Keliru Terkena Virus Influenza Atau COVID-19, Simptom Nampak Sama Tapi Berbeza

Share

Virus Influenza kini ‘menyerang’ negara, rata-rata masyarakat disekeliling terutamanya rakan dan saudara kita terdekat jua dijangkiti penyakit ini.

Menurut pakar, influenza adalah sejenis jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza. Terdapat dua jenis virus influenza yang sering menjangkiti manusia iaitu virus influenza A dan Influenza B.

ARTIKEL BERKAITAN : Lima Wabak Virus Pembawa Maut Yang Pernah Menyerang Rakyat Malaysia

Ramai juga yang bimbangan dengan penularan penyakit ini. Tapi korang tahu tak persamaan dan perbezaan selesema yang disebabkan oleh penyakit seperti influenza (ILI) dan COVID-19?

Bagaimana untuk membezakan simptom selesema, ILI dan COVID-19?

Kebanyakan simptom adalah sama iaitu demam, batuk, sakit tekak dan hidung berair. Kehadiran simptom juga bergantung kepada tahap imuniti seseorang.

1. ILI: Demam bermula secara tiba-tiba dan suhu tinggi > 38 darjah celsius.

2. Selesema: Jarang menyebabkan demam, sakit kepala, sakit otot dan kelesuan. Jika demam, suhu tidak tinggi.

3. COVID-19: Jarang menyebabkan bersin tetapi boleh menyebabkan kehilangan deria rasa dan bau.

Perbezaan Influenza Dan COVID-19

Cara penularan dan tempoh kebolehjangkitan selesema, ILI dan Covid-19 adalah sama.
1. Titisan pernafasan semasa batuk atau bersin.

2. Sentuhan tangan atau dengan tisu dan barang lain yan dicemari oleh cecair dari hidung dan tekak.

Tempoh kebolehjangkitan:

1-2 hari sebelum sehingga 4-5 hari selepas simptom bermula.

Siapa yang berisiko untuk mendapat jangkitan teruk ILI dan COVID-19?
Kumpulan berisiko:

1. Warga emas.

2. Individu yang mempunyai komorbid seperti penyakit respiratori kronik, penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser.

Bagi influenza:

Ibu mengandung, kanak-kanak dan bayi juga mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan teruk.

Langkah-langkah pencegahan ILI dan COVID-19 adalah sama:

  1. Pakai pelitup muka
  2. Cuci tangan
  3. Etika batuk dan bersin
  4. Jaga kebersihan diri dan persekitaran
  5. Jangan berkongsi peralatan peribadi
  6. Cara hidup sihat
  7. Penjarakkan fizikal
  8. Buka tingkap untuk pengudaraan yang baik

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana