Era kini, perkembangan teknologi amat memudahkan setiap urusan kita bukan sahaja dalam kehidupan. Malah, dalam hal penjagaan penampilan dan kecantikan juga mudah untuk digunakan pada bila-bila masa dan dimana jua dan ia sudah seperti menjadi keperluan buat sesetengah orang.
Kali ini jenama Ulike sekali lagi mencetus fenomena dalam industri kecantikan dengan memperkenal ReGlow LED Face Mask yang menggunakan teknologi LED fototerapi.
Peranti inovatif ini juga menawarkan penyelesaian untuk pelbagai masalah kulit dan paling menarik, pengguna boleh menjimatkan kos untuk dapatkan rawatan di spa atau klinik estetik.
Antara ciri menarik ReGlow LED Face Mask ini adalah bukan sahaja bentuknya yang kelihatan seperti karakter superhero Iron Man! Masker ini juga mampu menangani masalah kulit secara efektif hanya dengan menggunakan gelombang cahaya.
Berbeza dengan rawatan penjagaan kulit seperti sebelum ini yang memerlukan banyak langkah dan lawatan ke dermatologis. Masker Ulike memberikan pilihan mudah kepada pengguna yang ingin dapatkan rawatan kecantikan hanya di rumah dan boleh dibuat pada bila-bila masa.
ReGlow LED Face Mask juga adalah peranti yang bertindak sebagai penyelesaian menyeluruh untuk masalah kulit termasuk anti-penuaan, pengurangan jerawat, pencerahan, dan mampu mengembalikan kulit seperti remaja hanya dengan sentuhan butang.
Kami di Remaja berpeluang mencuba ReGlow LED Face Mask! Hasilnya, anda boleh lihat dalam masa 10 minit sahaja. Bagi dapatkan hasil yang lebih baik, pengguna perlu konsisten setiap hari dan boleh lihat kesan yang baik berlaku selepas 14 hari.
Pengalaman #Remaja Menggunakan ReGlow LED Face Mask
Sebagai seseorang yang kulit cenderung kusam dan berjerawat, saya ingin melihat keberkesanan produk ini dalam masa singkat seperti yang diperkatakan. Semasa pertama kali menggunakan masker tersebut, peranti tersebut agak ringan dan selesa dipakai tanpa menyakitkan kepala.
Apa yang menarik, semasa memilih setiap mode yang ingin digunakan. Anda tidak perlu set timer kerana cukup dengan memilih mode pilihan, peranti Ulike ini secara automatik akan menyala selama 10 minit dan tertutup selepas rawatan selesai.
Secara keseluruhan, mungkin harga peranti ini agak tinggi sehingga membuatkan mereka berhati-hati dan ingin melihat sama ada ia berbaloi untuk kesan panjang. Akan tetapi, jika bandingkan harga kos peranti ReGlow LED Face Mask dengan rawatan muka di luar sana. Mungkin anda dapat jimatkan masa tanpa perlu ke spa atau klinik, juga wang kerana rawatan di luar sana sudah pasti memerlukan rawatan lanjut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.