Kekal Gaya Hidup Sihat Sepanjang PKP, Aqil Taqee Kongsi Rutin Workout Setiap Hari

Share

Berdarah kacukan Cina, Aqil Taqee merupakan pelajar jurusan Diploma Sains Sukan di UITM Shah Alam yang pada mulanya bercita-cita ingin menjadi seorang pramugara namun niatnya itu mendapat tentangan bapanya. Aqil percaya ada hikmah mendengar nasihat ayahnya itu kerana melihatkan situasi pandemik sekarang ini.

Instagram: Aqil Taqee

Finalis Hero Remaja 2021 ini juga aktif dalam sukan ragbi dan pernah mewakili negara ke Hong Kong pada usia 17 tahun. Ramai yang tidak percaya bahawa remaja kelahiran Kuala Lumpur ini bermain ragbi kerana tubuhnya yang kecil, namun Aqil menegaskan tidak semestinya perlu berbadan besar, asalkan punya kemahiran dan boleh berlari dengan laju.

Instagram: Aqil Taqee

Aqil juga pernah mengalami kecederaan semasa bermain ragbi apabila bahunya terkehel dan bahagian belakangnya kena hentak dan disepak. Namun, disebabkan minat yang mendalam, Aqil tidak pernah mengalah dan tetap meneruskan minatnya dalam sukan tersebut.

Melihatkan gaya hidup yang diamalkan oleh finalis Hero Remaja ini, tidak hairan sekiranya Aqil gemar melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan di rumah walaupun masih di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Selain daripada bersukan, saya juga mengamalkan pengambilan supplement kerana saya menganggap ia sangat penting untuk kesihatan kita. Jadi setiap pagi, selepas mandi saya akan makan supplement sebelum keluar berjogging,”

“Jogging antara salah satu cara untuk mengekalkan tahap kecergasan saya. Kebiasaannya saya akan buat dalam tiga hingga lima kilometer setiap hari. Balik rumah, saya akan sambung home workout pula lebih kurang dalam 45 minit,”

“Walaupun duduk di rumah dan pergerakan masih lagi terbatas, kita tidak boleh jadikan ia sebagai alasan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti kecergasan. Rasanya kalau nak keluar berjogging di sekitar kawasan perumahan masih lagi dibenarkan. Tak pun buat sahaja workout di rumah asalkan badan tidak jadi lesu dan sentiasa cergas,” jawab Aqil.

Kalau nak badan cantik dan berat badan maintain, kenalah berusaha sikit kan. Jangan nanti berat dah naik baru nak menyesal. Hiks!

Teruskan menyokong Hero Remaja 2021 dan jangan lupa media sosial Majalah Remaja untuk mengikuti perkembangan setiap finalis.

Good luck guys!

Published by
Noor Ain Norman