Itu amaran diberikan netizen kepada pelumba lain yang menjadi punca pelumba basikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terjatuh pada saringan kedua acara keirin di Tokyo 2020.
Dan sebagaimana kita tahu tahu, esok merupakan waktu yang getir buat rakyat Malaysia dan atlet trek berbasikal untuk menghidupkan peluang dan harapan merangkul pingat emas negara pertama pada temasya kali ini.
Foto Kredit : BERNAMA (2021) (Pelumba basikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang)
Pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus berjaya mara ke suku akhir acara keirin Sukan Olimpik 2020 selepas menamatkan saringan ketiga pusingan pertama dalam kelompok dua terbaik di Velodrom Izu Tokyo.
Azizul juga sempat memuat naik satu video untuk meminta semua rakyat Malaysia mendoakan kemenangan mereka esok. Beliau turut memohon dan menasihati rakyat Malaysia tidak bertindak melulu dengan apa yang terjadi kepada rakan sepasukannya.
Foto kredit : Bernama.com
Ads
”Alhamdulillah syukur kerana saya memenangi perlumbaan pertama hari ini dan dapat terus memasuki pusingan suku akhir pada esok hari. Malang buat rakan sepasukan saya Shah Firdaus yang terlibat dalam kemalangan tetapi masih bangkit meneruskan perlumbaan di pusingan repecharge dan turut layak ke pusingan suku akhir bersama dengan saya esok.
“Dengan itu saya ingin memohon jasa baik seluruh rakyat Malaysia supaya jangan kita menyerang social media mana-mana individu kerana kami di sini berlumba secara professional dan semua beraksi dengan semangat kesukanan yang tinggi dan juga Olympic Spirit (semangat Olimpik).
Ads
“Saya juga berharap seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan kami berdua esok,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Sebelum itu, Azizul dengan mudah melayakkan diri ke suku akhir setelah berjaya mengekalkan kedudukan di hadapan pelumba Trinidad and Tobago, Nicholas Paul.
Dalam masa sama, seorang lagi jaguh trek berbasikal negara, Shah Firdaus Sahrom berjaya menempah tempat di suku akhir meskipun berdepan kemalangan pada saringan kedua.
Ads
Tak sabar nak lihat aksi pasukan trek berbasikal negara ni…macam ada harapan pingat untuk Malaysia je ni..Mari la kita sama-sama doakan mereka yang berjuang untuk negara ni.
Sekali lagi, dunia hiburan kecoh setelah imej Justin Bieber yang memakai selendang atau skaf persis wanita beragama Islam semasa konsertnya di Utah, Amerika Syarikat pada 6 November lalu telah lantas mengundang kontroversi. Justin dikatakan tidak sensitif dan mempersendakan agama Islam.
Justin Bieber timbulkan kontroversi selepas tampil berhijab di konsertnya baru-baru ini. Foto Via Middle East
Menurut laporan Middle East, penyanyi tersebut teruk dikritik selepas tersebarnya gambar dan video ‘bertudung’ semasa menyanyi.
Tampil memakai pakaian serba putih iaitu seluar dengan t-shirt bersaiz besar dan dipadankan dengan tudung di kepalanya bersama-sama dengan cermin mata hitam, ia nyata kelihatan pelik, aneh dan sedikit provokatif terhadap penganut agama yang menjadikan imej bertudung atau berhijab sebagai satu kewajiban.
Gambar itu kemudiannya dikongsikan oleh peminat di laman media sosial dan mendapat pelbagai reaksi meluas. Ada mengecam dan masih ramai juga yang memuji kerana merasakan ia bergaya disamping memuji ‘tudung’ tersebut terletak cantik dan kemas.
Mungkinkah ada sinar buat jemaah Malaysia untuk menunaikan umrah pada tahun ini? Ya, kami pasti ramai yang merindui untuk menjejakkan kaki di tanah suci bagi menyempurnakan ibadah umrah atau haji.
Terbaharu, Arab Saudi telah mengumumkan bahawa kerajaan mereka bakal membuka semula kepada jemaah dari luar negara bermula 10 Ogos ini.
Menurut laporan Gulf News menerusi kenyataan daripada Saudi Press Agency, pengumuman itu susulan kejayaan musim haji tahun ini. Ibadah umrah bagi rakyat Arab Saudi dan penduduk ekpatriat sudah pun dibuka.
Awal bulan ini, Kementerian Haji dan Umrah menggantung sementara permohonan untuk menunaikan solat dan ibadah umrah di Masjidilharam. Ia bagi membolehkan jemaah haji menunaikan ibadah dengan lancar dan petugas menyelesaikan kerja sanitasi di Masjidilharam.
Menurut Twitter Haramain Sharifain, penerbangan langsung dibenarkan dari semua negara kecuali India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan dan Lubnan yang dikehendaki untuk menjalani kuarantin selama 14 hari di negara ketiga sebelum tiba di Arab Saudi.
Selain itu juga, jemaah diwajibkan menerima vaksinasi COVID-19 lengkap, sama ada Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau Johnson & Johnson (J&J).
Imunisasi lengkap membabitkan vaksin keluaran China pula dikehendaki berserta dos ‘penggalak’ sama ada suntikan Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau J&J.
Kebenaran ini juga adalah untuk jemaah berusia 18 tahun dan ke atas, serta ketibaan melalui agensi umrah yang ditauliahkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Hm, nampaknya negara kita tidak dilarang untuk melakukan ibadah umrah, namun disebabkan kes positif COVID-19 masih meningkat, ia mungkin sedikit sebanyak menjadi ‘penghalang’ untuk jemaah Malaysia ke sana.
Apa-apa pun marilah kita berdoa agar situasi pandemik ini berakhir segera supaya masyarakat dunia dapat menjalani kehidupan seperti biasa. InsyaAllah!
MANGSA yang meninggal dunia ketika menerima rawatan selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 239 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran susur keluar Bangi, di sini, semalam dipercayai dirempuh kenderaan suspek akibat berlaku provokasi hingga mencetuskan pergaduhan antara mereka.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku berpunca daripada kemalangan kecil antara mangsa dan suspek berusia 40 tahun selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan.
“Difahamkan kereta mangsa berusia 29 tahun itu melanggar bahagian belakang kereta suspek menyebabkan berlaku kejar mengejar dan cabar mencabar sehingga kenderaan mereka berhenti selepas persimpangan Bandar Baru Bangi.
“Selepas itu, berlaku pergaduhan antara suspek dan mangsa menyebabkan beberapa pemandu lain turut berhenti dan menenangkan mereka sebelum kembali ke kereta masing-masing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Arwah Syed Muhamad Danial maut apabila tersepit antara kenderaan suspek akibat dilanggar
Fadzil berkata, mangsa yang tidak berpuas hati kemudian keluar dari keretanya dengan membawa kayu besbol dan terus memukul bahagian hadapan kereta suspek.
“Suspek kemudian memandu kereta ke hadapan dalam keadaan tergesa-gesa dan terlanggar mangsa. Kejadian itu menyebabkan mangsa tersepit di antara kereta suspek dan penghadang jalan,” katanya.
Beliau berkata, mangsa dibawa ke Nilai Medical Centre dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat.
“Ekoran itu, polis menahan suspek serta isterinya berusia 36 tahun untuk membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Suami isteri itu direman tujuh hari bermula hari ini hingga 17 Ogos ini untuk siasatan lanjut,” katanya.
Katanya, kejadian itu adalah berpunca daripada isu kemalangan jalan raya dan tiada kena mengena dengan isu perkauman seperti ditularkan.
Suspek direman 7 hari di bawah 302 Kanun Keseksaan di mana kejadian kemalangan ini berpunca dari provokasi
Arwah meninggalkan seorang anak kecil, Syarifah Dian Syed Muhammad Danial berusia empat bulan
Masa yang sama dalam laporan Harian Metro turut menemuramah keluarga mentua kepada arwah Syed Muhammad Danial Syed Syakir di mana bapa mentuanya berkata, jika benar berlaku pergaduhan, tidak perlu hingga meragut nyawa” kata bapa mentua arwah, Mohd Rohzan Ramlee, 57.
Dalam kejadian 1.40 tengah hari itu, Syed Muhammad Danial disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Nilai Medical Centre.
Mohd Rozhan Ramlee berkata, dia dimaklumkan berita mengenai kejadian menimpa menantunya itu melalui anak bongsu, Zafri Amir, 19, selepas dimaklumkan oleh rakannya yang kebetulan lalu di lokasi kejadian kira-kira 2 petang, semalam.
“Sebaik menerima berita itu, saya bersama anak bergegas dari rumah di Bukit Mahkota ke lokasi untuk melihat keadaan menantu.
“Zafri yang tiba dulu di lokasi kemudian membawa abang iparnya ke klinik kesihatan berhampiran menaiki kereta orang awam sebelum dibawa ke Nilai Medical Centre selepas mendapati klinik berkenaan tutup,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang, hari ini.
Mohd Rozhan berkata, dia yang tiba bersama isteri mangsa, Qistina Ayu, 28, di lokasi lima minit kemudian mendapati bahagian belakang kereta dipandu menantunya itu kemek.
“Jika dilihat pada kerosakan kereta menantu, tidak ada kerosakan ketara dan saya beranggapan dia mungkin hanya cedera ringan. Namun, sebaik tiba di Nilai Medical Centre, menantu disahkan meninggal dunia kerana kecederaan parah di kepala dan dalaman.
“Saya amat terkejut dengan perkhabaran itu kerana tidak menyangka dia meninggal dunia dalam kejadian itu tanpa menyedari apa yang benar-benar berlaku kepadanya,” katanya.
Katanya, dia mengakui ahli keluarga menerima pelbagai spekulasi berkaitan kejadian menimpa menantunya itu berikutan penyebaran status serta video yang dimuat naik di media sosial sejak semalam.
“Saya ada dengar pelbagai versi mengenai kejadian itu. Namun, kita sendiri tidak mengetahui apa yang berlaku. Jika benar seperti yang dikata (pergaduhan), tidak perlu sehingga meragut nyawa.
“Sebagai bapa mentuanya, menantu seorang yang baik dan hormat pada orang tua. Saya sama sekali tidak menyangka kejadian ini menyebabkan cucu saya kehilangan bapa dalam sekelip mata.
“Menantu seorang anak yang taat kerana setiap hujung minggu dia akan membawa isteri dan anaknya ke rumah ibunya di Shah Alam.
“Jika diikutkan perancangan, mereka sekeluarga mahu menyambut Aidiladha di rumah ibunya ,” katanya yang berazam untuk membesarkan cucunya.
Zafri Amir ketika menceritakan semula kejadian itu berkata, abang iparnya ditemui dalam keadaan separuh sedar di tepi laluan berkenaan.
“Saya kemudian bergegas membawanya menaiki kereta orang awam yang berada di lokasi untuk ke klinik berhampiran. Apa yang saya lihat pada abang ipar ketika itu adalah kesan lebam di kepala serta perutnya. Sepanjang perjalanan ke klinik berhampiran, dia dalam keadaan separuh sedar.
“Bagaimanapun, sebaik tiba di Nilai Medical Centre, dia sudah tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Unit Kecemasan. Pihak doktor yang merawatnya kemudian memaklumkan dia sudah meninggal dunia ketika sedang dirawat,” katanya.
Sementara itu, isteri mangsa dilihat menangis teresak-esak sambil mendukung anak tunggal mereka, Syarifah Dian Syed Muhammad Danial berusia empat bulan ketika menunggu proses laporan bedah siasat.
Usaha wartawan untuk mendapatkan komen mengenai kejadian menimpa suaminya yang bekerja sebagai pengurus bank gagal apabila dia tidak mahu ditemu bual dan minta diberi ruang.
Jenazah mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Mahkota, Bangi selepas proses bedah siasat yang bermula jam 10 pagi selesai kira-kira 3 petang tadi. Sumber : HARIAN METRO
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dua pempengaruh dan pencipta kandungan digital popular serta empat rakannya didakwa hari ini di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan terlibat dalam pergaduhan selepas...