Lebih lima tahun bertapak di Malaysia, sehingga kini francais kedai serbaneka dari Jepun; Family Mart boleh dianggap sebagai stor serbaneka pilihan rakyat Malaysia disebabkan kepelbagaian produk makanan dan keperluan yang ditawarkan.

Biarpun sudah serba serbi lengkap untuk peminat tegarnya, Family Mart juga bijak menawarkan barangan baharu dari semasa ke semasa bagi agar kita semua dapat mencubanya tanpa perlu bersusah-payah melancong ke Jepun.

ARTIKEL BERKAITAN : 8 ‘Snek Dalam Kereta’ Pilihan REMAJA Semasa Bercuti, Dari Family Mart – REMAJA

Terbaru, ada sesuatu yang baru saja mereka perkenal di Malaysia. Kali ini ia bukanlah dalam bentuk barangan tetapi berkaitan konsep baharu yang diperkenalkan Family Mart bagi beberapa cawangan di negara kita.

Ia setelah foto yang menunjukkan sebuah cawangan Family Mart di Cameron Highlands dengan bahagian papan tanda hitam putih tular di laman Twitter. Perkongsian foto oleh pengguna bernama @dearsln ini telah menerbitkan pertanyaan mengapa warna sebegitu rupa?

Kehadiran Cawangan Family Mart ‘Tanpa Warna’ Di Malaysia Ada Maksud Tersendiri
Sumber Foto : Twitter @dearsln

Menurut penjelasan beberapa pengguna lain menerusi bebenang tersebut, ia bukanlah satu perkara baharu di Family Mart yang pernah mereka kunjungi di Jepun.

Ads

Barangan dan servis yang ditawarkan di cawangan ‘tanpa warna’ ini masih tidak jauh bezanya dengan Family Mart biasa berwarna hijau-biru. Cuma istimewanya mengenai penggunaan warna hitam dan putih (or lack of colour we suppose) adalah disebabkan lokasi keberadaannya.

Kebiasaannya Family Mart tanpa warna terletak di lokasi yang dikelilingi kawasan pepohon menghijau atau kawasan tepi laut membiru atau mana-mana lokasi yang kaya dengan sumber alam semulajadi.

Tujuannya adalah demi memberikan apresiasi kepada alam di sekeliling agar warnanya lebih menyerlah berbanding struktur bangunan binaan manusia.

Kehadiran Cawangan Family Mart ‘Tanpa Warna’ Di Malaysia Ada Maksud Tersendiri
Sumber Foto : Twitter @shafinas_sazuki

Sebab itulah, cawangan Family Mart di Cameron Highlands yang digembar-gemburkan di Twitter ini tidak berwarna; ia agar pengunjung akan lebih tertarik ke arah keadaan semulajadi yang menghijau dengan pemandangan ladang teh memukau di sekelilingnya.

Ads

Kongsi pendakwah bebas popular PU Rahmat, beliau turut pernah menemui cawangan Family Mart tanpa warna sewaktu berada di Jepun tidak lama dahulu. Selepas menyoal pelajar di sana mengenai papan tanda hitam putih yang digunakan, mereka turut memberikan alasan yang sama iaitu agar keindahan alam semula jadi dapat lebih dihargai.

Katanya, polisi ini juga sudah tercatat dalam undang-undang khas di Jepun agar warna bangunan tidak bercanggah dengan keadaan alam di sekelilingnya.

Seorang pengguna Twitter lain turut berkongsi sesetengah cawangan kedai serbaneka tanpa warna seperti 7-Eleven pula mempunyai sebab berbeza untuk tampil dalam warna monokrom. Ia bermakna cawangan tersebut adalah lebih premium daripada cawangan lain dan mungkin sekali menawarkan barangan atau servis yang tidak dapat ditemui di lokasi lain. Sebagai contoh, cawangan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) yang bertemakan hitam putih dan bahagian luar.

Ads
Kehadiran Cawangan Family Mart ‘Tanpa Warna’ Di Malaysia Ada Maksud Tersendiri
Sumbe Foto : Twitter @serrastellar

Korang pernah menemui cawangan francais lain yang berwarna hitam putih selain dua ini?

BACA LAGI : Jollibee Kini Di Sunway Pyramid, Keenakan Ayam Goreng “Chickenjoy” Dari Filipina Wajib Cuba – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI