Jangan terkejut sekiranya adiwira Marvel ‘berbaring’ di hadapan rumah korang!

Ini kerana adiwira ‘anti-hero’ kegemaran Deadpool tidak sabar lagi untuk menemui korang semua di layar pawagam menerusi filem Deadpool & Wolverine yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Sebaliknya, kelibat ‘Deadpool sebenar’ telah dilihat terbaring di beberapa lokasi berbeza sekitar Lembah Klang.

Kelibat Deadpool Berbaring Atas Lori Depan Rumah Orang Di Lembah Klang, Memang Memeranjatkan!

Hehe… ia semua merupakan sebahagian daripada kempen promosi yang sedang dilakukan oleh Marvel Studios bagi menghangatkan lagi tayangan Deadpool & Wolverine kelak.

Korang boleh menantikan kehadiran Deadpool sepanjang 20 kaki sedang berbaring di atas lori khas yang akan membawanya ke beberapa lokasi hot spot termasuklah ke Lembah Klang (pusat bandaraya Kuala Lumpur, Damansara, Bangsar dan Subang Jaya), Pulau Pinang dan Ipoh, Perak mulai 18 Julai, hari ini sehingga 25 Julai 2024.

Selain kawasan perumahan dan mercu tanda popular yang ada di kawasan yang disebut, ‘Deadpool’ juga dijangka akan singgah di beberapa buah pusat beli belah dan kampus-kampus universiti terpilih agar korang boleh bergambar bersama dengannya.

Memang ikonik!

Kelibat Deadpool Berbaring Atas Lori Depan Rumah Orang Di Lembah Klang, Memang Memeranjatkan!Kelibat Deadpool Berbaring Atas Lori Depan Rumah Orang Di Lembah Klang, Memang Memeranjatkan!

Sudah bergambar tu, jangan lupa juga untuk menyaksikan filem Deadpool & Wolverine mulai 25 Julai nanti di pawagam-pawagam berhampiran korang. Dibintangi oleh teraju utamanya Ryan Reynolds dan Hugh Jackman, ia turut menampilkan Emma Conrin, Morena Baccarin, Rob Delaney, Leslie Uggams, Karan Soni dan Matthew Macfayden.

Ryan Reynolds juga menjadi sebahagian daripada pasukan penulis skrip untuk filem kali ini yang diarahkan oleh Shawn Levy.

Terdahulu, francais filem Deadpool pernah menayangkan dua buah filem khas berkisarkan kehidupan adiwira tersebut menerusi Deadpool 1 (2016) dan Deadpool 2 (2018).

ARTIKEL BERKAITAN: [REVIU] ‘Deadpool 2’, Ketawa Sampai Pecah Perut Dengan Aksi Gasak & Komedi Luar Biasa – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok  rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI