Kalau korang nak nampak penampilan yang lebih fresh selain daripada menjaga rutin kecantikan dan bersenam, ada satu lagi cara dengan style gunting rambut!
“Bangs” ialah salah satu gaya rambut yang menarik. Dan tidak ketinggalan bintang kpop Lisa yang memang sinonim dengan rambut ‘bang’ ni.
Tapi kalau perasan rambut bangs Lisa Blackpink sentiasa statik saja, apatah lagi semasa Lisa menari diatas pentas namun rambut bangsnya kekal terletak dan tak pernah nampak kusut pun. Agaknya apa rahsia rambut Lisa jadi macam statik macam itu ya?
Terbaru, anggota Blackpink, Lisa telahpun berkongsi rahsia bagaimana beliau jaga rambut bangsnya hingga jadi statik?
Step By Step Cara Dapatkan Rambut Bangs Macam Lisa Blackpink
- Bangun pagi sebelum pakai mekap, roll rambut bangs.
- Kemudian blow dry rambut bangs yang sedang di roll tersebut.
- Selepas itu sembur spray rambut pada akar rambut secara lembut.
- Kemudian guna spray rambut yang lain khas untuk bahagian hujung bangs.
Comel betul la Lisa ni kan…
So korang yang ada rambut bangs ni boleh la try tips rambut bangs Lisa Blackpink ni untuk dapatkan rambut bangs cantik terletak!
Ada Yang ‘Panas’ Dengan Mesej Politik, Lihat 16 Kostum Bermakna Di Miss Universe 2021
Isi Kandungan
Toggle
Saban tahun apabila pertandingan ratu cantik, Miss Universe dianjurkan, segmen kostum nasional adalah salah satu segmen kegemaran REMAJA.
Ia merupakan segmen yang membolehkan para peserta berseronok ketika mempertontonkan kostum masing-masing di pentas tersebut. Malah, ia juga mempertontonkan kreativiti dan hasil kerja pereka yang dilantik untuk mempersiapkannya untuk wakil di Miss Universe.
ARTIKEL BERKAITAN : INDIA Dinobat MISS UNIVERSE 2021, Tamat Kemarau Kemenangan 21 Tahun – REMAJA
Jom lihat 16 kostum nasional terbaik pada pandangan REMAJA di Miss Universe 2021.
Argentina
Diperbuat daripada plastik terbuang yang telah dicairkan, ia merupakan simbol kepada glasier yang semakin mencair di Argentina disebabkan impak pemanasan global.
Aruba
Kostum ini mewakili tanaman lidah buaya yang terkenal di Aruba. Ia begitu penting sehinggakan simbol lidah buaya ada pada jata negara tersebut. Kini, Aruba masih maneruskan penanaman lidah buaya secara besar-besaran dan ia digunakan dalam pembuatan produk penjagaan kulit serta perubatan.
Curacao
Dalam tempoh 30 tahun yang lepas, 50 peratus daripada populasi terumbu batu karang di seluruh dunia telah pupus. Warna merah pada kostum ini diinspirasikan daripada terumbu ‘fire coral’ di Curacao. Selain rekaannya yang cantik, kostum ini turut mempromosikan impak pemanasan global terhadap habitat ‘fire coral’ di Afrika, Eropah dan Tengah/Selatan Amerika.
Czech Republic
Sebagai penyokong kempen kesedaran hak wanita, kostum ini bukan saja menampilkan aksesori kepala berbentuk singa sebagai simbol kekuatan serta keberanian seorang wanita. Pada tangannya juga mempunyai tulisan berbunyi, “Pertahankan Hak Wanita Di Seluruh Dunia,” dan “Saya mewakili satu suara tetapi bersama, kita boleh berjaya.”
El Savador
Lain daripada yang lain! Kostum ini mewakili monumen keamanan di El Savador. Saban tahun, sebarang pertunjukan demonstrasi untuk menentang keganasan akan dilangsungkan di sana.
Lilin pada bahagian bahu/gaun dan corak seakan tangan berdarah pada bahagian bawah gaun adalah simbol kepada kes ‘femicide’. Femicide bermaksud pembunuhan yang disengajakan terhadap wanita disebabkan jantina dan malangnya, ia masih berlaku di El Savador.
India
Biarpun kostum India ini mirip pakaian tradisional lenhga yang biasa kita saksikan, makna di sebalik kostum ini adalah lebih mendalam. Ia adalah satu bentuk penghargaan kepada kaum wanita di mana payung yang dibawanya merupakan simbol naluri dan sifat ingin melindungi yang ada pada diri seorang wanita terutamanya terhadap anak mereka.
Ireland
Sejak usia 17 tahun, wakil Ireland ini telah berkhidmat dalam bidang perubatan.
Kostum hijau keemasan ini merupakan penghargaannya kepada barisan hadapan (frontliner) yang telah bertungkus-lumus sewaktu musim pandemik. Selayaknya, mereka digelar healthcare hero. Dia juga ingin melihat para jururawat dibayar setimpal dengan perkhidmatan mereka menerusi kostum ini.
Morocco
Nampak seakan persalinan kaftan biasa saja. Namun kostum nasional yang disarungkan oleh Kawtar Benhalima dari Morocco ini merupakan persalinan yang cukup elegan; siap dengan barangan kemas mewah dan fabrik yang mewakili sejarah 12 abad di Morocco. Warna hijau pada fabrik baldu adalah simbolik kepada agama Islam yang merupakan agama rasmi di Morocco. Talk about representation.
Nigeria
Diilhamkan daripada topeng muka tradisional puak Mnwana di Nigeria, kostum ini cantik dengan hasil kerja hiasan manik. Ia bertujuan untuk meraikan kekayaan warisan budaya Nigeria dan merupakan simbol kekuatan wanita. Topeng muka dempak ini ibarat perlindungan yang diberikan oleh Mnwana kepada kanak-kanak dan wanita daripada serangan serta penderaan.
Peru
Keseluruhan kostum ini menyala terang dengan bantuan lampu LED! Wakil Peru iaitu Yely Rivera ingin menghargai tempat kelahirannya di kaki gunung berani menerusi kostum ini. Katanya, dia merupakan Ratu Putih (White Queen) di daerah Andes sambil membawakan mesej perpaduan serta keamanan.
Filipina
Jika pada tahun 2019, Filipina pernah memenangi kategori Kostum Nasional menerusi ilham haiwan burung helang. Kali ini, wakil Filipina iaitu Beatrice Luigi Gomez ‘menjadi’ seekor naga pula. Ia diilhamkan daripada kisah dongeng rakyat Filipina bernama Bakunawa. Kostum ini lengkap dengan bahagian cape di bahagian belakang yang kelihatan seperti sisik serta bahagian bahu berbentuk naga.
Singapura
Bukan mudah untuk menceritakan segala-galanya tentang negara kita ke dalam satu rekaan kostum. Namun Singapura mampu melakukannya menggunakan corak pada kain kostumnya yang kelihatan seperti lukisan bandaraya Singapura. Cantik menggunakan warna bendera rasminya iaitu merah dan putih, kostum rekaan Frederick Lee ini juga menampilkan bintang sebagai aksesori kepala dan ia mewakili bintang pada bendera Singapura.
Afrika Selatan
Bodysuit putih yang diilhamkan daripada burang merpati ini bukan bodysuit biasa-biasa. Ia adalah mesej wakil Afrika Selatan bernama Lalela Mswane ini yang inginkan keamanan. Mesej ini merujuk semula kepada masa silam Afrika Selatan yang pernah bergelut dengan isu hak rakyat yang tidak sama rata.
Kostum ini juga ‘kena’ dengan kontroversi yang melanda pembabitan Afrika Selatan di Miss Universe 2021. Untuk pengetahuan, Lalela tidak menerima sokongan kerajaan negaranya disebabkan lokasi pertandingan Miss Universe 2021 di Israel. Kata Lalela, bukan lokasi yang harus dijadikan tumpuan tetapi niat menghantar wakil untuk bertanding di sana.
Apapun, kami gemar saksikan aksi Lalela yang menari ballet dengan kostum ini!
Sepanyol
Pejam celik, arkitek terkenal Sepanyol iaitu Antoni Gaudi telahpun meninggal dunia selama 95 tahun. Kostum ini diinspirasikan daripada hasil kreativiti arkitek tersebut dan ia mirip salah satu karya seni Gaudi paling ikonik iaitu ‘Salamandra’ di Barcelona.
Thailand
Seluruh rakyat Malaysia mengenali ilham sukan Muay Thai pada kostum Thailand ini. Tapi kali ini, sut sukan boxing tradisional ini diberikan suntikan elegan apabila bahagian badannya diperbuat daripada lingkaran tali nipis dan manik. Ia dinamakan sebagai Nang Kard yang bermaksud Wanita Kuat.
Mengambil semangat juang dalam diri seorang wanita, kostum ini selari dengan ‘tagline’ Miss Universe Thailand pada tahun ini iaitu Power of Passion.
USA
Wow! Wakil Amerika Syarikat, Elle Smith hadir sebagai figura trofi keemasan yang selalu diserahkan kepada pemenang acara anugerah terkemuka di Hollywood seperti Golden Globes, Oscars dan Emmys. Siap ada karpet merah lagi untuk Elle di atas pentas tersebut.
*
Dan pemenang bagi kategori Kostum Nasional pada tahun ini ialah..
NIGERIA!
Bukan saja ia unik dan kemas, persembahan menyakinkan Maristella Okpala juga membantu Nigeria memastikan kemenangan ini.
Menurut pereka kostum dari Filipina, Kennedy Jhon Gasper yang bertanggungjawab menyiapkan kostum Nigeria ini, ia merupakan kostum kedua yang pernah dihasilkannya untuk wakil Miss Universe. Sebelum ini, Kennedy pernah menyiapkan kostum wakil Cameroon di Miss Universe 2020, Kossinda Angeles.
Untuk kali pertama dalam tempoh 7 tahun, kategori ini tidak dimenangi oleh negara dari benua Asia. Terdahulu, Miss Universe telah menobatkan pemenang Kostum Nasional dari Indonesia (2014), Thailand (2015), Myanmar (2016), Jepun (2017), Laos (2018), Filipina (2019) dan Myanmar (2020).
ARTIKEL BERKAITAN : 15 Kostum Nasional Menarik Ratu Cantik. Ada Yang Menarik, Ada Yang Pelik! – REMAJA
BACA LAGI : 4 Kostum Nasional Di Miss Universe 2020 Suarakan Isu Panas! – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bukan Setakat Busana Kontinjen Olimpik, Rizman Ruzaini Juga Reka Uniform Hospital Swasta Ini. Persis Watak K-drama!
Bukan kaleng-kaleng…
Jika dahulunya, pereka duo terkenal iaitu Rizman Ruzaini sinonim dengan rekaan busana glamor yang disarungkan oleh barisan selebriti tempatan serta koleksi busana ready-to-wear yang laris terjual kepada masyarakat di Malaysia terutamanya pada musim perayaan.
Kini, Rizman Ruzaini lebih yakin untuk melangkah bertapak-tapak ke hadapan dengan pengembangan strategi perniagaan mereka dalam beberapa aliran baharu.
Antara yang hangat diperkatakan sekarang adalah penglibatan Rizman Ruzaini sebagai pereka busana kontinjen Malaysia di upacara perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai ini.
Perkhabaran itu dimaklumkan oleh Chief de-Mission atau Ketua Kontinjen Malaysia ke sana, Datuk Hamidin Mohd Amin sendiri dan disahkan sendiri oleh Ruzaini Jamil yang merupakan salah seorang daripada tulang belakang Rizman Ruzaini.
Sewaktu ditemui REMAJA baru-baru ini, Ruzaini berkongsi proses-proses yang perlu mereka lalui apabila ingin menceburkan diri dalam dunia rekaan bagi badan korporat seperti pihak Kementerian Belia dan Sukan sendiri.
“Kerjasama untuk perbarisan Olimpik Paris 2024 ini adalah projek terbaru kami dan bahagian rekaan itu hanyalah langkah pertama (bagi projek korporat).
“(Projek) korporat ada prosesnya sendiri. Dari sudut harga, prosedur menghantar tender, langkah sampling berperingkat dan macam-macam lagi. Untuk mendapat kesepakatan itu kena betul-betul,” katanya.
Pakaian Seragam Hospital Dengan Sentuhan Rizman Ruzaini
Tidak cukup sekadar mereka busana kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik, Rizman Ruzaini juga terus unggul dalam dunia korporat apabila baru-baru ini merasmikan pakaian seragam atau uniform buat wargakerja Hospital Aurelius Nilai.
Menurut Ruzaini, kolaborasi yang terjalin ini memakan tempoh tiga tahun bagi memastikan setiap helaian yang direka dan disiapkan oleh para atelier mereka menepati piawaian yang ditetapkan bagi persekitaran sebuah hospital.
“Ini adalah pengalaman pertama untuk kita siapkan pakaian seragam sebuah hospital dan kami tahu ia perlu menepati praktikaliti, material bersesuaian dan bertepatan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP). Kesemua ini memerlukan proses penyelidikan daripada pihak kami dan akhirnya, kolaborasi antara Rizman Ruzaini dan Aurelius ini terjalin juga,” katanya.
Tambah Ruzaini lagi, ilham sentuhan mereka untuk rangkaian pakaian seragam Hospital Aurelius Nilai ini dicedok daripad drama-drama Korea. Ia jelas dapat dilihat pada gabungan siluetnya yang lebih moden ditambah pula dengan bahagian lapel yang tetap kelihatan bergaya biarpun pada pakaian formal sebegini.
“Dari situ, kita keluarkan ilham dengan memasukkan sedikit elemen fesyen pada pakaian hospital. Selain itu, bentuk logo Hospital Aurelius yang sedikit melengkung seperti kelopak mata atau dedaun juga diaplikasikan sebagai subject matter pada pakaian seragam,” ulasnya.
Dalam pada itu, Ruzaini juga berkata jenama Rizman Ruzaini kini sedang memberi fokus kepada mengembangkan jenama itu ke bumi Dubai dan negara-negara Timur Tengah lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Tolonglah Berhenti Ambil Steroid Sebab Nak SADO”, Nanti Kalau Dah Kahwin Jangan Salahkan…
Memiliki bentuk badan menarik adalah kegilaan anak muda sekarang. Boleh dikatakan pusat kecergasan @ gym akan penuh dengan anak muda yang gigih mengangkat besi-besi berat untuk mendapatkan badan sado.
Kena pula dengan pandangan anak gadis yang meminati lelaki berbadan sado kerana lelaki sebegini dilihat begitu bergaya selain mampu melindungi kaum yang lemah.
Di sebalik memiliki badan sado, ada sesetengahnya sanggup mengambil steroid konon untuk dapatkan bentuk badan lebih cepat terbentuk.
Kalau korang antara yang ada mengambil steroid, mungkin boleh baca fakta dari Dr Nimelesh Max Balanthiren apa risikonya selepas berkahwin. Kita mungkin nak nampak cantik sebab suka orang pandang tetapi pengambilan steroid ini rupanya mengundang bala yang jauh lebih besar. Jangan nanti dari luar saja nampak sado tetapi hakikatnya, dalaman agak teruk.
Baca perkongsian seperti ditulisnya di facebooknya.
Masuk seorang wanita berumur dalam lingkungan 30 tahun, dengan seorang Lelaki yang badan tough dan sado.
“Doktor, saya dah cuba banyak tahun. Sampai sekarang masih tidak dapat mengandung”
Keputusan wanita tu semua normal.
I rasa Puan, kali ni kita kena check suami puan pulak.
Terus naik nada suara lelaki tu.
“Saya bukan puncanya”. “Saya pergi gym, saya jaga makan.. Sepatutnya saya sihat!”
Ini bukan kali pertama beliau bertindak sedemikian. Dulu masa nak check wife dia, kami nak check dia pun dia tak nak kasi.
Tapi apa yang kami syaki adalah betul.
Apabila keputusan balik, ia menunjukkan kekurangan sperma dalam badan dia.
Rupa Rupanya lelaki ni menggunakan steroid.
Zaman sekarang ramai pengguna gym menggunakan barang terlarang seperti AAS, Testosterone dll untuk mempercepatkan proses pembinaan badan.
Mereka pentingkan apa yang kat luar sampai mereka gadaikan apa yang kat dalam.
Penggunaan benda benda ini bukan sahaja mengurangkan jumlah kuantiti, morphologi dan pergerakan sperma, tetapi ia boleh menyebabkan kemandulan, testis menjadi kecil, buah pinggang dan hati rosak.
Banyak kajian telah menunjukkan kesahihan isu ni, malah ada yang kuantiti sperma dia terus naik lepas dia hentikan benda benda tu. Ia boleh menyebabkan masalah dalam rumah tangga juga.
Apabila satu pasangan tidak dapat zuriat dalam beberapa tahun, automatik wanita yang dipersalahkan. Sampai ada lelaki yang ceraikan wanita tu untuk cari wanita baru.
Tapi mereka tidak tahu – 50% isu infertiliti adalah disebabkan oleh FAKTOR LELAKI itu sendiri!
Jadi henti salahkan wanita sahaja!
Tolong lah kawan kawan i yang pergi gym, hentilah guna steroid.
Eat Clean and Disiplin. Itu yang terbaik.
#AttachmentKatKlinikInferfility