Kedekut! Pemandu Ini Cuba Ekori Kereta Hadapan Nak Elak Tol, Tapi..

Share

Asalnya nak gelak kerana kejadian seperti ini berlaku di plaza tol.

Alih-alih, kita pula naik malu bila melihat tak semua rakyat Malaysia sudah mengubah mentaliti mereka. Dan kekayaan tidak menjamin nilai moral yang tinggi.

Seorang lagi pemandu Malaysia ditangkap cuba untuk mengelak daripada membayar duit tol. Insiden sebegini memang biasa berlaku setiap hari.

Namun, apa yang membuatkannya 'out of the box' pada kali ini adalah apabila si pemandu gagal pada kali pertama, sanggup membelakangkan kereta (reverse

) dan cuba untuk KALI KEDUA di plaza tol bersebelahan!

Semua berlaku dalam tempoh masa 30 saat saja, semata-mata untuk mengelak bayaran tol.

Aduh, come on man.

Video tersebut telah dimuat naik oleh akaun rasmi My_CrimeWatch di Twitter melalui kamera rear dash yang dipasang oleh sebuah kenderaan.

Ia jelas menunjukkan sebuah kereta jenama Honda cuba mengekor rapat sebuah kenderaan untuk mengelak. Pemandu di hadapan perasan akan motif kereta Honda itu dan sengaja menghentikan kederaan selepas melepasi tiang tol.

Pelaku tidak mempunyai cara lain dan terpaksa membelakangkan kereta.

Apa yang mengejutkan adalah apabila dia segera ke lorong tol sebelah dan mencuba sekali lagi.

Kenderaan pertama tadi tidak mahu pelaku terlepas begitu saja. Lalu, dia segera ke kanan untuk menghalang kenderaan tersebut berlalu begitu saja.

Cer tengok video yang dikongsikan ini.

*

Menurut seorang netizen, dia mendapati pemandu kereta Honda itu pernah menerima sama sekerap LAPAN kali yang berjumlah RM1,500.

Buat masa ini, satu laporan polis telah dibuat kerana identiti pelaku telah dikenal pasti atas cara pemanduan yang tidak berhemah. Malah, akaun Facebook-nya juga dilaporkan telah ditutup kerana takut dengan pendedahan ini.

Inilah yang dikatakan sebagai sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua!

*

HEY GIRLS WE'RE BACK!

Published by
FZ