Pelaksanaan rangkaian 5G kini telah pun dilancarkan di beberapa rantau seluruh dunia, namun sebahagian besar dari 100 buah negara majoritinya masih menggunakan rangkaian 4G termasuklah Malaysia.
Menurut hteknologi, Opensignal telah menerbitkan sebuah laporan yang memperincikan impak 5G dan hasilnya laporan berkenaan masih lagi menganggap Malaysia sebagai pasaran yang tidak mempunyai liputan 5G.
BACA: Korea Selatan Negara Dengan Kelajuan 5G Terpantas Di Dunia
Berikut adalah senarai negara-negara di Asia Tenggara mengikut kategori capaian 5G berdasarkan laporan tersebut:
Antara isi penting kandungan data tesebut adalah pada perbezaan kelajuan memuat turun pada suku pertama 2019 dan suku keempat 2021.
Malaysia berada di kedudukan kedua terbawah dari segi kelajuan muat turun pada suku keempat 2021. Negara kita pernah menjadi ketiga terpantas di Asia Tenggara pada suku pertama 2019, namun beza pertambahan antara tempoh tersebut amat kecil iaitu sebanyak 2.0Mbps sahaja.
Dijangkakan kelajuan ini dapat dipertingkatkan jika liputan rangkaian 5G diperluaskan ke seluruh dunia. Kedudukan ini juga mungkin dapat diperbaiki dengan adanya liputan rangkaian 5G yang lebih meluas di negara kita kelak.
Hal ini turut mendapat reaksi orang ramai berkenaan dengan kelajuan internet di negara kita.
Ramai yang mengeluh kerana tidak dinafikan masih ramai masyarakat di negara kita khususnya mereka yang tinggal di luar bandar mendapat kekangan untuk mengakses internet. Diharap agar pihak berwajib memandang serius isu ini dan melakukan sesuatu bagi meningkatkan penggunaan internet yang laju di seluruh negara.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)