Orang kata, dalam dunia ini ada 7 orang yang menyerupai wajah kita. Tetapi, untuk kita mencari ‘kembar’ itu memanglah sukar. Iyalah, tak semestinya individu itu masih hidup atau telah dilahirkan bukan?
Justeru, apabila ada peminat yang menyamakan rupa paras dua orang pelakon muda ini, we cannot help but to analyze really, REALLY closely. Benarkah Hun Haqeem dan Meerqeen punya persamaan dari sudut fizikal?
Kongsi Meerqeen yang juga merupakan pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020
, dia beranggapan mereka berdua mungkin kelihatan ‘sama’ kerana foto diambil dari sudut yang mirip. Namun masing-masing mempunyai individualiti tersendiri dan pakej luaran berbeza.“Kelakar juga apabila ada yang beranggapan kami adalah kembar. Mungkin fans saya dan Hun selalu melihat update terbaru kami menerusi Instagram pada setiap hari, sehingga mereka menganggap kami kembar ataupun mempunyai pertalian keluarga. Hakikatnya, kami hanya rakan sekerja di set.
“Apapun, saya tak sabar untuk menanti drama terbaru kami, Takdir Kita,” kata Meerqeen yang teruja apabila penerbit semakin memberikannya kepercayaan untuk membawakan watak berbeza dalam drama dan telemovie.
Tambah Hun pula, dia terpaksa memotong rambut ‘belah tengah signature‘-nya bagi drama 70 episod itu. “Demi menjayakan watak Luqman ini, saya tak kisah memotong pendek rambut. Secara tak langsung, ia memberikan kelainan pada watak ini berbanding watak-watak drama saya yang terdahulu.”
Dalam pada itu, penulis sempat bertanyakan kepada Hun mengenai perkembangan terbaru kakinya yang cedera akibat satu kemalangan motosikal pada bulan Mac lalu.
Kata pelakon berusia 22 tahun itu, kakinya sudah pulih sepenuhnya. Namun dia masih dalam keadaan berhati-hati.
“Setelah melakukan rawatan physiotherapy, saya semakin mudah bergerak dan kini sudah boleh berlakon secara aktif. Sepatutnya, saya juga terlibat dalam sebuah drama yang sedang hangat ditayangkan di salah satu saluran TV komersil sekarang.
“Namun disebabkan oleh kecederaan tersebut, saya enggan mengambil ringan soal kesihatan kaki dan menolak tawaran itu. Saya anggap ia sebagai tiada rezeki.
“InsyaAllah menerusi drama Takdir Kita, rindu followers terhadap lakonan saya di kaca TV terubat,” jelasnya.
Takdir Kita yang diarahkan oleh Michael Ang dan Hadith Omar turut dibintangi oleh Wanna Ali serta Yuna Rahim.
*
Cer baca tentang pengalaman Meerqeen dalam telemovie Kelaster pula.