Kelahiran Menurun, China Beri Cuti Kahwin 30 Hari Dengan Gaji Penuh

Share

Jika sebelum ini ada laporan yang menyatakan jumlah penduduk China turun buat kali pertama pada 2022 dalam dalam beberapa dekad, yang dijangka membawa kesan jangka panjang kepada ekonomi domestik dan global.

ARTIKEL BERKAITAN : Cantik Bagaikan Bidadari, Rupanya Hanya Sebulan Siapkan Baju Nikah Raysha Rizrose… – REMAJA

Foto Via Pexels

Hal ini juga disebabkan beberapa faktor antaranya adalah pertumbuhan ekonomi negara yang pesat, urbanisasi dan peningkatan tahap pendidikan.

Cuti Bergaji Selam 30 Hari

Mengambil serius tentang perkara ini, beberapa wilayah di China merombak dasar cuti kahwin selama tiga hari negara itu kepada 30 hari sebagai usaha mencari jalan untuk menangani kemerosotan kadar kelahiran yang turut menjejaskan ekonomi.

Berdasarkan artikel Taipei Times, negara itu kini memperkenalkan cuti bergaji selama 30 hari kepada pasangan pengantin baharu.

Walaupun cuti perkahwinan selama 30 hari diterima beberapa wilayah, namun sebilangan wilayah lain telah menetapkan tempoh selama 10 hari.

Sebagai contoh, di Wilayah Gansu dan Shanxi menawarkan cuti selama 30 hari manakala Shanghai 10 hari. Di Sichuan masih kekal tiga hari, demikian kenyataan Taipei Times.

Tingkatkan Kadar Kesuburan

Dekan Institut Penyelidikan Pembangunan Sosial, Universiti Kewangan dan Ekonomi Barat Daya, Yang Haiyang berkata, melanjutkan cuti perkahwinan adalah satu cara berkesan untuk meningkatkan kadar kesuburan di negara China.

“Cuti perkahwinan dilanjutkan di beberapa wilayah dan bandar yang mengalami perkembangan ekonomi yang agak perlahan,” ujarnya.

Sebelum ini, satu kajian majikan kini lebih cenderung untuk menggaji pekerja lelaki berbanding graduan-graduan perempuan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana