik menerusi atlet triathlon wanitanya, Flora Duffy, pingat tersebut juga merupakan pingat Olimpik terbaru negara tersebut selepas tempoh 45 tahun! Kali terakhir mereka memengangi pingat di Sukan Olimpik adalah menerusi pingat gangsa pada tahun 1976 di Montreal.
Tekanan yang tinggi nyata dirasai oleh Flora sehingga dia sendiri mengakui sukar untuk mengendalikan perasaan tersebut sebelum tiba di Tokyo 2020. “Saya rasa semua orang di negara kepulauan kecil kami amat teruja dan gementar. Terlalu ramai pihak telah membantu saya untuk sampai ke tahap ini, jadi saya rasakan saya perlu mendapatkan pingat emas ini.”
Menariknya, Flora sebenarnya mempunyai peluang untuk mewakili Great Britain jika dia mahu. Ini kerana ibu bapanya berasal dari Great Britain dan hanya berpindah ke Bermuda ketika berusia 20-an. Malah Flora sendiri pernah bersekolah asrama di Britain. Namun Flora menolak peluang itu. Baginya, tidak adil jika dia mewakili Great Britain. Dia dilahirkan dan dibesarkan di Bermuda, di situlah asal-usulnya.
Filipina
Walaupun Hidilyn Diaz mewakili Filipina dalam acara angkat berat, peminat sukan di Malaysia turut sama meraikan kejayaan beliau apabila memenangi pingat emas pertama Filipina pada minggu pertama kejohanan.
Bukan saja anggota tentera udara Filipina ini mencatatkan rekod Olimpik dalam acara clean & jerk kategori 55kg dengan angkatan 127kg, beliau juga menjadi atlet pertama dari rantau Asia Tenggara untuk memenangi emas dalam edisi kali ini.
Tambah manis apabila Diaz berterima kasih kepada komuniti penduduk di Jasin Melaka yang telah menjadi pusat latihan beliau pada tahun ini sebelum ‘terbang’ ke Tokyo, Jepun. Pemilihan Kuala Lumpur dan kemudiannya Jasin, Melaka sebagai lokasi latihan adalah demi menjamin konsentrasi tinggi Diaz semasa latihannya. Pingat emas ini juga merupakan peningkatan prestasi buat Diaz yang pernah memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Rio 2016.
Pelbagai ganjaran diterimanya atas kejayaan ini, antaranya daripada AirAsia Filipina.
Wow, ini memang wow! Bukan hanya Qatar memenangi pingat emas pertamanya dalam sejarah penyertaan dalam Sukan Olimpik di Tokyo 2020. Qatar juga memenangi dua butir pingat emas pada kali ini!
Pingat emas pertama mereka adalah menerusi atlet angkat berat Fares Ibrahim Elbakh dalam kategori 96 kg. Fares bukan setakat memenangi pingat emas, malah skor angkatan keseluruhan sebanyak 402 kg daripada clean & jerk merupakan angkatan terberat pernah dicatatkan hinggakan ia memecah rekod Sukan Olimpik.
Qatar terus meraikan pingat emas kedua mereka menerusi acara lompat tinggi lelaki pada keesokan harinya dan momen ini tercatat sebagai salah satu momen tular di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Mutaz Essa Barshim dari Qatar telah diumumkan sebagai pemenang pingat emas bersama-sama Gianmarco Tamberi dari Itali selepas mereka terikat hingga ke akhir acara.
Rata-rata enonton menjangkakan dua orang atlet tersebut akan bertanding bagi penentuan pingat emas; kiranya dalam penentuan sudden death. Namun, mereka bersetuju untuk berkongsi pingat emas ini lalu menjadikannya sebagai salah satu momen paling mengharukan di Tokyo 2020.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menetapkan penjawat awam yang curang atau menjalin hubungan sulit serta memanggil rakan sekerja dengan gelaran ‘sayang’ atau ‘dear’ menjadi kesalahan gangguan seksual dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Menurut surat edaran bertarikh 7 April lalu, ucapan atau gelaran berkenaan oleh mana-mana pegawai awam vang menggangqu mangsa dikategorikan sebagai kesalahan gangguan seksual secara lisan.
Selain itu, tindakan menyentuh, memegang, raba, cium, cubit, usap, peluk, merapati serta seumpamanya pula adalah kesalahan gangguan seksual secara fizikal.
Manakala, menghantar gambar tidak senonoh serta mesej berbaur seks atau ‘sexting‘ menerusi platform seperti aplikasi WhatsApp dan seumpamanya dianggap melakukan gangguan seksual secara visual.
Ketika membuat aduan, mangsa perlu memaklumkan kesan akibat gangguan terbabit secara terperinci seperti menyebabkan fikiran terganggu, perasaan kurang senang, rasa terhina dan sebagainya selain memaklumkan tempat, masa dan tarikh kejadian, selain tempat bertugas ketika kesalahan itu berlaku.
Semua kesalahan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan 4A Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Pada masa sama, surat edaran dikeluarkan Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib SPA itu turut menggariskan mereka terbabit dalam hubungan sulit sebagai kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Kesalahan lain termasuklah tidak hadir bertugas, tidak ketik kad perakam waktu, mengemukakan sijil cuti sakit palsu, penyalahgunaan dadah, membuat penyataan awam di media sosial dan kesalahan perolehan.
Hukuman bagi setiap kesalahan pula akan ditentukan Lembaga Tatatertib berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, sama ada amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau buang kerja.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Serangan jantung adalah keadaan yang serius dan boleh mengancam nyawa. Ia sering dikaitkan dengan golongan dewasa atau warga emas, namun, hakikatnya serangan jantung tidak...