Kedai Serbaneka Dari Jepun, Cawangan Don Don Donki Pertama Di Malaysia Kini Dibuka

Share

Kalau korang pernah melancong ke Jepun, pastinya korang pernah singgah ke kedai Don Don Donki kan? Selain seleksi pelbagai barangan yang dijual, Don Don Donki juga menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding pasar raya lain.

Rangkaian pasar raya ini telah pun mempunyai beberapa cawangan di Asia Tenggara, termasuklah 8 cawangan di Singapura, 7 di Hong Kong, 2 di Thailand dan 1 di Taiwan. Kini, Don Don Donki telah pun membuka cawangan pertamanya di Malaysia, bertempat di Lot 10, Kuala Lumpur.

Don Don Donki menawarkan rangkaian produk barangan dan makanan yang dimport dari Jepun. Ia dijangka bakal menarik perhatian masyarakat Malaysia, khususnya mereka yang merindui untuk melancong ke negara matahari terbit itu.

Antara yang menarik perhatian kami adalah barangan makanan kerana terdapat pelbagai jenis makanan yang ‘rare’ dan korang takkan jumpa di Malaysia. Hiks! Jepun juga terkenal dengan koleksi coklat KitKat, jadi di Don Don Donki ini, korang boleh mendapatkan pelbagai variasi KitKat istimewa.

Semua bungkusan ditulis dalam bahasa Jepun, namun dibelakang produk makanan itu dilekat dengan pelekat yang memberi informasi tentang kandungan yang terdapat dalam setiap produk tersebut. Pekerja di situ sangat ramah dan membantu, dan sekiranya korang ingin bertanyakan soal isu halal atau tidak, mereka sedia memberikan penerangan.

Selain daripada barangan makanan, Don Don Donki yang dibina setinggi tiga tingkat ini juga mempunyai jualan bahagian kosmetik, barangan kecergasan, produk elektronik dan banyak lagi.

Paling istimewa, ia dibuka dibuka selama 24 jam setiap hari, namun disebabkan kita masih lagi berhadapan dengan situasi pandemik COVID-19, Don Don Donki dibuka pada jam 8 pagi hingga 12 tengah malam.

So guys, apa kata hujung minggu ni korang datang sendiri ke Lot 10, Kuala Lumpur bagi menikmati pengalaman seakan membeli-belah di Jepun. Hiks!

Published by
Noor Ain Norman