Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman yang difailkan sepasang suami isteri terhadap penganjur sukan permotoran, Sepang International Circuit Sdn. Bhd. (SIC) kerana didakwa cuai sehingga menyebabkan kematian anak mereka Muhammad Izzat Mohd Abdul Hakim, pelumba pada Kejuaraan Motosikal Super Siri Malaysia (MSS), lima tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah menolak saman yang difailkan Mohd Abdul Hakim Embong dan Norhaidah Mohd Noor dan memerintahkan mereka membayar kos berjumlah RM14,000 kepada SIC serta defendan kedua, syarikat permotoran, AAM Motorsports Sdn. Bhd.
Dalam penghakiman ringkasnya, Tun Abd Majid berkata kemalangan yang mengorbankan nyawa Muhammad Izzat bukan disebabkan kecuaian mana-mana pihak tetapi disebabkan ‘error of judgment’ (kesilapan perkiraan).
“Tidak dinafikan sukan permotoran terdedah kepada kemalangan dan risiko, maka semua pihak yang terlibat dalam perlumbaan ini sedar akan perkara ini dan bersedia menanggung segala kemungkinan.
“Sungguhpun mahkamah bersimpati atas kematian anak plaintif, namun berdasarkan keterangan (saksi), mahkamah mendapati kemalangan bukanlah berpunca daripada kecuaian pihak defendan,” katanya.
Pasangan suami isteri itu yang hadir di mahkamah, diwakili peguam Jefri Jaafar sementara SIC diwakili peguam Muhammad Syafiq Salleh dan AAM Motorsports diwakili peguam Mallika Lee.
Ads
Jefri ketika ditemui pemberita selepas prosiding berakhir berkata pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan dalam tempoh sebulan selepas meneliti penghakiman lengkap kes itu.
Muhammad Syafiq pula ketika diminta menjelaskan “kesilapan perkiraaan” itu berkata keadaan itu berlaku ketika motosikal yang dipandu Muhammad Izzat berlanggar dengan seorang marsyal bendera, S. Satish, 44, yang turut maut dalam kemalangan itu.
“Ketika motosikalnya terbabas, Muhammad Izzat cuba mengelak Satish dan pada masa sama Satish pun cuba mengelak tetapi mereka berdua mengelak dengan bergerak ke arah yang sama sehingga berlaku kemalangan,” katanya yang turut menzahirkan rasa simpati terhadap pihak plaintif atas kematian anak mereka.
Ads
Dalam pernyataan tuntutan saman yang difailkan pada 2016, pasangan suami isteri itu mendakwa Muhammad Izzat, 17, yang merupakan pelumba motosikal di bawah Projek SIC Ninja Junior, telah menyertai perlumbaan di bawah kategori Kawasaki Ninja 250R Cup di Litar Antarabangsa Sepang pada 21 September 2013.
Mereka berkata semasa perlumbaan itu, Muhammad Izzat terlibat dengan kemalangan apabila motosikalnya terbabas dan melanggar Satish, yang berada di kawasan litar itu di garisan penamat.
Akibat pelanggaran itu, Satish meninggal dunia di tempat kejadian manakala Muhammad Izzat berada dalam keadaan koma dan meninggal dunia lima hari kemudian.
Ads
Pasangan itu mendakwa defendan pertama telah gagal atau cuai menyediakan pegawai perubatan yang cekap dan berpengalaman di litar perlumbaan untuk memberikan rawatan dan bantuan perubatan semasa berlaku kecemasan.
Mereka juga mendakwa defendan pertama dan kedua telah gagal atau cuai dalam memastikan tiada halangan atau individu berada di kawasan garisan penamat pada masa litar tersebut digunakan sepenuhnya oleh pelumba.
Selain itu, defendan juga didakwa gagal mematuhi peraturan dalam sukan permotoran terutamanya membabitkan kedudukan marsyal bendera ketika perlumbaan.
Plaintif menuntut ganti rugi khas, am, teruk dan teladan serta kos guaman dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut saja era 90-an, korang mesti boleh bayangkan stail fesyem daripada selebriti terkenal seperti Britney Spears, Christina Aguilera, pelakon siri drama FRIENDS, pelakon Sex & The City dan ramai lagi.
Ini kerana era 90-an memang memberikan inspirasi pelbagai kepada peminat fesyen sehinggalah ke tahun 2019 ini.
Sempena Anugerah Instafamous 2019 yang berlangsung semalam, penganjur Hurr TV telah memilih 90’s sebagai tema utama dan selebriti yang hadir tak lepaskan peluang untuk melaram sakan!
Soalnya, siapa favourite korang?
Cupcake Aisyah
Johanis Sani
Aqeesh Aleeya
Syaidatul Afifah
Kucaimars
Shweta Sekhon
Ally Mukhriz
Floor 88
Ain Edruce
Sarah Suhairi
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
REMAJA teruja dengan posting terbaru daripada pengarah dan penerbit tersohor Malaysia Michael Ang. Dalam posting laman Instagramnya, dia mengumumkan status Islamnya yang sudah masuk satu tahun.
Dalam post tersebut ada menyediakan link Youtube perjalanan islam pengarah drama melayu yang berbangsa cina ini. Menurut Video tersebut, Michael sudah berstatus mualaf sejak tahun lepas ketika dia post gambar dirinya sedang berbuka puasa di dalam kereta.
Rata-rata pelakon dan penyanyi tanah air sepertii Fazura, Aeril Zafrel, Scha Al Yayha, Janna Nik, Khai Bahar, dan ramai lagi membanjiri ruang komen posting umum statusnya dengan kata-kata semangat dan indah.
Ahlan wa sahlan Michael Ang 🙂
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Geram kerana lebih 5’000 kilogram buah mangga hasil tanaman di ladang ibu dan bapanya tidak boleh dipasarkan kerana tidak menepati piawaian pasar raya, seorang remaja perempuan di Queensland, Australia telah mengambil inisiatif untuk melakukan transformasi mangga tersebut kepada satu busana yang boleh dipakai.
Jessica Collins yang berada di tahun 12 persekolahan, mendapat idea tersebut setelah menerima tugasan projek seni untuk subjek rekaan dan teknologi.
Menggunakan mesim membersih tekanan tinggi, gadis tinggi lampai ini menggunakan lebih 1400 biji buah mangga dan setelah biji tersebut dikeringkan, ia kemudian dibahagikan kepada dua untuk dijadikan bentuk kelopak pada rekaan gaun.
Dalam temubual bersama BBC, “Demi projek ini, saya menggunakan keseluruhan dapur dan sebahagian ruang tamu. Projek ini dilakukan lebih kurang tiga ke empat bulan. Ramai yang mengatakan saya gila, namun saya berpuas hati apabila melihat hasilnya. Ramai yang terkejut melihat bagaimana hasil biji manga boleh diolah menjadi baju.”
Menerusi projek ini, dia berharap agar dapat membawa kesedaran bahawa buah-buahan yang tidak memenuhi piawaian pasar raya ini sebenarnya elok untuk dimakan, cuma bentuknya sahaja tidak sempurna.
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...