Kekal Berseri Ketika Zoom Meeting, Pakai Je Foundation Young & Glow

Share

Satu hari pakai baju tidur, rambut tidak didandan, muka tidak dipakai moisturizer dan sunblock, comot selekeh langsung tak berseri.

Awas ya, penampilan sangatlah penting. Lagi pula sekarang rata-rata bekerja dan mengikuti kelas dari rumah. Mungkin tiba-tiba ada video conference call, kamu nak meeting dengan pakai kaftan dan balut sahaja kepala dengan tuala, muka pula lesu dan pucat, langsung tiada glow? Mesti tak nak.

Jadi,kalau korang nak penampilan berseri tanpa mekap kuncinya ialah kulit wajah itu sendiri.

Terbaru, jenama kecantikan terkemuka Malaysia Young & Glow memperkenalkan kemunculan foundation ikonik mereka dengan wajah baru yang lebih mesra pengguna.

Foundation sememangnya bff perempuan. Selain menutup kesan jerawat dan parut pada wajah, ia juga berfungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran cahaya matahari yang boleh menjadikan kulit jadi gelap. Foundation jenama ini mengandungi SPF 45 bagi melindungi kulit korang walaupun korang berada di rumah je.

Sebagai wanita Malaysia, tona dan tona asas (undertone) wajah masing-masing semua berbeza kerana ada yang mempunyai undertone hijau, kemerahan serta kebiruan. Tapi jangan risau, foundation Young & Glow ini sesuai digunakan dengan semua jenis dan warna kulit, full coverage dan kekal sehingga lapan jam bersama tekstur yang ringan serta selesa pada kulit wajah.

Paling penting, untuk yang beragama Islam tidak perlu risau lagi kerana foundation ini hadir dengan sijil Halal rasmi, so tiada masalah lagi untuk wuduk dan bersolat. Nak cantik tak ada masalah, asalkan tahu kewajipan masing-masing kan?

So, tidak perlu lagi untuk kamu cover up wajah dengan solekan tebal guna je foundation ini, kan.

Ouh penulis lupa, foundation ini boleh didapatkan pada harga RM79.00 di seluruh Malaysia  melalui agent rasmi atau secara atas talian di www.youngandglow.com.my. Kalau beli tu ingat penulis jua k….hiks

Published by
Nana