Keliru Nak Pilih Wireless Earbuds? Jom ‘Usha’ 5 Jenama Bawah RM1000 Ini

Share

 

Nampaknya, wireless earbuds akan terus digemari pengguna apabila semakin banyak jenama yang mula menerokai pasaran earbuds dengan model terbaru.

 

Tentunya sebagai pembeli, kita ingin mencari model terbaik untuk digunakan bagi jangka mas panjang. Ingat, walaupun Apple ialah jenama pertama yang mengeluarkan AirPods ikonik dan merupakan ‘best-seller’ dalam kategori ini, pilihan korang bukan sekadar AirPods saja.

Semakin banyak jenama yang menawarkan pengguna Android dengan earbuds yang tidak kurang hebatnya dari segi kualiti audio, hayat bateri dan dijual pada harga yang menarik.

Jom ‘usha’ lima jenama earbuds pilihan REMAJA ini.

 

Samsung Galaxy Buds Pro

Rekaan earbuds seperti bentuk kacang ini telah menjadikan Samsung Galaxy Buds Live sebagai pilihan utama ramai pembeli sepanjang tahun lalu. Terbaru, Samsung telah memperkenalkan model Galaxy Buds Pro seiring dengan pelancaran model Galaxy S21. Pembeli dijanjikan earbuds

yang selesa dan selamat dipakai. Malah ia juga kemas terletak pada telinga korang.

Jujurnya, ia menawarkan bunyi yang bagus dan berkesan untuk panggilan telefon yang lancar dengan fungsi background noise reduction berkualiti. Paling kami gemari adalah ia bersifat water-resistant dengan IPX2 rating.

Guess what, sekiranya orang menempah Galaxy Buds Pro mulai sekarang hingga 28 Januari ini, korang layak untuk menerima Wireless Charger Pad bernilai RM239!

Harga: RM799
Warna: Phantom Violet, Phantom Black & Phantom Silver

 

Jaybird Vista

Model terbaru Jaybird iaiatu Jaybird Vista (err, teringat pula Windows Vista, but whatever) membuatkan jenama ini kembali mendapat perhatian oleh pembeli yang mementingkan rekaan, hayat bateri dan kualiti audio baik semasa bersenam.

Kualiti water-resistant-nya juga diakui dengan IPX7 rating iaitu sepenuhnya kalis air dan peluh.

Harga: RM848
Warna: Black, Nimbus Gray & Mineral Blue

 

Mpow X3

Okay, jika harga jualan kedua-dua model di atas membuatkan korang tersedak terkejut, mungkin ini adalah model earbuds yang lebih sesuai untuk bajet korang.

Walaupun dijual pada harga mampu milik, Mpow X3 wireless earbuds tidak sesekali mengenepikan kualiti bunyi yang jelas dan bass yang ‘powerful’. Malah fungsi active noise cancellation-nya juga berkesan. Ia juga mempunyai IPX7 rating bagi kelebihan kalis air.

Pengguna mungkin akan mengalami situasi ‘lagging’ semasa menonton video di YouTube. Namun, selain daripada isu kecil itu, Mpow X3 adalah model yang berbaloi untuk dimiliki

Harga: RM330
Warna: Black

 

HONOR Magic Earbuds

Dari segi rekaan luaran, ia saling tidak tumpah seperti AirPods pro namun pada harga yang jauh lebih mampu milik. Ia membuatkan kami tertarik untuk mengetahui lebih mengenainya.

Jujurnya, kualiti bunyi pada earbuds ini belum setanding model yang lebih premium. Jika korang yang inginkan fungsi noice cancelling bagi mengharungi waktu puncak di dalam LRT, mungkin ini bukanlah earbuds terbaik. NAMUN, bagi earbuds yang mempunyai hayat bateri selama 3.5 jam seperti ini, ia adalah pilihan mampu-milik yang wajar dipertimbangkan.

Harga: RM499
Warna: Pearl White & Robin Egg Blue

 

Jabra Elite 75t

Berbanding empat lagi model yang telah kami senaraikan di atas, Elite 75t merupakan earbuds tanpa wayar yang paling ‘tua’ dan telah agak lama dipasarkan. Namun ia masih dalam senarai pilihan kami kali ini kerana kualiti yang ia berikan. It is definitely one of the best out there.

Jika dibandingkan dengan AirPods Pro, Elite 75t tidaklah memberikan keselesaan terbaik semasa memakainya. Namun, ia memberikan kualiti bunyi yang lebih baik (sorry Apple lovers!). Tak lama lagi, model Elite 85t bakal dilancarkan. Tak mustahil banyak stor fizikal dan online akan menawarkan diskaun promosi bagi Elite 75t.

Harga: RM949
Warna: Titanium Black

*

ARTIKEL BERKAITAN : Earphone Boleh Sebabkan Pekak Kekal Pada Usia Muda? 

Published by
FZ