Ads
Home Gaya Hidup Kedai Makan Akhirnya Dibenar Beroperasi Hingga 10 Malam, Tapi Ada Syaratnya..

Kedai Makan Akhirnya Dibenar Beroperasi Hingga 10 Malam, Tapi Ada Syaratnya..

Ads
Sumber Foto Hiasan: With Locals

 

Rintihan rakyat agar waktu operasi restoran, kafe dan perkhidmatan penghantaran makanan agar ia dilanjut hingga jam 10 malam akhirnya didengari oleh pihak berkuasa.

Dalam sidang media yang dilakukan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, beliau sedar isu ini telah tular di media sosial sejak 4 hari lalu.

Malah, ada juga rakyat yang menghantar komen dan mesej di nombor WhatsApp dan akaun Instagram beliau agar waktu operasi kedai makan dikaji semula.

Ads

Kedai Makan Akhirnya Dibenar Beroperasi Hingga 10 Malam, Tapi Ada Syaratnya..

“Kita faham ramai yang mengatakan terlalu awal (kafe dan restoran) ditutup kerana lewat sampai ke rumah dari tempat kerja. Jadi mereka tidak sempat hendak membeli makanan.

“Kita juga mendengar rintihan daripada peniaga makanan terutamanya peniaga yang popular di waktu malam seperti burger, sate dan sebagainya. Kebanyakan pelanggan mereka mula (datang) selepas waktu Maghrib dan Isya’. Kita dengar dari pandangan pembeli dan peniaga.

Ads

“Sehubungan itu selepas mengadakan perbincangan, saya ingin mengumumkan bahawa kami bersetuju melanjutkan operasi kedai makan sehingga jam 10 malam bermula esok (22 Januari).

Ads

“Bagaimanapun, dine in atau makan di dalam kedai masih tidak dibenarkan. Peraturan masih kekal untuk makanan hanya dibawa pulang.

“Tempoh masa yang sama juga dibuka kepada food deliver sehingga jam 10 malam,” jelas beliau.

Nasib baiklah ia dikaji semula. Ramai sudah tak larat nak puasa pada sebelah malam, hehe..

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI