Jenama streetwear yang berasal dari Anaheim California, Vault by Vans boleh dikategorikan sebagai jenama fesyen dan aksesori yang sangat versatil dan bersifat timeless. Mungkin kerana itu ramai menggemarinya baik perempuan mahupun lelaki – you can never go wrong with Vans.
Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, Vans kerap melancarkan koleksi kolaborasi bersama nama-nama besar yang bukan saja mempunyai rekaan menarik. Malahan ia juga mempunyai nilai sentimental dan nilai jualan semula (resell
) yang agak baik.Terbaru, Vans kembali berkerjasama dengan jenama dari Amsterdam, Patta untuk koleksi ‘Mean Eyed Cats’ dalam koleksi sneakers terbaru. Kali terakhir Vans dan Patta mengeluarkan koleksi ini adalah pada 2015 dan 2017.
Bezanya untuk versi 2021 ini, ia menggunakan siluet klasik daripada Vans namun dipelbagaikan dalam beberapa warna menarik; jadi pembeli mempunyai lebih banyak pilihan citarasa.
Reka bentuk model Old Skool dan Sk8-Hi lebih segar dengan logo signature Patta. Ia menyerlahkan jiwa keremajaan si pemakai yang memilih warna upper
seperti hitam, putih, Frost Grey, High Risk Red, Silver Pink, Salute dan Almond Buff. Banyak betul pilihan!Pada bahagian midsole-nya pula menampakkan teks Mean Eyed Cats. Manakala, tali kasut yang diberikan juga menerbitkan kelainan apabila ia mempunyai logo Patta.
Bagi siluet SK8-Hi, ia dijual pada harga RM459 manakala siluet Old Skool pula pada harga RM399.
Selain itu, Vans dan Patta ini juga menawarkan 3 rekaan baju-T grafik dan stokin kaki khas bagi pelancaran kali ini.
Koleksi Mean Eyed Cats ini boleh mula didapati di pasaran Malaysia pada 23 Julai 2021 menerusi platform Crossover Online.
Tanpa sedar, jenama Vault by Vans sudah berada dalam dunia streetwear selama 45 tahun sejak dilancarkan tahun 1976. Daripada identiti sebagai pengeluar rekaan kasut berfesyen untuk peluncur-peluncur papan luncur mahsyur, ia kini turut menjadi rekaan staple bagi fesyenista.
Untuk keterangan lanjut, layari Facebook Crossover Stores ataupun akaun Instagram mereka.