Isi Kandungan

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan jenama yogurt beku, llaollao? Di mana-mana pusat membeli-belah yang korang kunjungi, tentunya ada cawangan llaollao akan korang temui kerana populariti yang dimilikinya di pasaran Malaysia.

Kejayaan llaollao bukan sahaja terletak pada rasanya yang amat sedap tetapi juga atas komitmennya terhadap kualiti dan keaslian.

Dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi berkualiti premium yang dipilih dengan teliti, llaollao telah menghasilkan yogurt beku yang lazat dan sihat dalam setiap produknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cara Nak Order Aiskrim Yogurt llaollao Bagi Individu Yang Baru Nak Cuba – REMAJA

Siapa sangka, llaollao rupa-rupanya merupakan sebuah jenama yogurt beku yang terkemuka dari Sepanyol!

Jom kita lihat lima lagi fakta menarik mengenai llaollao:

Ads

 

01

llaollao baru-baru ini telah meraikan pembukaan kedai yang ke-100 di Malaysia.

Cawangan kedai yang ke-100 ini dibuka di Kompleks Kajang Metro Point, Selangor di mana sebuah Parti Froyo telah dianjurkan di Pavilion KL pada awal bulan Jun ini dengan pelbagai aktiviti.

02

Ada sebabnya Ketua Pegawai Eksekutif llaollao amat menyukai Malaysia sebagai pasaran istimewanya.

Ads

Kata Pedro Espinosa, “Walaupun Malaysia terletak lebih 11,000 kilometer jauhnya, namun kami merasakan bahawa para pelanggan kami mempercayai kami. Di sini, kami berasa seperti berada di negara sendiri dan pada masa yang sama kami merasakan 100% llaollao.”

Kedai Yogurt Beku Popular Ini Rupanya Berasal Dari Sepanyol, Sudah Ada 100 Cawangan Di Malaysia
Cawangan llaollao yang lebih besar dan eksklusif di Pavilion Kuala Lumpur.

03

Negara pertama di benua Asia yang memiliki francais llaollao ialah Singapura pada tahun 2013; iaitu empat tahun setelah llaollao memulakan perniagaan di Sepanyol.

Sejak itu, benua Asia telah menjadi pasaran keduanya yang paling penting selepas negara asalnya, Sepanyol. Ini kerana Asia mempunyai lebih 150 pusat jualannya di seluruh rantau ini.

Selain Singapura dan Malaysia, llaollao juga dibuka di Indonesia, Filipina, Vietnam, Arab Saudi, Myanmar dan Brunei.

Ads

04

llaollao telah menjual lebih 100 juta tab di seluruh dunia dan mempunyai lebih 320 pusat jualan di seluruh dunia. Memang wow!

05

llaollao khabarnya sedang merancang untuk mengukuhkan lagi kehadirannya di negara ini dengan membuka 130 buah kedai menjelang akhir tahun 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahukah Anda? Restoran Nasi Ayam Halal Popular Ini Dijual Pada Harga RM220 Juta Kepada Syarikat Jepun – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI