
Aktor popular, Fattah Amin, mendedahkan bahawa keluarganya menerima dengan baik kehadiran penyanyi jelita, Amira Othman dalam hidupnya.
Menurut Fattah, keluarganya sangat gembira dan merestui hubungan baik yang terjalin antara mereka.
BACA: “Dah Berapa Kali Daddy Datang Tapi Tak Dapat Jumpa Fatima” -Fattah Amin
“Alhamdulillah, keluarga saya merestui, mereka suka sebab Amira pun ada datang ke majlis sebelum ini dengan keluarga saya.
“Mereka gembira melihat saya berkawan dengan Amira,” katanya.
Selain itu, pelakon drama Keluarga Itu turut menyifatkan Amira sebagai seorang rakan kerja yang baik, dan mereka berdua sangat selesa berkawan rapat.
BACA: “Daddy Rindu” -Fattah Amin Sambut Ulang Tahun Kelahiran Puteri Tercinta Tanpa Di Sisi
“Dia rakan artis dan rakan sekerja yang baik. Tapi, nak cakap lebih pun tak berani. Mesra sebagai teman sekerja,” tambahnya.
Selain itu, Fattah turut mengirimkan doa kepada Amira yang kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan umrah.
“Ada saya kirimkan doa kepada dia. Dia pun ke sana di waktu yang sangat terbaik, 10 malam terakhir dan doa mustajab.
Banyak doa saya kirimkan dan Insya-Allah, doanya dimakbulkan,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
‘The Return Of The Queens!’ 2NE1 Bakal Hangatkan Pentas Kuala Lumpur Februari 2025 Ini!

Bagi peminat K-Pop generasi kedua, sudah pasti ramai yang mengenali kumpulan sensasi terkenal, 2NE1! Apa yang menarik kali ini, bukanlah sekadar kemunculan semula mereka tetapi demi membahagia dan mengembalikan kenangan manis bersama, 2NE1 kembali dengan konsert jelajah Asia!
Sebelum ini, 2NE1 yang diterajui oleh CL, Dara, Park Bom dan Minzy telah mengumumkan konsert jelajah Asia “Welcome Back” yang akan menghangatkan beberapa kota di negara Asia seperti Manila, Kobe, Jakarta, Singapura, Tokyo, Bangkok dan Hong Kong.
Namun, baru-baru ini sememangnya bertuah bagi peminat di Malaysia, apabila 2NE1 menambah Kuala Lumpur sebagai destinasi pilihan bagi “2NE1 Welcome Back 2024-2025 Asia Tour” yang dijadualkan bakal berlangsung pada 1 Februari 2025 tahun hadapan.
Pengumuman tersebut dikongsikan sendiri menerusi Instagram rasmi agensi 2NE1 iaitu YG Entertainment pada 6 November, pagi tadi. Bagi peminat 2NE1 (Blackjack) ini merupakan saat yang dinanti-nantikan dan setakat ini maklumat terperinci mengenai harga tiket dan masa jualan tiket di Kuala Lumpur masih belum diumumkan.
Dalam pada itu, selain Kuala Lumpur, 2NE1 juga turut memilih bandar Ho Chi Minh dan Macao sebagai destinasi tambahan bagi konsert jelajah tersebut.
Menurut laporan media sebelum ini, konsert “2NE1 Welcome Back 2024-2025 Asia Tour” diadakan bersempena ulang tahun ke-15 kumpulan itu dan menurut Yang Hyun Suk dari YG Entertainment, mereka menjanjikan kelainan untuk jelajah kali ini.
Selain itu, kumpulan yang terkenal dengan lagu ‘I AM THE BEST’ itu juga akan mengambil kira betapa setianya para Blackjacks yang membesar dengan memori lagu-lagu popular 2NE1 dan terus memberikan sokongan mereka terhadap kesemua ahli selama ini.
Sekadar info, 2NE1 telah mula menempa nama dalam dunia muzik K-Pop sejak tahun 2009. Girl group hebat ini popular menerusi lagu Lonely, FIRE, Come Back Home, Ugly dan juga Lollipop iaitu kolaborasi bersama BIGBANG.
2NE1 pastinya akan menggamit semula kenangan peminat OG dan setia K-pop di Malaysia yang sekian lama masih mendengarkan lagu-lagu hit seawal era 2000-an hingga sekarang!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Kalau Kena Menari, Saya Menarilah..” Ustaz Ini Kongsi Susahnya Ajar Ngaji Anak-Anak Autisme

Kita sering melihat betapa tabah dan bersabarnya aktres Zarina Zainudin dalam menjaga dan mendidik anak kembarnya, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Razil Azrai yang mengidap autisme. Kisah kembar itu selalu Zarina kongsikan di media sosial miliknya.
Di sebalik itu, tentu ramai yang nak tahu betapa susahnya mendidik anak-anak mengidap autisme ini. Tapi sebelum itu, korang patut faham betul-betul apa yang disebut dengan autisme ya.
Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggeris: pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak.
Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggeris: psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai.
Autisme juga melibatkan masalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari “Autism Society of America”: http://www.autism-society.org/site/PageServer ). Autisme lebih kerap di kalangan lelaki berkulit putih.
Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. (Walaupun terdapat organisasi bergelar Sembuhkan Autisme Sekarang “Cure Autism Now”). Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak. Sumber Wikipedia.
Disebabkan kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak, proses mendidik anak-anak disahkan mengidap autisme ini tentunya agak sukar.
REMAJA kongsikan pengalaman Ustaz Norman Ibrahim, 40 tahun yang mengajar mengaji kepada anak-anak autisme ini secara persendirian sekitar kawasan Kajang dan Cheras.

Kongsi Ustaz Norman, dalam tempoh 4 tahun ini dia mengajar ngaji kepada 42 orang pelajarnya (termasuk golongan dewasa berusia 62 tahun). Separuh darinya adalah kanak-kanak autisme, speech delay dan lain lagi.
Katanya lagi, kesabaran adalah perkara utama selain mesti sayangkan budak-budak. Kalau ada dua perkara ini, barulah boleh mengajar kanak-kanak ini.
“Selain itu, untuk mengajar anak autisme ini kesabaran perlu ada. Perlu kenal diri mereka, barulah dapat rapat dengan mereka. Kita perlu meniru cara mereka. Kalau perlu menari, menarilah. Ada masa menangis, saya pun perlu menangis biar saya menangis tipu-tipu. Semua ini untuk dekat dengan mereka dan agar anak-anak faham bahawa kita sama dengan mereka,” katanya sambil menambah ada masa dia gunakan bahasa isyarat ketika mengajar kerana bukan semua anak autisme ini mampu bertutur dengan baik,”katanya yang berkongsi bagaimana seorang ibu yang anaknya menghadapi masalah “speech delay” merayu agar dia mengajar anaknya mengaji.
“Biasa dalam situasi ini, saya akan gunakan pendekatan berbeza. Jadi saya gunakan keadah bahasa isyarat selain mengulang-ulang ayat agar ayat-ayat Allah ini melekat di hati mereka. Kalau orang normal boleh hafal Aliff sampai Ya dalam tempoh singkat,biasanya anak-anak autisme ini kena belajar lebih dari sebulan,” kata suami kepada Nuraimi Mizan dan bapa kepada empat anak ini memaklumkan pelajarnya terdiri mereka yang berusia antara 5-13 tahun.



Jelas Ustaz Norman dia mengggunakan kaedah menggunakan muqaddam dan bukannya iqra kerana selesa dengan apa dipelajarinya ketika kecil.
“Setakat ini ada yang mampu ke iqra 3,4 dan lima. Belum ada lagi Quran tapi anak-anak ini sudah mampu membaca dan paling penting tahu solat,”katanya berkongsi.
Kata Ustaz Norman, dia mula mengajar anak-anak istimewa ini selepas melihat seorang saudaranya mempunyai anak begini dan dari situ timbul untuk berkongsi ilmu yang Allah berikan kepadanya. Yuran pengajian yang mahal dikenakan sehingga cecah ratusan ringgit membuatkan dia nekad mengajar dari rumah ke rumah.
“Berapa yang keluarga mampu, itulah rezeki saya. Tak ada penetapan harga pun. Buat masa ini saya di sekitar Cheras, Kajang dan Mahkota. Paling penting adalah sabar dan terus istiqomah. Anak-anak ini begitu isimewa. Ada keluarga yang menangis bila lihat anak mampu mengaji,” katanya.
Ustaz Norman turut mempelawa mana-mana Ustaz atau Ustazah yang mahu bersama-sama mengajar anak-anak istimewa ini kerana mahu melihat lebih banyak mereka mendapat ilmu dan dia sudi berkongsi ilmu yang ada padanya kepada mereka yang berminat mengajar anak-anak autisme ini.
Bagi sesiapa yang mahu, boleh hubungi dirinya di talian 016-9777037.
Amir Ahnaf Beli Kereta 4×4 Pada Usia 24 Tahun, Netizen Pula Sempat Berseloroh

Pelakon terkenal, Amir Ahnaf mencuri tumpuan warganet selepas sebuah video yang memaparkan dirinya membeli sebuah kereta baharu tular di media sosial, TikTok.
Dalam video berdurasi pendek itu, aktor berusia 24 tahun itu dilihat mengenakan pakaian serba hitam sambil tersenyum dan menandatangani borang di sebuah pusat pameran kereta.
ARTIKEL BERKAITAN: “Tolong Carikan Girlfriend Untuk Saya..” -Amir Ahnaf
Difahamkan, pelakon yang terkenal dengan watak ‘Kahar’ itu membeli sebuah Mitsubishi Triton 4×4 berwarna hitam.
Video tersebut disertakan dengan kapsyen, ‘Kapla beli kereta dengan kami, Triton 4×4’ yang turut menarik perhatian ramai.
Di ruangan komen, netizen turut memberi ucapan tahniah buat bekas peserta Hero Remaja itu atas pembelian kereta idamannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Amir Ahnaf Tak Kisah Wajah Dilabel ‘Muka Awam’, Percaya Dapat Bantu Memainkan Watak
Tidak kurang juga yang mengusik pelakon itu berkenaan wataknya dalam filem terbaharu Kahar: Kapla High Council.
“Budak sekolah mampu beli kereta, mesti mak pak (ibu bapa) kaya ini,” seloroh seorang pengguna.
ARTIKEL BERKAITAN: “Tekanan Yang Mantap, Tapi Saya Suka..” -Amir Ahnaf Seronok Kerjasama Dengan Produksi Indonesia
“Kahar ada rekod jenayah boleh loan ke?” komen lagi seorang pengguna.
“Baru jual burger dua hari dah dapat angkat Triton,” seloroh seorang lagi netizen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Auto Mart Ampang