Kejutan Hari Pertama Persekolahan, Dr Maszlee Malik Letak Jawatan

Share

Baru hari pertama persekolahan, sudah ada kejutan yang berlaku. Bukan cerita kanak-kanak tahun satu menangis tetapi ada berita yang lebih besar dalam kabinet negara.

Terkini dikatakan, Dr  Maszlee Malik telah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan Malaysia  berkuat kuasa esok, 3 Januari 2020.

Dalam satu sidang akhbar mengenai isu perletakannya pada petang ini,  Dr Maszlee menegaskan beliau memulangkan semula jawatan Menteri Pendidikan dengan rasa berat hati namun redha sejak menerajuinya 20 bulan lalu selepas berbincang dan mendapatkan nasihat dari Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad pagi tadi.

Dalam sidang akhbar itu, Dr Maszlee Malik berkata, walau  pun begitu banyak perubahan dilakukan oleh kementeriannya, namun hanya isu-isu sensasi seperti pembelajaran Jawi, sarapan pagi dan lain lagi timbul.

Kisah mengenai pensyarah dari UIA yang diberi portfolio sebagai Menteri sebaik Pakatan Harapan ternyata bukan biasa-biasa.

Perkongsian seorang guru, MUHD IDRIS SANI ISA atau Cikgu Sani dalam artikelnya Apa Menteri Kasut Hitam buat yang tular sebelum penamat tahun 2019 ternyata mampu membuka mata kita apa beliau (Dr Maszlee) telah lakukan.

REMAJA siarkan sebahagian artikel yang ditulis dan viral di media sosial.

Dalam aspek pendidikan negara yang mana portfolio sebagai Menteri Pendidikan dianggap begitu penting, ada beberapa perubahan telah dilakukan oleh beliau sepanjang kariernya.

Antara paling diingati mengenai isu kasut hitam (dianggap sinis oleh ramai orang) tetapi sebenarnya ada lagi banyak jasa dilakukan oleh beliau biar hanya memegang jawatan Menteri dalam tempoh terhad (mulai dilantik berkuasa 21 Mei 2018).

Menteri kasut hitam yang telah menambah baik 90 peratus sekolah daif di seluruh Malaysia.

Jumlah pelajar miskin B40 sebanyak 38,282 yang berjaya masuk ke universiti selepas Menteri Kasut Hitam perkenalkan laluan khas ke Universiti Awam untuk pelajar B40.

Tidak cukup dengan itu, menteri kasut hitam ini memperuntukkan RM68.1 juta biasiswa untuk pelajar B40 ini. Menteri kasut hitam mahu semua pelajar miskin ini dapat pendidikan sama macam orang lain. Beliau bagi kuota 60 peratus untuk mereka masuk ke sekolah berasrama penuh dan matrikulasi.

Program Sifar Murid Cicir. Saya dapat tahu dalam Facebook menteri kasut hitam, seramai 4,369 orang anak-anak yang cicir yang dulunya tak pergi sekolah sudah kembali ke sekolah.

Beliau telah paksa 15,565 guru duka lara yang selama ini derita berjauhan dengan pasangan berjaya ditukarkan.

Ya, ada banyak lagi jasanya namun hanya Allah yang tahu MENGAPA BELIAU MELETAK JAWATAN.

Published by
Almaswa Haji Che Ros