Kekurangan yang ada pada diri bukanlah suatu problem yang perlu korang takuti. Kebanyakan daripada kita melihat kekurangan dalam diri sebagai suatu masalah yang besar.Kenapa kita perlu merasakan kekurangan yang ada pada diri kita sebagai sesuatu masalah?
Semuanya terpulang kepada individu tersebut sama ada bijak menggunakan kekurangan itu atau tidak. Viral baru-baru ini apabila gadis yang mempunyai lidah yang panjang dan menjijikkan berjaya raih pendapatan sebanyak RM415,000 setahun. Maknanya kalau 415K bahagi dengan 12 bulan, gaji gadis ini RM34.5K sebulan…Wow…!
Instafamous yang mempunyai dua juta pengikut di Instagram ini bernama Mikayla Saravia dari West Palm Beach, Florida, Amerika Syarikat yang berjaya memperoleh pendapatan sebanyak RM415,000 setahun. Pekerjaan yang dilakukan oleh gadis ini ternyata mudah iaitu hanya bergaya sambil menjelirkan lidahnya.
Uniknya, lidah gadis ini tidak seperti manusia biasa kerana saiznya yang agak besar, panjang dan berukuran 16.5 sentimeter, eeemacam lidah ular kan guys!. Lebih mengujakan, gadis muda berusia 21 tahun ini mampu meraih pendapatan antara RM1250 hingga RM12,500 untuk setiap posting dalam media sosial tersebut. Wah hebatnya kamu.
Ads
Menurut sumber , Mikayla turut berniaga dengan menjual kemeja dan barangan lain seperti pemegang dan pengecaj telefon yang mempunyai logo istimewa berbentuk lidah panjangnya.
Apa pun penyebaran iklan ini ternyata membawa keberuntungan selama dua tahun berturut-turut apabila Mikayla berjaya memperoleh RM208,345 pada tahun lepas dan jumlah dikatakan berlipat kali ganda pada tahun seterusnya.
Bila pandang lama-lama naik seram pulak admin tengok budak Mikayla ni..hehe
Ads
Korang apa pula bakat yang boleh ditengahkan…
Sumber : dazeddigital
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Antara filem yang ditunggu-tunggu oleh para pencinta filem Marvel Cinematic Universe (MCU), Captain America: Brave New World sudah pun mula beraksi di pawagam. Filem ini, memaparkan aksi menakjubkan Sam Wilson yang dilakonkan oleh Anthony Mackie bagi misi menyelamatkan dunia sebagai pengganti kepada Steve Rogers (Chris Evans), selepas mengambil keputusan untuk bersara dalam filem Avengers Endgame (2019).
Dalam #WayangRemaja kali ini, meh kami kongsikan ringkasan sinopsis dan beberapa fakta menarik yang boleh korang baca sebelum mula menonton Captain America: Brave New World bersama keluarga dan rakan-rakan di pawagam.
SINOPSIS
Kisah ini bermula apabila Sam Wilson bertemu dengan Thaddeus Ross (Harrison Ford) yang baru dilantik sebagai presiden baru Amerika. Dalam pertemuan itu, Sam tanpa diduga menemui maklumat mengejutkan yang sebenarnya menyebabkan dia terlibat dalam insiden besar yang mengancam keselamatan dunia.
Plot filem Captain America: Brave New World hangat selepas Ross menyatakan hasrat untuk membuat perjanjian dengan negara maju mengenai penggunaan sumber baharu, adamantium yang dikatakan mempunyai kekuatan yang menakjubkan dan tiada tandingan.
Oleh itu, Ross meminta Sam membentuk pasukan Avengers baharu untuk membantu melindungi sumber ini dan supaya ia boleh digunakan dengan betul. Sehingga akhirnya, Sam terlibat dalam beberapa peristiwa besar yang mengganggu dunia dan menghapuskan keamanan dan ketenangan hasil usaha yang cuba dikekalkan oleh Captain America dan Avengers.
KEMUNCULAN RED HULK, ADAMANTIUM
Ini merupakan penampilan Red Hulk kali pertama dalam filem MCU. Watak Red Hulk dijayakan oleh Harrison Ford yang memainkan peranan sebagai Thaddeus ‘Thunderbolt’ Ross, menggantikan mendiang William Hurt.
Selain itu, Adamantium turut diperkenalkan dan ia adalah sejenis logam yang mempunyai kekuatan lebih besar daripada Vibranium Wakanda. Difahamkan, Adamantium ditemui di Lautan Hindi, peninggalan Celestials yang digambarkan dalam filem Eternals yang pernah ditayangkan sebelum ini.
TAJUK FILEM YANG DIGANTI
Judul asal Captain America: Brave New World sebelum ini adalah Captain America: New World Order. Namun, disebabkan beberapa faktor, dan salah satunya kerana tajuk New World Order sebelum ini dianggap terlalu dekat dengan anti-semitisme, Marvel mengambil keputusan untuk mengubah judul filem ini kepada Brave New World.
NO MORE STEVE ROGERS…
Captain America: Brave New World adalah filem siri Captain America pertama tanpa penampilan Steve Rogers yang pernah dilakonkan oleh Chris Evans. Meskipun namanya sering disebut, wajah Steve sememangnya tidak ditonjolkan sepanjang tempoh filem tersebut. Ini juga menandakan era baru untuk Marvel dengan Anthony Mackie sebagai Captain America.
Nah! Bagi korang yang memang gemarkan filem aksi Marvel sebelum ini, mungkin boleh mula menonton Captain America: Brave New World di mana-mana pawagam terdekat sebab ia sudah pun ditayangkan mulai 13 Februari.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bunga sakura tidak hanya menjadi kebanggaan rakyat negara matahari terbit, bunga yang memiliki keindahan dan pesonanya tersendiri itu juga menggamit perhatian di seluruh dunia.
Khas buat hijabi yang suka bergaya di masa sama menjaga aurat. Buat julung kalinya Hanami, salah satu label fesyen tudung instant telah melancarkan Koleksi Edisi Akhir Tahun 2019 di laman sesawang mereka yang baru diperbaharui.
Menariknya, rekaan koleksi edisi akhir tahun ini dihasilkan dalam kuantiti yang terhad untuk mengekalkan eksklusifnya dan diinspirasikan daripada lukisan tumbuh-tumbuhan dan flora yang terdapat di negara Jepun.
Istimewanya koleksi Hanami edisi akhir tahun ini ialah ia direka khas untuk mengembalikan corak bunga-bungaan kepada fesyen moden. Idea disebalik Koleksi Akhir Tahun 2019 ini juga disebabkan permintaan orang ramai terhadap rekaan yang bermotifkan flora. Koleksi ini juga didatangkan dengan koleksi tudung sedia pakai dan selendang.
Beberapa selebriti tempatan dan rakan rakan media turut bersama menghadiri makan tengahari bersama Hanami ini dengan turut mengayakan selendang Hanami koleksi akhir tahun.
Koleksi Akhir Tahun 2019 ini didatangkan dengan 15 corak berlainan dalam potongan selendang, bawal sedia pakai, selendang sedia pakai dan beberapa lagi. Koleksi ini boleh
didapati bermula dengan harga RM69 sehingga 89 setiap satu.
Untuk tahun 2020 juga, Hanami bebesar hati mengumumkan kolaberasi jenama bersama Prof Muhaya yang telah pun bermula pada Disember 2019 sehingga 2020.
Jadi tidak hairan la motif sakura sering menjadi inspirasi dalam rekaan fesyen sejak berabad lama dan tidak ketinggalan ia sering dijadikan antara ilham dalam industri fesyen tempatan.
So apa korang tunggu lagi jom dapatkan koleksi Hanami akhir tahun ni. Lambat melepas okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Persembahan lagu Sembah nyanyian asal Naim Daniel oleh Firdaus Rahmat di pentas Big Stage 2023 semalam nyata memberi impak kepada momentumnya dalam program nyanyian realiti itu.
Bercakap kepada REMAJA selepas konsert minggu ketujuh melabuhkan tirainya, Firdaus, 25 tidak menyangka percaturan lagu yang dipilih oleh Dato’ Ramli MS untuknya itu ‘menjadi’ lalu membolot kedudukan kedua terbaik dengan pungutan markah sebanyak 85% di belakang Nadeera Zaini.
Ihsan Foto: Astro
“Jujurnya saya terkedu mendengar komen-komen juri minggu ini. Sangat-sangat positif. Saya pun tak sangka akan mendapat markah sebanyak itu kerana bagi saya, ia benar-benar melangkaui jangkaan.
“Persembahan kali ini memang 100 peratus dari hati saya dan hampir ternangis juga di atas pentas tadi. Saya berjaya kawal balik agar tidak teremosi. Ini kerana mesej lagu itu sendiri amat berat intepretasinya bagi saya,” katanya yang membina nama terlebih dahulu menerusi single berjudul Test Drive untuk drama hit, Projek: High Council.
Bangkit Daripada Sakit
Bukanlah untuk membandingkan corak persembahan Firdaus pada minggu ketujuh ini dengan apa yang dipersembahkannya pada minggu kelima menerusi lagu Coba nyanyian asal Faizal Tahir. Namun jelas, sinar potensi yang ada padanya kali ini lebih mengilau sehingga mendapat tepukan gemuruh penonton di auditorium.
Jelas Firdaus, selain daripada pemilihan lagu yang tepat; dirinya juga kini kian pulih daripada sakit tekak yang dialaminya.
“Alhamdulillah, dua minggu lepas saya tidak berapa perform disebabkan faktor kesihatan hingga tidak ada suara. Jadi pada minggu ini saya berjaya bangkit semula walaupun kesihatan saya hanya hingga tahap 90 peratus,” katanya.
Bercakap mengenai idea di sebalik persembahan Sembah ini, REMAJA bertanyakan sekiranya Firdaus ada melakukan perbincangan dengan penyanyi asalnya, Naim Daniel.
“Konsep ini daripada saya dan pasukan sendiri. Ada juga saya berborak dengan Naim tapi sekadar untuk mendapat kebenarannya untuk ‘godek-godek’ lagu ciptaannya agar ia menjadi versi saya.
“Katanya, ‘Kau godeklah lagu tu. Kau buatlah’. Saya memang nak jadikan versi ini milik Firdaus Rahmat dan bukannya versi Naim Daniel featuring Man Kidal.
“Berat juga kalau hendak cerita (idea persembahan). Bagi saya, lagu ini melibatkan hubungan kita sebagai manusia dengan Tuhan. Bagi Naim mungkin maksud lagu ini berbeza, tetapi ini interpretasi saya.
“Apa yang saya faham dengan lagu ini adalah saya ‘diikat’ dengan cinta yang saya sendiri tidak mahu. Dalam suci ada debu, dalam kotor ada bersih dan dalam suka ada duka. Oleh itu, dalam percintaan pasti ada peritnya untuk kita menanggung perasaan itu.
“Apa pun yang terjadi, harapan kita seharusnya kepadaNyA dan bukan kepada manusia,” jelas Firdaus lagi.
Bersedia Berjuang
Apa juga kritikan dan pendapat yang diberikan oleh Ajai dan Aina Abdul akui Firdaus diambilnya penuh serius demi memperbaiki dirinya untuk dibawa dari minggu ke minggu. Selain daripada memperbaiki skil nyanyiannya, Firdaus turut memandang serius faktor kesihatan agar mentalitinya tidak mudah ‘koyak’.
“Kejayaan pada minggu (ketujuh) ini membakar semangat saya untuk meneruskan perjalanan. Agak tertekan juga (dengan markah yang diterima kali ini).
“Saya akan cuba mengekalkan markah ini pada minggu-minggu mendatang dan paling penting, saya akan cuba puaskan hati saya dahulu dengan apa yang telah saya persembahkan,” simpulnya.
All the best Firdaus Rahmat!
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Graduan universiti, ada ijazah, kerja pejabat 9-5, tapi gaji masih bawahRM3,000 sebulan. Inilah realitinya yang sedang dihadapi oleh ramai anak muda di Malaysia terutama yang...