Keluar Dari Zon Selesa, Pemuda Pakai Kostum ‘Iron Man’ Jual Air Jagung Selepas Hilang Pekerjaan

Share

Walaupun sudah setahun berlalu, namun pandemic COVID-19 masih memberi kesan yang besar ke atas dunia.

Sumber Gambar : Nata Bene – stock.adobe.com

Bukan sahaja meragut jutaan nyawa, tetapi wabak ini juga membawa kesan ekonomi yang berpanjangan apabila banyak syarikat yang terjejas.

Saat hilang pekerjaan, ada yang terpaksa meminjam kepada saudara mara, sahabat handai dan kenalan rapat. Namun, sampai bilakah mahu terus menyusahkan insan lain? Masing-masing ada komitmen sendiri yang perlu dilunaskan saban bulan.

Sumber Gambar : BERNAMA

Hal ini menyebabkan lelaki ini yang juga merupakan seorang bekas kakitangan syarikat telekomunikasi tidak mengeluh sebaliknya berikhtiar meneruskan kehidupan dan memanfaatkan kreativitinya mengenakan kostum ‘Iron Man’ untuk berniaga air jagung.

Tidak berharap dengan sumbangan orang, Muhammad Syukur Mohd Patthi, 26 berkata dia diberhentikan kerja pada Ogos lepas dan berniaga air jagung sejak dua minggu lalu setelah sukar mendapat pekerjaan lain.

“Sebagai anak muda kita jangan terlalu berharap pada bantuan dan pemberian orang. Selagi ada kudrat, lebih baik cari rezeki sendiri.” Katanya.

 

Dia bersama dua rakannya, Yusri Md Saad, 35 dan Mohamad Zaidi Zainal Abidin, 33, berniaga air jagung di persimpangan jalan berhampiran Bandar Perda, Bukit Mertajam.

 

Sumber Gambar : FB Geng Superhero Penang (GSP)

Menurut pemuda ini, semasa bekerja di syarikat telekomunikasi itu, dia turut melakukan pekerjaan sambilan sebagai penghibur berkostum adiwira dan watak kartun dalam sebuah kumpulan bergelar Geng Superhero Penang (GSP), dan mereka sering menerima tempahan untuk menghiburkan kanak-kanak pada majlis hari jadi serta sebagainya.

“Namun sejak pandemik Covid-19 melanda negara, semua tempahan tersebut telah dibatalkan. Jadi kami rasa dengan memakai kostum ketika menjual air jagung merupakan cara yang unik untuk menarik pelanggan.” Katanya

Sumber Gambar : FB Geng Superhero Penang (GSP)

“Walaupun kini kami terpaksa berhujan dan berpanas di tepi jalan, setiap kali orang ramai melambai atau bunyikan hon, rasa letih itu berbaloi. Kami faham sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Penulis suka semangat anak muda macam ni, apapun moga terus maju di masa akan datang okay!

Sumber: Geng Superhero Penang (GSP), Bernama

Published by
Nana