Berita

Kekal Cemerlang! Sze Fei-Nur Izzuddin Kini Muncul Juara Terbuka Artik

Share

Terbaru, jaguh beregu profesional lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berada dalam kelas tersendiri selepas menundukkan pasangan dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen pada perlawanan akhir Terbuka Artik di Finland pada 13 Oktober lalu.

Menerusi perlawanan berlangsung sengit di Vantaan Energia Areena, pasangan negara yang berada di kedudukan kelapan dunia tersebut terlebih dahulu bermula goyah apabila tewas 15-21 pada set pertama.

Kredit: Badminton Europe
Kredit: Stadium Astro

Namun, mereka bangkit dengan permainan lebih kemas pada set kedua untuk melakar kemenangan 21-15 sekaligus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Dalam pada itu, Sze Fei-Nur Izzuddin kekal meneruskan aksi konsisten mereka apabila melakar kemenangan 21-19 untuk menundukkan Astrup-Rasmussen yang juga pilihan kedua kejohanan berstatus Super 500 itu.

Kredit: Badminton Europe
Kredit: Stadium Astro

Susulan itu, kemenangan tersebut membolehkan mereka membalas dendam ke atas Astrup-Rasmussen selepas tewas di Masters Malaysia Mei lalu dalam pertemuan terakhir kedua-dua pasangan itu.

Terdahulu, gandingan negara yang keluar dari naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sejak 1 September lalu itu menjuarai Terbuka Jepun dan Terbuka China.

Sumber: Sinar Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE