Keluar Tudung Bermotif Perisa Aiskrim, dUCk Jenama Pertama Bergabung Dengan Baskin-Robbins®

Share

 

Kemanisan bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang bertambah manis dengan kehadiran kolaborasi terbaru di antara syarikat rantaian aiskrim terbesar di dunia, Baskin-Robbins® bersama jenama fesyen Muslimah Malaysia, dUCk.

dUCk seperti yang diketahui ramai tidak asing lagi dengan projek kolaborasi seperti ini setelah jenama yang diasaskan oleh Vivy Yusof ini pernah melancarkan koleksi bersama jenama antarabangsa seperti Barbie, Monopoly dan Swarovski.

Namun ada sesuatu yang istimewa mengenai kolaborasi bersama Baskin-Robbins® memandangkan ia bukan sekadar pelancaran koleksi tudung baharu. Ia menampilkan edisi terhad hidangan aiskrim Baskin-Robbins® yang diinspirasikan daripada dUCk DAN edisi terhad koleksi fesyen serta aksesori dUCk yang – pada pandangan REMAJA – amat bersesuaian untuk dijadikan Raya look korang.

Sambil makan aiskrim edisi terhad, korang boleh menggayakan Tiered Shirt daripada dUCk ini.

Tambahan pula bulan Ramadan inikan masa yang istimewa untuk masyarakat Islam di Malaysia. Justeru, Baskin-Robbins® ingin meraikannya dengan berkongsi bukan saja perisa ketika berbuka puasa tetapi juga look

baharu bersama dUCk. Lagipula, dUCk merupakan jenama pertama yang berkolaborasi dengan Baskin-Robbins® dalam sejarahnya. Oleh itu, bersiap-sedialah untuk mata korang dikaburi dengan variasi pilihan aiskrim, kek dan aksesori fesyen terbaru dua jenama ini bermula sekarang sehingga 12 Mei 2022.

Jom lihat apa yang special sangat mengenainya.

Di stor Baskin-Robbins® seluruh Malaysia, korang boleh mendapatkan koleksi aiskrim istimewa dUCk scoop, a stylish dUCk cake, More Eh! Party Pack dan More Eh! Family Pack.

Selain itu, terdapat juga cooler bag edisi terhad Baskin-Robbins® bersama dUCk yang akan berada di pasaran bermula esok, 9 April 2022 di stor Baskin-Robbins® dengan setiap pembelian mana-mana aiskrim ‘Pint’ atau ‘Quart’.

Promosi beli 3, percuma 1 khas untuk Handpacked Pint (RM100.50) dan Handpacked Quart (RM184.50).
Pilih saja antara perisa kek Very Berry Strawberry atau Mint Chocolate Chip. RM85

Di stor dUCk pula, korang perlu melihat sendiri koleksi tudung edisi terhad serta pakaian yang diinspirasikan daripada perisa aiskrim Baskin-Robbins® kegemaran ramai seperti Baseball Nut, Pralines ‘N Cream, Strawberry Cheesecake dan Mint Chocolate Chip.

Diperbuat daripada material satin sutera dalam bentuk square dan shawl, ia juga didatangkan dengan loket duo yang menampilkan loket silver dUCk bersama Baskin-Robbins® waffle ice cream cone.
Rekaan kotak tudung juga mengikut perisa aiskrim kegemaran korang.
Set Body Butter and Body Scrub kolaborasi dUCk x Baskin-Robbins® didatangkan khas dalam Praline ‘N Cream, Very Berry Strawberry and Mint Chocolate Chip. Diperkaya dengan Vitamin E, body scrub dan body butter yang menyelerakan ini akan membuatkan anda rasa penuh dengan kemanisan.

Turut ditawarkan ialah set edisi terhad dUCk x Baskin-Robbins® Body Butter dan Body Scrub yang diinspirasikan daripada perisa Very Berry Strawberry, Mint Chocolate Chip dan Praline ‘N Cream. Sekali korang cuba pada lengan dan badan, memang bau sama seperti aiskrim Baskin-Robbins®! Jangan pula korang terjilat body B=butter dan body scrub ini sudahlah, puasa..

Last but not least, dUCk turut menawarkan beg Mayday Tote dengan cetakan motif Baskin-Robbins® bagi melengkapkan gaya korang. Cantik juga dibawa sebagai beg telekung untuk menunaikan solat Tarawih dan solat sunat Aidilfiitri nanti, kan?

MayDay Tote Bag bersaiz H 33cm x L 35 cm x D 12 cm dan diperbuat daripada material kanvas.

Kesemua ini ada dijual secara ata talin di LAMAN WEB dUCk, dUCk App dan butik dUCk di seluruh negara. Bagi yang mendapatkan Baskin-Robbins® ‘Pint’ secara online, korang akan mendapat Baskin-Robbins® Single Junior scoop secara percuma!

So, rebut cepat-cepat okay girls.

ARTIKEL BERKAITAN : Longgar Dan Sopan Jadi Taruhan MONKI Sempena Ramadan – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ