Perjalanan kerjaya pelakon baharu, Syazani Zikry dilihat berada pada landasan yang tepat dalam memahat namanya sebagai salah seorang pelapis seni yang berbakat besar.

Lebih mesra dengan panggilan Syazzik, dia mengakui rezeki untuk terlibat dalam beberapa naskah drama serta filem pada usia semuda ini telah menyakinkan dirinya untuk bergiat secara lebih serius sebagai seorang pelakon demi bertahan untuk jangka masa yang lama.

Kehilangan Ibu Akibat Barah Masih Dirasai, Pelakon Syazani Zikry Kutip Dana Bantu Pesakit Lain
Syazani Zikry

Begitupun, Syazzik sendiri tidak menjangka dunia seakan bertukar gelap setelah kehilangan insan yang selalu menyokongnya dari mula sehingga kerjaya berkembang. Pemergian ibu tercinta akibat barah payudara beberapa hari selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini telah meragut sedikit sinar kebahagian daripada jiwa Syazzik memandangkan tiada insan lain yang lebih akrab dengannya berbanding ibu sendiri.

Dunia Rapuh Seketika

Tempoh beberapa bulan selepas pemergian tersebut diisi dengan projek lakonan baharu yang memaksa Syazzik melupakan seketika kesedihan. Dalam tempoh yang sama, Syazzik turut tergerak hati untuk mendekati pesakit-pesakit barah lain yang memerlukan bantuan demi menjalani rawatan susulan.

“Ibu saya didiagnos menghidapi barah payudara pada minggu ketiga Ramadan tahun ini dan hanya selepas beberapa diwadkan pada bulan Syawal, beliau meninggal dunia. Lebih membuatkan kami sekeluarga terkilan apabila beliau pergi hanya sehari sebelum menerima rawatan. Dia cuba untuk menahan rasa sakit itu tetapi kudrat serta keberaniannya tidak sekuat yang diinginkan.”

Kehilangan Ibu Akibat Barah Masih Dirasai, Pelakon Syazani Zikry Kutip Dana Bantu Pesakit Lain

Ads

“Jujurnya, dunia saya rapuh seketika. Saya menceburi bidang ini disebabkan restu dan sokongannya. Saya melakukan filem ini juga disebabkannya. Saya tahu beliau bangga dengan saya dan saya inginkannya gembira. Saya bukan hanya kehilangan seorang ibu tetapi juga seorang penyokong dan suatu corong luahan hati.

“Pernahsaya terfikir, ‘Buat apa saya perlu teruskan kerjaya ini jika saya sudah kehilangan penyokong terbesar saya?’. Tetapi lepas seketika, saya mengerti yang saya tidak keseorangan. Beliau akan sentiasa berada dalam jiwa ini untuk sama-sama harungi perjalanan saya sebagai seorang anak seni,” luahnya.

Kehilangan Ibu Akibat Barah Masih Dirasai, Pelakon Syazani Zikry Kutip Dana Bantu Pesakit Lain

Perasaan sayang yang tidak mungkin pudar itu sedikit sebanyak menguatkan semula semangat Syazani. Bukan sekadar meneruskan aksi di pentas lakonan, Syazani cuba memperolehi azam baharu untuk melakukan sesuatu yang bermakna demi memperingati legasi ibunya menerusi kerja-kerja amal demi membantu pesakit-pesakit barah lain yang memerlukan.

Ads

“Selepas pemergian ibu, saya ada berhubung dengan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) untuk menjalin kolaborasi pertama ini. Sebagai permulaan, saya mengadakan sesi meet and greet bersama peminat saya (bulan lepas) dan 50 peratus daripada dana yang diperolehi daripada kutipan tiket itu telah saya salurkan kepada pihak persatuan. Mereka juga turut serta dalam acara tersebut untuk menyalurkan informasi kesedaran mengenai penyakit barah.

Kehilangan Ibu Akibat Barah Masih Dirasai, Pelakon Syazani Zikry Kutip Dana Bantu Pesakit Lain Kehilangan Ibu Akibat Barah Masih Dirasai, Pelakon Syazani Zikry Kutip Dana Bantu Pesakit Lain

“Sebagai seorang anak, saya tahu tidak mungkin saya boleh membalas jasanya sebagai seorang ibu. Namun ini adalah usaha kecil saya untuk terus berbakti atas namanya demi melihat pesakit lain terus kuat berdepan rintangan yang mereka hadapi.

“InsyaAllah pada bulan Oktober nanti, saya akan teruskan lagi usaha sama bersempena bulan kesedaran kanser payudara pula,” katanya lagi.

Ads
Kehilangan Ibu Akibat Barah Masih Dirasai, Pelakon Syazani Zikry Kutip Dana Bantu Pesakit Lain
Syazani bersama Encik Yeap Chong Wei, Pengarah Pemasaran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.

Langkah Dunia Filem

Dalam perkembangan lain, Syazani kini sedang sabar menantikan kemunculan tiga naskah filem dan sebuah drama yang dilakonkannya, tidak lama lagi.

“Filem berjudul Tafakur ini merupakan naskah arahan Feisal Azizuddin yang pernah mengarahkan filem-filem seperti Ceroboh (2022), Kabus (2022) dan Suraya (2020). Sebuah tayangan istimewa akan dilangsungkan di Kota Bharu sebelum filem ini mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 19 September ini.

Kehilangan Ibu Akibat Barah Masih Dirasai, Pelakon Syazani Zikry Kutip Dana Bantu Pesakit Lain

“Selain itu, saya juga baharu sahaja memasuki satu lagi set filem baharu dan saya bersyukur apabila bakat dan potensi yang ada pada diri saya mula disedari oleh pihak produksi tempatan,” kata Syazani.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI