Oktober adalah bulan kesedaran kanser. Berdasarkan laporan dari Institut Kanser Negara (IKN), kanser merupakan penyebab kematian kedua tertinggi di dunia dan di Malaysia pada tahun 2018.
Dalam pada itu, 10 jenis kanser yang paling kerap dicatatkan di negara ini ialah kanser payudara yang mencatat kanser kematian tertinggi.
Diikuti kanser Kolorektal, Paru-paru, Limfoma dan Nasopharyxn. Di kedudukan keenam adalah leukimia, kelanjer prostat, hati, servik dan akhir sekali ovari.
Walau berapa di kedudukan ke 10 kanser yang menyerang rakyat negara ini, pencegahan adalah lebih baik dari mengubati.
Sempena bulan kesedaran kanser ini, ada tujuh tanda-tanda pengesanan awal yang boleh dilakukan oleh golongan wanita untuk mencegah dari terkena kanser ovari.
Berikut adalah tanda kanser rahim / ovari yang perlu diketahui oleh setiap wanita.
1.Pendarahan selepas menopaus
Antaranya simptom yang paling jelas, terutamanya selepas menopaus adalah berlakunya pendarahan. Kebiasaannya wanita mengambil mudah apabila selepas menopaus, mereka didatangi haid semula.
Sepatutnya wanita perlu membuat pemeriksaan sekiranya ia berlaku agar doktor dapat mengesahkan sama ada ia penyakit serius. Apabila dibiarkan dan tidak mendapatkan sebarang rawatan, sel kanser boleh merebak ke tahap 4.
2. Haid tidak teratur dan banyak
Ads
Bagi yang belum menopaus, ambil perhatian sekiranya haid tiba-tiba keluar secara banyak dan berterusan. Perkara ini disebabkan oleh ovari yang gagal merembeskan hormon secara normal kerana aktivitinya yang terganggu.
Aliran haid berat ini juga boleh disebabkan oleh beberapa penyakit lain seperti fibroid atau polyp di uterus. Pendarahan teruk juga boleh berlaku selepas melakukan hubungan intim ataupun sudah menopaus.
3. Perut Tidak Selesa
Selain 2 tanda kanser rahim paling jelas di atas, sistem penghadaman juga turut terkesan kerana posisinya yang agak dekat. Perut akan terasa mudah kenyang dan kembung. Sesetengah wanita mudah terasa loya dan mudah terkena sembelit. Jika perkara ini berlanjutan lebih dari tiga minggu, dapatkan nasihat doktor untuk rawatan selanjutnya.
4. Mudah Letih
Walaupun sudah berehat lama, tetap berasa letih. Nafas menjadi singkat dan jantung berdegup lebih laju walaupun tidak melakukan aktiviti berat. Selama ini tidak pernah pula selesu ini.
Ads
Seperti yang dijelaskan oleh sumber laman web kesihatan, hal ini disebabkan oleh sel darah merah yang berkurangan berbanding sel darah putih. Kondisi inilah yang dinamakan anemia dan sering berlaku pada pesakit kanser.
5. Kerap membuang air kecil
Minum air macam biasa. Nak dikata mengandung, tidak. Kenapa sejak-sejak ini terlalu kerap buang air kecil? Bukan sahaja selalu, malah sakit seperti rasa ketat dan pedih. Jangan berasa malu untuk mendapatkan nasihat doktor jika perkara ini berlarutan lebih dua minggu.
Walaubagaimanapun, tanda kanser rahim ini menyerupai juga beberapa penyakit lain yang kurang serius dan boleh dirawat dengan mudah.
6. Sakit seakan senggugut
Ads
Selain sakit perut kembung, sakit di sekitar pelvis seakan senggugut ketika haid juga adalah antara tanda kanser ovari. Sakit ini mungkin sebiasa sakit senggugut atau mungkin lebih teruk sehingga perlu berbaring dan ambil ubat tahan sakit.
Dapatkan nasihat pakar sekiranya sakit pelvis berlarutan walaupun selepas haid atau pada bila-bila masa.
7. Perubahan berat badan secara drastik
Jika selama ini kita bertubuh agak gempal dan turun berat badan tanpa senaman atau kawalan pemakanan, dapatkan rawatan segera terutamanya bila turun berat badan secara drastik.
Mengubah corak pemakanan kepada yang lebih sihat dan rutin senaman dapat mengurangkan risiko kanser.
Jangan ambil mudah
Sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas, dapatkanlah nasihat doktor. Semak semula sekiranya tedapat ahli keluarga terdekat anda ada yang menghidap kanser payudara atau ovari.
Namun begitu, jangan terlalu panik jika anda menghadapi gejala-gejala di atas. Ada beberapa lagi penyakit yang menyerupai tanda kanser rahim seperti PCOS atau fibroid. Ujian saringan awal boleh dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan. Sumber : Klinik Avisenna
Sempena kesedaran Oktober bulan kanser ini, saksikan Power Talk FIGHT AGAINTS CANCER pada 18 November 2020 secara langsung di fb Mingguan Wanita #NIfightagainstcancer
Pada bulan Mac lalu, wanita jelita berdarah kacukan Cina-India, Jasebel Robert pernah mencipta magis di pentas Miss Grand International 2020 setelah wakil Malaysia itu berjaya menembusi senarai 10 peserta terbaik.
Jasebel, 25 terpilih menyertai senarai Top 10 apabila mengenepikan populariti 63 peserta lain untuk dinobatkan sebagai pemenang kategori Miss Popular Vote. Sekaligus, Jasebel menjadi wakil Malaysia pertama di pertandingan Miss Grand International yang berada di kedudukan Top 10.
Untuk edisi Miss Grand International 2021 yang kini sedang berlangsung di Bangkok Thailand pula, wakil Malaysia ke pertandingan tersebut pun tidak kurang hebatnya. Malaysia diwakili oleh Lishalliny Kanaran dan dia sedang berdepan saingan daripada 60 peserta lain dari seluruh dunia untuk cuba melakukan yang terbaik bagi menyamai prestasi Jesebel pada edisi lepas mahupun memperbaiki kedudukan Malaysia ke senarai 5 terbaik. Siapa tahu, rezeki dan tuah berpihak kepada negara pada tahun ini?
Menghampiri acara finale pada 4 Disember ini, Miss Grand International 2021 pada malam ini telah melangsungkan segmen kostum nasional terbaik yang disiarkan secara langsung di saluran YouTube Grand TV.
Lishalliny tampil bersedia apabila dia memperkenalkan keunikan kostum dan kisah di sebalik persembahan Ulek Mayang yang berasal dari negeri Terengganu.
Bukan mudah ya untuk Lishalliny mempersembahkannya dek saiz kostum rekaan khas pereka Sarawak, Aldrin Artistry itu yang dianggarkan seberat 50 kilogram!
Ihsan Foto : Miss Grand Malaysia
Sedikit info mengenai budaya Ulek Mayang; ia merupakan sejenis tarian penyembahan yang asalnya adalah upacara rawatan tradisional seorang bomoh ke atas nelayan yang tidak sedarkan diri dan telah dipukau oleh seorang puteri laut yang jatuh cinta terhadapnya.
Demi membawa pulang roh nelayan berkenaan, puteri laut telah menyeru lima lagi saudaranya untuk melawan si bomoh hinggalah tercetusnya pertarungan di antara bomoh dan keenam-enam puteri.
Ihsan Foto : Miss Grand Malaysia
Akhirnya, puteri sulung yang juga merupakan puteri ketujuh meleraikan pertarungan dan memerintahkan agar kelompok yang berasal dari darat untuk pulang ke darat sementara puteri-puteri laut untuk pulang semula ke dunia mereka.
Sebagai ucapan terima kasih di atas bantuan puteri ketujuh, nelayan tersebut dan rakan-rakan menyembahnya dengan nasi berwarna hinggalah kehadiran agama Islam di bumi Terengganu.
*
Berbalik kepada wakil Malaysia ke pertandingan Miss Grand International 2021, rekaan kostum Ulek Mayang ini diakui ramai sebagai salah satu kostum nasional terbaik yang pernah dihantarkan oleh Malaysia ke pentas pertandingan ratu cantik.
Bukan saja kostum serba biru-hitam keemasan ini menarik untuk ditatap, malah persembahan Lishalliny yang membawa bersama ‘tujuh orang puteri laut’ dengannya selama kira-kira 42 saat pada malam ini tampak cukup menyakinkan.
Lihat sajalah klip persembahannya di bawah :
Jika korang masih ingat pada Miss Grand International 2020, Malaysia juga pernah memukau penonton menerusi kostum yang diinspirasikan daripada budaya Mak Yong; sehinggakan ia tercalon dalam senarai 10 kostum terbaik oleh pihak juri.
Miss Grand International 2021 mula dilangsungkan pada 17 November lalu di kepulauan Phuket untuk mempromosikan sektor pelancongan Thailand. Ia bersempena pembukaan semula sempadan negara itu kepada pelancong asing menerusi program sandbox yang diperkenalkan oleh pihak kerajaannya.
Selain itu, penganjuran Miss Grand International 2021 juga dilihat sebagai strategi Thailand untuk kembali merancakkan sektor pelancongan yang merupakan salah satu sektor paling menguntungkan negara Gajah Putih itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah parut jerawat merupakan satu mimpi ngeri buat kaum perempuan. Kesan parut pada wajah membuatkan mereka hilang rasa keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain.
Jerawat timbul ‘seketul’ atas muka pun dah boleh buat perempuan stres, apa lagi jika ia meninggalkan parut yang berkemungkinan bersifat kekal dan susah untuk dihilangkan.
Namun begitu, kini terdapat beberapa produk didapati boleh membantu untuk mengurangkan masalah ini.
Berikut adalah senarai produk yang boleh korang cari.
1. Bio Oil
Bukan hanya sebagai pelembap kulit, produk ini amat berkesan untuk memudarkan cacat cela pada kulit wajah. Boleh mengurangkan kesan parut seawal dua minggu tetapi mengikut jenis kulit masing-masing.
Harganya yang mampu milik sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Satu botol boleh tahan sehingga dua atau tiga bulan mengikut cara pengunaan.
2. Hiruscar Gel
Kandungan Mukopolisakarida Polysulphate (MPS) dan allium cepa akan menembusi ke dalam kulit dan mampu melicinkan serta melembutkan tisu parut.
Kandungan aloe vera, vitamin E dan vitamin B3 dalam produk ini juga boleh mencerahkan dan mengembalikan kulit menjadi lebih natural serta melicinkan parut yang telah keras.
Jika digunakan secara konsisten, hasil pengurangan parut jerawat dapat dilihat sekitar empat hingga enam bulan mengikut tahap keadaan parut masing-masing.
3. Kiehl’s Clearly Corrective Dark Spot Solution
Produk ini tidak mempunyai sebarang paraben, pewangi, silikon dan dijamin sesuai untuk semua jenis kulit. Kesannya boleh dilihat dalam masa dua hingga 4 minggu dan korang akan melihat hasilnya apabila tompok hitam dan parut semakin pudar.
4. Dermatix
Mengandungi teknologi Cyclopentasiloxane untuk melembapkan dan meratakan bekas luka. Gel ini bukan hanya boleh mengurangkan parut jerawat, malah ia juga digunakan untuk menghilangkan parut luka terbakar dan parut cacar.
Guna at least sekali sehari, kawasan berparut itu perlu dibasuh bersih terlebih dahulu dan seterusnya sapu produk ini dengan rata sehingga kering.
5. Clinelle WhitenUp Spot Corrector Essence
Selepas membersihkan muka, korang boleh terus menggunakan produk ini kerana ia dapat membantu mengurangkan masalah tompok gelap dan parut jerawat. Struktur krim yang pekat membolehkan korang untuk guna sedikit saja pada bahagian bermasalah.
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanpa sedar, ada ketika bau kaki boleh jadi sangat meloyakan. Bila membuka kasut, baunya sudah cukup membuatkan orang sekeliling menekup hidung kerana tidak tahan.
Mungkin ramai yang nak tahu kenapa kaki boleh berbau dan boleh juga cuba 10 tips mudah ini bagi menghilangkan masalah kaki berbau yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman facebooknya. Cubalah, mana tahu masalah kaki berbau yang korang alami selama ini boleh diselesaikan.
“Doktor, kaki dia busuk gila. Macam bau anjing laut mati!”
Nak tergelak aku dengar bapa budak ni punya ayat pasal masalah bau kaki anak dia. Tapi, lepas anak dia buka kasut, terus aku tak jadi gelak.
Memang bau macam a̶n̶j̶i̶n̶g̶ singa laut mati!
Kalau kau orang ada masalah kaki berbau macam ni, elok kau cuba 10 tips yang boleh kembalikan keyakinan diri kau orang!
Cuci Daki Kaki Kaki berdaki adalah medium sesuai untuk bakteria dan kulat hidup. Semasa mandi, pastikan sental daki di kaki, terutamanya di celah jari.
Buang Cagu/Kematu Cagu(cengkam), kematu(callosity) dan kulat air adalah antara sebab kaki berbau. Pastikan kaki anda bebas masalah ini. Kalau ada, jumpa doktor.
Potong Kuku Pendek Kuku jari kaki yang panjang adalah tempat kotoran, daki dan bakteria berkampung(berkumpul). Jadi, pastikan kuku anda sentiasa pendek.
Pakai Stokin sesuai Disarankan guna stokin kapas(cotton) atau bulu bebiri(wool) kerana ia beri pengudaraan dan menyerap peluh lebih baik berbanding nilon.
Tukar Stokin Setiap Hari Stokin menyerap peluh dan menjadi lembap. Peluh itu busuk, dan medium sesuai untuk kulat dan bakteria tumbuh. Euwww!
Jangan jadi begini ya, kucing pun pengsan baunya…
Pakai Kasut Sesuai Pakai kasut yang tidak ketat dan diperbuat daripada kulit atau kanvas, kerana ia beri pengudaraan yang baik berbanding material lain.
Elak Pakai Kasut Sama Setiap Hari Beli 2 pasang kasut kerja/sekolah. Satu pakai, satu jemur. Selang seli. Kasut lembap galakkan pembiakan bakteria dan kulat. Cuci kasut setiap minggu.
Pakai Ubat Anti-Perspiran Di farmasi, boleh beli sabun, spray, talkum atau rendaman untuk kurangkan perpeluhan di kaki. Spray kasut dengan ubat anti-bakteria dan kulat.
Elak Kongsi Stokin atau Kasut Pelajar di asrama selalu kongsi(baca: rembat) stokin dan kasut kawan. Kalau kawan tu kakinya ada kulat atau bakteria, berkongsi sekalilah. Pakej.
Petua Orang Lama Boleh cuba rendam kaki dalam air garam, air lemon, kopi atau teh, KECUALI jika ada kencing manis atau masalah saraf(kebas/lumpuh) kaki.
Apa lagi? Pergi tag kawan-kawan kau orang yang kaki dia bau semerbak.
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...