Hiburan

Kehadiran Cahaya Mata Kedua Tambah Penyeri Hidup Buat Ayda Jebat & Nabil Mahir. Tahniah!

Share

Pasangan selebriti popular, Ayda Jebat dan Nabil Mahir berkongsi berita gembira apabila selamat menimang cahaya mata kedua mereka iaitu bayi lelaki, semalam.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram, pasangan tersebut meluahkan rasa syukur apabila segala urusan menyambut kehadiran bayi tersayang mereka itu dipermudahkan Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayda Jebat Dilantik Sebagai Duta Salam Taiwan, Tak ‘Tinggalkan’ Puteri Sulungnya Lagi Selepas Ini

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah lahirnya putera kami pagi tadi (semalam). Syukur segalanya dipermudahkan. Terima kasih atas semua doa kalian.

“12.12.2023 (tiada jualan murah). Sekarang mommy dan dada sedang kembali ke dunia ‘zombi’ (berjaga malam),” tulisnya.

Ayda dan Nabil turut berkongsi sekeping foto yang memperlihatkan tangan comel anakanda mereka sedang menggenggam erat jari ibu bapanya.

Dalam ruangan komen, kelahiran cahaya mata kedua pasangan itu turut disambut dengan gembira oleh rakan-rakan artis dan peminat yang meninggalkan ucapan tahniah.

Sekadar informasi, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada tanggal 1 Januari 2021 dan dikurniakan anak pertama, Ana Nayla, pada 21 September tahun yang sama.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Ayda Jebat & Nabil Mahir

Published by
Fath