Baru-baru ini, pasangan kembar yatim piatu menghadiahkan ijazah sarjana muda yang diterima buat nenek tersayang setelah beliau berkorban menghidupkan mereka sejak kehilangan ibu bapa.
Memetik laporan dari Sinar Harian, pasangan kembar yatim piatu, S Yamuna dan S Yasoda, (23) telah mengukir senyuman apabila akhirnya perjalanan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang penuh liku sampai ke akhirnya.
Kedua mereka yang dibesarkan oleh datuk dan nenek di Dengkil telah kehilangan bapa pada tahun 2006 disebabkan kemalangan jalan raya dan ibu telah pergi kira-kira tiga tahun selepas itu disebabkan kanser paru-paru.
Ads
Menurut S Yamuna, mereka sekali lagi diuji apabila datuk pula mengalami kemalangan jalan raya pada 2010 dan meninggal dunia. Selepas kejadian itu, dia dan kakaknya dibesarkan nenek dengan bergantung kepada bapa saudara dan bantuan daripada pihak kerajaan serta pihak sekolah.
“Kehidupan kami sekeluarga agar sukar dan saya sedar dengan pelajaran sahaja mampu ubah keadaan kami. Saya dan pasangan kembar sentiasa bersama sejak sekolah rendah, menengah, kolej matrikulasi dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).”
“Nenek, L Letchumy (70) merupakan sumber inspirasi dan motivasi terbesar kami untuk belajar bersungguh-sungguh. Nenek yang selalu beri motivasi jangan sesekali putus asa,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, pasangan kembar itu telah menerima Anugerah Dekan dalam Majlis Konvokesyen UTM ke-68 tempoh hari menjelaskan bahawa setiap cabaran yang dihadapi dalam hidup sama sekali tidak membuatkan diri mahu berputus asa mengejar impian menjadi akauntan.
Ads
Tambah mereka lagi, kejayaan menggenggam ijazah ini merupakan hadiah buat nenek yang sudah banyak berkorban buat mereka sejak kecil serta mengakui bahawa kejayaan diperoleh adalah berkat sokongan nenek dan abang yang tidak berbelah bahagi.
Difahamkan, abang mereka, Dr. Shatesh Kumar Sangar juga merupakan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perpaduan menjadi salah satu inspirasi kepada pasangan kembar berkenaan dalam perjalanan mengejar impian dan cita-cita.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut je diskaun, mesti kita terus celik mata kan!
Ini bukanlah diskaun shopping untuk membeli baju raya, ini adalah diskaun yang lebih bermanfaat untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat.
Diskaun yang dimaksudkan adalah diskaun pahala yang disediakan oleh Allah SWT sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini. REMAJA sempat meluangkan masa bersama PU Amin ataupun Ustaz Amirul Amin untuk membincangkan kelebihan membaca Al-Quran semasa berpuasa.
“Antara keistimewaan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat semasa bulan Ramadan adalah menghidupkan malam-malamnya dengan beribadah. Antaranya termasuklah solat Tarawih, solat-solat sunat dan membaca Al-Quran.
“Mengapa bacaan Al-Quran ini sangat istimewa adalah kerana bacaan kita bagi setiap huruf akan dilipat kali gandakan pahala. Kalau pada bulan-bulan lain, kita baca 1 huruf dapat 1 pahala.
“Tetapi dalam bulan Ramadan, kita akan memperolehi 10 pahala bagi setiap huruf yang dibaca. 10 kali ganda. Apabila kita membaca Alif Lam Mim – Alif 10 pahala, Lam 10 pahala dan Mim 10 pahala.
“Itu belum lagi jika kita membaca surah dalam keadaan berwudhuk dan dalam waktu solat.
“10 pahala tersebut akan dilipat kali gandakan menjadi 100 pahala. 1 x 10 x 10. Bayangkan kalau kita baca surah sependek Al-Ikhlas, ia akan menjadi ribuan pahala. Walaupun sekejap saja bacaan tetapi ada sebab mengapa Nabi Muhammad SAW meminta umatnya hidupkan malam-malam Ramadan dengan membaca Al-Quran,” jelas Ustaz Amirul Amin.
Seharusnya, usahlah kita membanding-bandingkan jumlah bacaan kita dengan orang lain kerana ia hanya akan membantutkan semangat kita untuk membaca Al-Quran.
Ada orang mampu untuk menghabiskan satu juzuk dalam satu malam. Jika kita hanya mampu membaca 1 muka surat selepas setiap waktu solat wajib, jadi lakukanlahnya. Tak kiralah 5 muka surat setiap hari, asalkan kita tidak meninggalkan Al-Quran.
Lagi-lagi sewaktu perayaan Nuzul QUran pada musim PKP, PKPB dan PKPP kan. Inilah waktu terbaik untuk kita mendekati Al-Quran.
Menurut laporan dari The Star, Nur Hazirah Ramli baru-baru ini telah meraih RM60,000 selepas memenangi empat pingat emas dalam kejohanan boling.
Wang tersebut dirancang untuk disimpan bagi menyokong hasratnya melanjutkan pengajian dalam bidang komunikasi massa pada tahun depan.
Seimbangkan Pelajaran Dan Sukan Boling
Hazirah menyatakan niatnya untuk meneruskan pengajian sambil terus beraksi dalam sukan boling, menyeimbangkan antara cita-cita akademik dan sukan.
Kejayaan ini telah menambah semangatnya untuk cemerlang dalam kedua-dua bidang tersebut, sekali gus membuktikan kemampuan atlet muda Malaysia yang berkaliber.
Sebelum ini, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan insentif RM15,000 kepada atlet negeri itu yang berjaya meraih pingat emas pada SUKMA dan Para SUKMA kali ini.
Pemenang pingat perak akan menerima RM5,000 manakala gangsa RM3,000.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagai sudah menjadi trend fesyen pemakaian braces di kalangan para Remaja masa kini.
Trend fesyen yang dianggap sebagai perhiasan gigi untuk tampak lebih cantik dan bergaya. Kebanyakan dari mereka yang sanggup memakai fake braces ialah golongan remaja yang terikut-ikut dengan arus perkembangan fesyen semasa.
Sumber Gambar : Pexels.com
Hal ini mungkin kerana kos rawatan yang diberikan daripada Dr ‘palsu’ ini lebih murah, maka lebih ramai orang sanggup ambil risiko dan mengetepikan aspek-aspek keselamatan semata-mata untuk bayaran yang jauh lebih rendah.
Untuk mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan melakukan pemasangan braces, adalah lebih baik jika korang memikirkan dahulu kesan dikemudian hari yang dikongsikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) KKM ini.
Antaranya kesannya seperti berikut:
(1) Gigi Berlubang
(2) Gusi berdarah
(3) Pergerakan gigi yang tidak terkawal
(4) Gigi longgar
(5) Hakisan gigi
(6) Kecederaan tisu mulut
Apa Itu Fake Braces
Fake braces ialah braces yang dipasang pada gigi yang menyerupai bentuk braces yang sebenar namun braces palsu tidak mempunyai fungsi aplian ortodontik seperti braces yang dipakaikan oleh pakar ortodontik yang bertauliah di klinik mahupun di hospital.
Hm, rasanya isu ini bukanlah sesuatu yang baru. Dah banyak pun berita-berita tak baik yang kita dengar tentang kesan penggunaan fake braces ini. Tapi persoalannya, mengapa masih ada yang berani mendapatkan rawatan ini daripada individu yang salah ya?
Sumber : Facebook KKM
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...