Tetapi di Malaysia, cuaca seharian kita tak begitu sesuai dengan cara solekan sebegitu. Panas sepanjang hari dan kadangkala hujan pada sebelah petang, solekan yang lebih sesuai adalah ‘matte look’. Wajah kelihatan lebih kemas, sempurna dan ‘ready’ sebelum keluar dari rumah.
Cuma satu je penulis nak tanya. Bagaimana kita boleh kekalkan solekan matte
agar ia bertahan seharian?PIXY dan Watsons telah berkongsi beberapa produk dan cara mudah bagi mendapatkan efek matte. Jurusolek, Mya Syamira menunjukkan 3 langkah mudah berserta tip untuk korang cuba.
BEAUTY SKIN PRIMER
Rahsia jurusolek untuk solekan yang bertahan lama dan flawless adalah produk Primer.
Selain memberi perlindungan pada kulit wajah dengan SPF 35, PIXY Make It Glow Beauty Skin Primer ini juga tidak memerlukan penggunaan berus.
Hanya gunakan jari dan ratakan primer pada bahagian pipi, hidung, dahu dan dagu. Urut secara perlahan di 4 bahagian tersebut dan di bawah mata sehingga ia rata. Apa yang penulis gemar tentang Primer ini adalah ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif dan ia juga melembapkan kulit wajah.
DEWY CUSHION
Dengan menggunakan kusyen tersebut, gunakan teknik ‘dabbing’ pada kulit agar Primer korang bertahan lebih lama.
Penggunaan PIXY Make It Glow Dewy Cushion ini juga memberikan efek dewy yang tidak terlalu berkilat. Ia juga memastikan tona kulit yang matte dan sekata.
SILKY POWDERY CAKE
Bagi mengelakkan kulit berminyak atau berkilat, langkah terakhir yang korang tak boleh lupakan adalah powder
. PIXY Make It Glow Silky Powdery Cake boleh menutupi garisan halus pada kulit bagi memberikan efek matte.Caranya, gunakan berus dan layang saja pada wajah secara effortless. Tak perlu terlalu mencuba semasa menggerakkan berus okay.
*
Mudahkan, cer try dengan mendapatkan 3 produk terbaru PIXY Make It Glow ini di stor Watsons seluruh negara.