Tatkala demam Pilihan Raya Umum ke-15 masih lagi melanda Malaysia setelah tiada kolisi parti yang mencapai majoriti undian bagi membentuk kerajaan persekutuan setakat ini, satu lagi ‘demam’ telah melanda negara bermula tengah malam tadi.
Kejohanan terbesar bola sepak, Piala Dunia FIFA telah membuka tirainya dengan perlawanan di antara tuan rumah, Qatar dan Ecuador yang memihak kepada lawan dari Amerika Selatan itu. Nampaknya kemunculan Jungkook BTS bersama penyanyi dari Qatar, Fahad Al-Qubaisi pada acara pembukaan semalam tidak cukup untuk memberikan dorongan penuh kepada Qatar mencatatkan kemenangan sulung.
View this post on Instagram
Menariknya, bukan hanya Jungkook yang menjadi figura dari Korea Selatan yang mencuri tumpuan sedunia. Make some space buat pemain bola sepak, Son Heung-min yang mula diperkatakan sejak pasukan Korea Selatan tiba di Qatar bagi memulakan latihan.
Heung-min, 30 yang juga merupakan pemenang bersama Kasut Emas dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu menerusi kelabnya, Tottenhan Hotspur dijangka akan mempersembahkan prestasi terbaiknya bagi membantu negara itu menjadi kuasa Asia yang digeruni – sama ada dengan memakai topeng muka ataupun tidak!
Ya, Heung-min terpaksa berjuang di Qatar dengan memakai topeng muka khas susulan kecederaan patah soket mata di empat poin berbeza semasa perlawanan di Liga Juara-Juara menentang kelab Marseille.
Pemilihannya untuk terus bermain bagi Korea Selatan dipertahankan oleh jurulatih Paulo Bento yang yakin bahawa Heung-min masih cergas walaupun terpaksa memakai topeng muka.
Memetik laporan temubual Korea Joonang Daily, Heung-min berkata dia kini akan mmengelak daripada melakukan tandukan atau ‘headers’ sewaktu latihan dan perlawanan nanti. Malah dia juga mungkin tidak akan bermain dalam kesemua perlawanan akan datang, namun tidak pula memperincikan perlawanan mana yang akan disertai olehnya.
Situasi Heung-min ini nyata memberi kerisauan kepada penyokong pasukan Korea Selatan kerana ada beranggapan masih terlalu awal untuknya turun padang selepas pembedahan. Namun dia kekal bersemangat dan berkata, “Pemain bola sepak tidak dapat mengelak daripada mengambil risiko, ini adalah keputusan saya untuk mengambil risiko itu demi penyokong, demi memberi mereka keterujaan dan harapan.”
Tambahnya lagi, dia telah membawa beberapa jenis topeng muka ke Qatar dan boleh memilih yang paling selesa untuk dipakainya.
“Ia diperbuat daripada carbon-fibre, jadi ia ringan dan kuat. Walaupun terasa berlainan berbanding bila saya mencubanya di United Kingdom kerana cuaca di sana dan di sini saya lebih banyak berpeluh, tetapi ia masih selesa,” katanya.
BACA LAGI: FIFA WORLD CUP QATAR 2022 Dimulakan Dengan Bacaan Surah Al-Hujurat, Selit Mesej Keamanan – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.