Sukan

Kegembiraan Berganda, Atlet China Dilamar Sebaik Saja Menang Pingat Emas Di Olimpik!

Share

Sweet betul mendengar kisah cinta atlet badminton China ini.

Inilah yang terjadi kepada Huang Yaqiong, pemain badminton wanita dari China. Yaqiong bersama pasangannya, Zheng Siwei, berjaya memenangi pingat emas dalam acara badminton beregu campuran di Olimpik Paris 2024, mengalahkan Kim Wonho dan Jeong Naeun dari Korea Selatan.

ARTIKEL BERKAITAN : Bangga Bawa Bendera, Olimpik Iktiraf Lelaki DAN Wanita Sama Kuat & Penting

atlet China temui jodoh di Olimpik Paris

Selepas upacara pingat, rakan sepasukan Yaqiong, Liu Yuchen, membuat kejutan besar! Yuchen, yang memenangi pingat perak dalam beregu lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan akan beraksi lagi di Paris, tiba-tiba mengeluarkan cincin, berlutut, dan melamar dia di hadapan semua orang.

Dengan bunga di tangannya dari upacara pingat, Yaqiong tidak dapat menahan air mata kegembiraannya dan terus berkata ya.

Lamaran itu dipaparkan di Arena Porte de la Chapelle di Paris, dan orang ramai bersorak meraikan detik manis mereka bersama-sama.

Sweet kan pasangan ini, moga terus kecapi bahagia sampai bila-bila!

BACA LAGI : Skuad Malaysia Segak & Cantik Dalam Persalinan Ilham Hang Tuah – REMAJA

Sumber : Murai

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok  rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN