Kalau korang yang lahir tahun 90-an pasti membesar dengan telatah pelakon dan pengacara terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim di saluran NTV7. Seorang wanita yang dikenali dengan perwatakannya yang ceria dan disenangi ramai, YM Che Puan Sarimah Ibrahim menjadi personaliti TV kegemaran ramai sejak dia membuat kemunculan dalam industri pada 1996.
ARTIKEL BERKAITAN : Awet Muda Di Usia 33 Tahun, Ini Rahsia TAEYEON Kekal Remaja. Wajib Ikut!
Ramai yang terubat rindu apabila melihat pelakon, penyanyi dan pengacara, ini kembali beraksi apabila membuat kemunculan di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) baru-baru ini.
Namun, yang menjadi bualan netizen ialah mengenai kecantikan seperti ‘remaja’ walaupun sudah berusia 43 tahun kerana wajahnya yang kekal awet muda. Dalam satu ciapan di Twitter, beliau telah berkongsikan rahsia yang sering diamalkannya untuk kekal kelihatan menawan dan sihat selepas ditanya oleh netizen.
Dua Liter Air Kosong Setiap Hari
Menurutnya, dia telah mengamalkan dua liter air kosong setiap hari dan minum latte oatmilk sebelum bersenam.
“40 minit kardio kaw kaw, tujuh jam tidur. Bernafas secara dalam ke bawah perut,” katanya.
Tambahnya lagi, elakkan memakai foundation setiap hari dan rajin mencuci muka setiap malam sebelum tidur serta gunakan produk yang mempunyai SPF 50 plus.
Tips Sarimah Ibrahim
Rata-rata warganet memberikan reaksi positif dan kagum dengan tips yang diamalkan oleh beliau untuk kekal remaja dan awet muda.
Untuk info, Che Puan Sarimah Ibrahim berkahwin dengan YM Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar (lebih mesra dipanggil Tunku Jamie) daripada kerabat Diraja Negeri Sembilan pada 2 April 2015 dan kini sudah dikurniakan seorang anak.
BACA : “Kekal Remaja…” Penampilan Terkini Avril Lavigne Buat Ramai Orang Terpegun
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.