Kelilingi Diri Anda Dengan ‘Good Vibes’ – Scha Elinnea Kongsi Cara Kekal Positif

Share

Mempunyai rupa paras yang cantik dan anggun, nama baik bintang ini semakin dikenali dalam industri tempatan.

Pelakon meningkat naik, Scha Elinnea juga kian dikenali apabila menghiasi layar skrin televisyen sebagai heroin menerusi naskhah Kerana Aku Isteri Bidaan di slot Samarinda TV3.

ARTIKEL BERKAITAN:

‘Ya, Saya Akan Terima…’ -Farah Ann Mahu ‘Cuba Nasib’ Dalam Bidang Lakonan Pula

Remaja sempat menemu ramah pelakon ini, ternyata figura jelita ini memiliki karisma tersendiri. Bertanya mengenai caranya menjaga penampilan dan sentiasa kekal positif, ini jawapan baiknya.

“Mungkin kelilingkan diri anda dengan good vibes untuk manusia yang tidak memberi toksik terhadap diri anda.

“Selain itu, jika suda tahu seseorang itu beri negative vibe, kita jauh-jauhkan diri. Jadi, secara tidak langsung ia membuatkan kita awet muda,” katanya.

Ditanya pula mengenai cara nama baiknya untuk terus kekal relevan dalam industri seni tanah air, bintang berusia 24 tahun ini memberitahu dirinya hanya kekal aktif di media sosial dengan berkongsi gaya hidupnya.

“Untuk kekal relevan, bagi saya, saya tidak ada lakukan apa-apa untuk kekal relevan. Cuma, saya tetap teruskan di media sosial dengan berkongsi mengenai diri dan gaya hidup saya,” ujarnya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Scha Elinnea


Published by
Fath