Islamophobia atau ketakutan terhadap Islam merupakan satu gejala yang telah lama bernanah pada masyarakat dunia, namun hanya kebelakangan ini saja ia semakin menjadi-jadi.

“Kejadian Seperti Ini Tak Patut Berlaku”, PM Britain Kesal Insiden Bilal Ditikam Ketika Laungkan Azan

Baru-baru ini seorang bilal berusia 70-an ditikam di sebuah masjid di London ketika melaungkan azan Asar semalam.

Menurut BBC, suspek berusia 29 tahun itu telah pun ditahan atas tuduhan ‘ cubaan untuk melakukan pembunuhan ‘ namun menganggap insiden ini bukan serangan pengganas.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson turut memuat naik status di twitter meluahkan kekesalan atas insiden yang belaku ini.

Ads

“Kejadian seperti ini tak patut berlaku, lagi-lagi di tempat beribadah. Doa saya untuk semua orang yang terkesan dengan insiden ini.”

Dalam satu kenyataan dipetik Central Mosque Trust berkata bahawa penyerang itu segera diberkas oleh jemaah yang ada pada ketika itu sehingga polis tiba dan menahannya.

Gambar-gambar yang dikongsi di media sosial dari dalam masjid di Regent’s Park menunjukkan seorang lelaki kulit putih berbaju merah ditahan dan digari oleh pegawai polis.

Ads

Berapa saksi mengatakan, bilal ii telah ditikam di bahagian leher dan suspek yang menikamnya ini dikatakan sering datang ke masjid tersebut sejak enam bulan lalu.

Ads

Apa yang mengejutkan, lelaki ini berani melakukan perkara ini walaupun terdapat lebih kurang 100 orang di dalam masjid ketika insiden ini berlaku.

“Kejadian Seperti Ini Tak Patut Berlaku”, PM Britain Kesal Insiden Bilal Ditikam Ketika Laungkan Azan

Update terkini menerusi twitter melaporkan bilal tersebut dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital.

Makin melampau Islamophobia ni, bersyukur la kita di Malaysia masih dapat melakukan ibadah dengan selamat.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI