Kediaman Bakal PM Jadi Tumpuan : Kelibat Kucing ‘Billy’, Makanan Percuma Untuk Media

Share

Selain Istana Negara di Jalan Duta Kuala Lumpur, kediaman dua calon Perdana Menteri turut menjadi lokasi serbuan petugas media yang setia menantikan perkhabaran terbaru.

Dalam pada menunggu sejak awal pagi tadi, tumpuan petugas media di hadapan kediaman Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga terarah kepada keadaan sekeliling.

Di kediaman Anwar Ibrahim misalnya, kelibat kucing peliharaan milik keluarganya telah dilayan oleh petugas media apabila ia datang ke arah mereka tanpa rasa takut.

Kucing berwarna putih-kelabu yang dikenali sebagai Billy itu sempat diusik dan dipegang oleh mereka.

Sementara itu, di kediaman Muhyiddin Yassin pula; petugas media telah ‘dibelanja’ makanan berupa ayang goreng KFC oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Beliau yang mesra disapa sebagai Pak Wan memaklumkan beliau di situ untuk bertemu dan memberi sokongan kepada Muhyiddin sebelum Istana Negara menitah belia untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada petang ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bersabar, Biar Saya Buat Keputusan Dalam Masa Terdekat” – YDP Agong – REMAJA

Setakat jam 5 petang, keputusan siapakah Perdana Menteri ke-10 dan pembentukan kerajaan baharu masih belum diputuskan.

PH dan PN adalah dua blok parti politik yang mendapat jumlah kerusi Dewan Rakyat tertinggi pada PRU15, Sabtu lalu.

PH memperoleh 82 kerusi, manakala PN 73 kerusi, namun tidak cukup untuk majoriti mudah bagi membentuk kerajaan selepas parti Barisan Nasional mengambil jalan untuk menjadi pembangkang tanpa bersatu dengan salah satu gagasan tersebut.

Sumber Foto: Sinar Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ