Fesyen

Kekal Trendy Dengan Barangan Kulit: Cara Penjagaan Juga Kena Tahu!

Share

Barang-barang kulit memang timeless dan stylish, tapi penjagaannya perlu betul untuk pastikan ia kekal cun dan tahan lama.

Dalam dunia di mana gaya hidup kita penuh dengan aksi, memiliki gear kulit yang kekal menarik adalah must-have. Jadi, apa rahsia untuk menjaga barang-barang kulit supaya sentiasa nampak baru dan on point?

ARTIKEL BERKAITAN : 15 Selebriti Yang Miliki Label Penjagaan Kulit & Kosmetik Sendiri, Tak Ramai Tahu!

Ayuh, ikut langkah demi langkah ini untuk memastikan barangan kulit anda terjaga sebaiknya.

Kaedah Disarankan:

1. Elakkan guna tisu untuk membersihkan kesan kotoran. Serpihan dari tisu akan melekat pada material kulit.

2. Jika terdesak, cuka dan perahan lemon dapat menyingkirkan kotoran dengan segera.

3. Minyak dari buah zaitun atau kelapa dapat membersihkan kotoran yang melekat sekali gus mengekalkan kelembapan kulit.

4. Pastikan anda melakukan ujian pada bahagian kecil dan tidak terlalu kelihatan.

5. Campuran air mineral dan sabun bayi atau sabun cuci muka dengan nisbah 8:1. Basahkan campuran itu pada kain mikro fiber atau span. Kemudian, usapkan pada kawasan kulit yang terkena kotoran.

6. Biarkan material kulit yang basah kerana terkena air hujan atau selepas dibersihkan, mengering secara semula jadi.  Elakkan menjemur di bawah sinaran matahari kerana warna produk akan pudar.

Ini Yang Perlu Anda Buat:

– Gilap setiap tiga hingga empat bulan sekali.

– Bersihkan kotoran dan debu sebelum menggilap. Kotoran yang melekat tanpa disedari akan mengikis permukaan kulit dan timbulnya calar.

– Agar pori-pori kulit boleh bernafas dengan baik, elak gunakan kotak dan beg dari plastik untuk storan.

– Elakkan penggunaan produk yang mengandungi pelarut petroleum dan silikon punca kotoran sukar dihilangkan dan merosakkan tekstur kulit.

– Gunakan berus khas untuk mencegah perubahan warna pada bahan kulit.

– Untuk menghilangkan kesan debu atau contengan pensel, segera bersihkan dengan pemadam dari getah yang kenyal.

– Simpan item kulit dalam beg kapas dengan pengudaraan udara yang baik. Letakkan pada kawasan yang jauh daripada udara lembap bersama dengan silika gel.

– Pastikan produk kulit tidak digayakan semasa hujan.

– Khas untuk hilangkan kesan minyak, segera taburkan tepung jagung dan biarkan hingga 10 jam agar kandungan minyak diserap sepenuhnya.

BACA LAGI : Girls! Cuba Check 5 Jenama Kosmetik RARE Yang Kini Ada Di SASA Malaysia

Published by
Nana