Pihak Istana gusar jika penonton musim ini akan mempercayai 100 peratus babak The Crown yang disiarkan. Sumber foto: Netflix

 

Musim keempat drama bersiri Netflix, The Crown mula menemui penonton pada 15 November lalu.

 

Selain kemunculan karakter baharu pada musim ini iaitu Perdana Menteri wanita pertama Great Britain, Margaret Thatcher, satu lagi karakter yang sedang hangat diperkatakan di media sosial adalah mendiang Puteri Diana.

Setelah lama ‘drama’ yang menyebulungi kehidupan Puteri Diana tidak diperkatakan secara terbuka di dada akhbar, musim keempat ini kembali memberi ‘spotlight’ kepada mendiang apabila peminat The Crown bercakap mengenai kepayahannya menyesuaikan diri dengan kehidupan di Istana Buckingham.

Keluarga Diraja Britain Gusar Penonton ‘The Crown’ Musim 4 Ungkit Kisah Puteri Diana?
Puteri Diana dilakonkan semula oleh Emma Corrin manakala Josh O’Connor melakonkan watak Putera Charles sejak musim ketiga.

Susur galur hidup Puteri Diana dari sebelum mengenali Putera Charles, berkahwin dengan baginda sehinggalah keretakan rumah tangga mereka ditonjolkan oleh penerbit The Crown.

Ads

Dan tindakan berani untuk ‘mendramakan’ lagi beberapa babak di antara Putera Charles – Puteri Diana – Camilla Parker-Bowles dikatakan TELAH mendapat perhatian kerabat diraja Britain.

Menurut laporan berita diraja saluran ABC di Amerika Syarikat iaitu Omid Scobie, pihak Istana gusar jika penonton musim ini akan mempercayai 100 peratus babak The Crown yang disiarkan.

Keluarga Diraja Britain Gusar Penonton ‘The Crown’ Musim 4 Ungkit Kisah Puteri Diana?
Watak Camilla Parker Bowles yang merupakan kekasih gelap Putera Charles walaupun setelah berkahwin dengan Puteri Diana.

“Putera Charles dan Camilla telah menghabiskan berdekad lamanya untuk memperbaiki imej mereka di mata khalayak. Dan kini setelah mereka diterima di United Kingdom, penyiaran musim keempat ini boleh memberikan risiko kepada mereka berdua,” katanya.

Bukan hanya Putera Charles dan Camilla saja yang mungkin terkesan. Malah dua orang putera kesayangan mendiang Puteri Diana iaitu Putera William dan Putera Harry juga mungkin berdepan kesan emosi yang sama apabila ibu mereka digambarkan sebagai seorang yang mempunyai pelbagai isu peribadi sepanjang kehidupannya.

Ads

Keluarga Diraja Britain Gusar Penonton ‘The Crown’ Musim 4 Ungkit Kisah Puteri Diana?

Kebetulan Atau Tidak?

Suka juga untuk penulis katakan di sini bagaimana beberapa babak daripada musim keempat The Crown ini seakan memberikan gambaran mengenai situasi semasa yang sedang berlaku kepada keluarga diraja Britain. Walaupun apa yang digambarkan adalah pada era 80-an, tetapi perkara yang sama seakan sedang berlaku sekarang.

Ads

Sebagai contoh, Putera Andrew, Duke of York iaitu anak ketiga Ratu Elizabeth II dan Putera Philip digambarkan sebagai seorang yang mempunyai skandal seks.

Keluarga Diraja Britain Gusar Penonton ‘The Crown’ Musim 4 Ungkit Kisah Puteri Diana?
Putera Andrew lakonan Tom Byrne

Manakala, cara layanan keluarga diraja kepada Puteri Diana mempunyai persamaan dengan cara layanan yang didakwa diterima oleh Meghan Markle sehingga memaksa Duchess of Sussex itu berpindah ke Kanada bersama Putera Harry.

“How many times this family made the same mistake, paying the consequences each time..” – kata karakter Puteri Margaret lakonan semula Helena Bonham Carter.

Kebetulan ataupun tidak?

ARTIKEL BERKAITAN: Babak Pra-Perkahwinan Puteri Diana Akhirnya Ditayangkan

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI