‘Kekurangan’ Bukan Satu Alasan, Remaja Autisme Guna YouTube Jana RMXXXXX

Share

Youtube bukan platform yang asing lagi bagi kita di Malaysia.

Memandangkan anak muda sangat cenderung melihat youtube sebagai sebahagian masa mereka maka lahirlah Youtuber yang mampu mengubah corak pemikiran masyarakat melalui mesej yang mereka sampaikan. Dan paling menarik ianya mampu dijadikan sumber pendapatan yang lumayan!

Jika di Malaysia, antara Youtuber yang terkenal ialah sekarang ialah Sugu Pavitra yang hebat menjayakan channel masakannya.

Tapi tak kurang hebat juga, youtuber yang ‘special’ ini. Walaupun manjadi individu Orang Kurang Upaya (OKU) sedari kecil lagi bukanlah satu kekurangan bagi insan yang bernama Mohd Affendy, 16 tahun.

Siapa sangka, penghidap autisme sejak kecil ini mampu menjana pendapatan sendiri daripada video yang dimuat naik di saluran YouTubenya, CyanAnimate kini sudah ditonton sebanyak 21.4 juta.

Mula menyertai komuniti YouTuber pada 13 Januari 2019, kandungan yang dimuat naik bukan sahaja mempunyai elemen humor dan komedi, tetapi juga meme yang bertujuan untuk menghiburkan.

Merupakan salah seorang peminat watak Caillou dalam kartun Goanimate, video-video yang diuat naik banyak menampilkan watak tersebut sebagai ‘pelakon utama’.

Aktif menghasilkan video sejak 2018, bakat Mohd Affendy hanya disedari ibunya, Nuraini Abdullah, 44 tahun pada November tahun lalu selepas adik bongsunya (mak cik saudara Mohd Affendy) melihat saluran YouTube anaknya.

“Kami tahu dia (Mohd Affendy) ada akaun YouTube yang pertama pada tahun 2018 tetapi disebabkan ada beberapa masalah teknikal menyebabkan akaun itu tidak lagi aktif.

Akaun yang baharu ini tidak pasti bila dia buat tetapi dia memang sentiasa berada di depan komputer selepas balik dari sekolah.”

Daripada YouTube juga, Mohd Affendy belajar sehingga fasih menggunakan bahasa Inggeris meskipun bahasa pertuturan di rumah sehari-harian adalah bahasa Melayu.

Biarpun tidak pernah mengikuti mana-mana kursus dan hanya belajar dari YouTube, reka bentuk animasi yang dihasilkan tampak kemas sehingga ada di antara video-video pelajar SMK Pendidikan Khas, Kolombongan, Inanam ini berjaya mencapai dua juta tontotan.

Dalam tempoh masa sehari, Mohd Affendy mampu menghasilkan sehingga tiga video yang mana satu video hanya mengambil masa selama 30 minit untuk dihasilkan. Namun menurut ayahnya, Wahid Mohd Sejili, 46 tahun, ia bagaimanapun bergantung kepada mood.

Bangga lihat remaja yang tidak jadikan kekurangan itu sebagai penghalang untuk berjaya. Moga adik ini akan terus success dia masa akan datang k!

 

Published by
Nana