Little Monsters pastinya sudah tahu mengenai pemilihan idola mereka, Lady Gaga sebagai pelakon utama dalam filem biopik fesyen berjudul House of Gucci.
Menerusi filem tersebut yang masih menunggu tarikh tayangannya pada tahun ini, Gaga membawakan watak Patrizia Reggiani.
Lady Gaga & Adam Driver di set House of Gucci..
Walaupun ramai yang merasakan Gaga amat sesuai untuk membawakan watak berat itu, keluarga Gucci berfikir sebaliknya dan telah menuduh Gaga ‘mencuri’ identiti keluarga mereka untuk mendapat keuntungan.
Pula dah..
Okay apa kes sebenarnya ini?
Sepanjang tahun lalu, Lady Gaga telahpun memainkan watak Patrizia yang dilimpahi dengan kekayaan di Rome; di samping pelakon lelaki utama House of Gucci, Adam Driver.
Filem ini adalah berdasarkan kisah sebenar dan skandal keluarga Gucci pada tahun 1995. Ia tidak teragak-agak untuk membawa tema pembunuhan bekas ketua jenama Gucci iaitu Maurizio Gucci. Insiden itu dirancang oleh isterinya sendiri iaitu Patrizia.
Akibatnya, Patrizia dijatuhkan hukuman penjara bermula tahun 1998 manakala Gucci jatuh ke tangan pewarisnya yang dilakonkan oleh Adam.
Tragedi pembunuhan Maurizio Gucci oleh individu yang dibayar oleh Patrizia..
Menarik bukan?
Begitupun, ahli keluarga Gucci mengakui mereka tidak menyenangi tindakan produksi itu menceritakan semula kisah lampau mereka dan jelas, perfileman House of Gucci tidak mendapat kebenaran keluarga Gucci.
Menerusi kenyataan kepada Associated Press, Patrizia Gucci (saudara jauh Maruizio, bukan bekas isterinya) berkata bahawa keluarganya amat kecewa setelah mendengar berita tentang filem ini.
“Mereka merampas identiti sebuah keluarga untuk mencipta keuntungan, untuk menjana pendapat bagi sistem Hollywood.
“Keluarga kami mempunyai identiti dan privasi. Kami tidak boleh bercakap mengenai semua perkara dan ada ‘borderline’ yang tidak boleh dilangkaui,” katanya.
Patrizia juga ‘menyerang’ pelakon, Al Pacino yang membawakan watak datuknya, Aldo Gucci dan berkata pelakon lagenda itu tidak mempunyai apa-apa persamaan dengan karakter asal.
“Datuk saya ialah seorang yang kacak seperti ahli keluarga Gucci yang lain. Al Pacio pula pendek dan foto menunjukkan dia gemuk dengan sideburn hodoh,” serangnya. Patrizia juga tidak dapat menerima kemunculan Jared Leto yang membawakan watak Paolo Gucci.
*
Setelah bekas isteri Maurizio Gucci, Patrizia dibenarkan keluar lebih awal dari penjara pada tahun 2016 (18 tahun dalam tahanan) juga tidak menggemari lakonan Lady Gaga ini.
Bercakap dengan ANSA, katanya, “Pemilihan Gaga sebagai saya dalam filem terbaru Ridley Scott ini adalah menjelikkan. Ia dilakukan tanpa perasaan timbang rasa untuk bertemu saya dahulu. Dia langsung tidak menghormati saya yang masih hidup.”
Ouch.
Buat masa ini, Lady Gaga, Adam Driver dan seluruh pasukan House of Gucci masih belum memberikan respon di atas tuduhan keluarga Gucci ini.
Hhm, apa yang kami pasti, Gaga tidak akan menerima sebarang tajaan untuk memakai busana Gucci selepas ini!
ARTIKEL BERKAITAN : 5 Jenis Face Mask Yang Dipakai Lady Gaga Semasa VMAs 2020