Ads
Home Berita “Keluarga Kami Bukan Rasis”, Putera William Nafi ‘Kenyataan Eksklusif’ Harry-Meghan

“Keluarga Kami Bukan Rasis”, Putera William Nafi ‘Kenyataan Eksklusif’ Harry-Meghan

Ads

Temubual eksklusif Oprah Winfrey bersama Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle ternyata mengejutkan dunia kerana pasangan diraja ini telah mendedahkan beberapa perkara sulit dalam istana buat pertama kalinya.

Terbaru, pewaris takhta Britain, Putera William yang juga merupakan abang kepada Putera Harry membuka mulut tenang isu ini dan menafikan keluarga diraja itu mempunyai sifat rasis atau perkauman daripada kenyataan Putera Harry dan isterinya, Meghan, dalam wawancara bersama Oprah, baru-baru ini.

“Keluarga Kami Bukan Rasis”, Putera William Nafi ‘Kenyataan Eksklusif’ Harry-Meghan

Ads

Bercakap ketika lawatan di London timur, Duke of Cambridge itu memaklumkan beliau belum bercakap dengan adiknya tetapi akan melakukannya dalam masa terdekat.
Ketika lawatan di Stratford bersama isterinya, Duchess of Cambridge, Putera William sempat menjawab soalan seorang wartawan: “Adakah keluarga diraja Britain rasis?”

Jawapan Putera William : “Kami bukan keluarga rasis,”

Istana Buckingham pada Selasa mengeluarkan kenyataan bahawa dakwaan Duke dan Duchess of Sussex itu membimbangkan dan akan ditangani secara tertutup.
“Keluarga Kami Bukan Rasis”, Putera William Nafi ‘Kenyataan Eksklusif’ Harry-Meghan
Dalam satu kenyataan, istana juga memaklumkan kedua-dua mereka tetap “ahli keluarga yang sangat disayangi”.

Selain daripada isu perkauman, terdapat beberapa fakta panas dan menarik di sebalik temubual Oprah ini berdasarkan persetujuan bersama Putera Harry dan Markle.

Ads
“Keluarga Kami Bukan Rasis”, Putera William Nafi ‘Kenyataan Eksklusif’ Harry-Meghan
Sumber Gambar :Harpo Productions/Joe Pugliese/Handout via REUTERS/File Photo

1. Tiada Sebarang Tapisan

Menurut Oprah, segala topik yang dibincangkan bersama dan disiarkan di seluruh dunia itu tidak mempunyai sebarang tapisan. Disebabkan itu, pendedahan seperti isu perkauman, monarki diraja dapat dikongsi buat pertama kalinya oleh pasangan diraja tersebut. Malah ia adalah permintaan mereka sendiri yang mahu tanpa sebarang suntingan.

2. Dibayar RM 5.7 Juta

Menurut laporan, stesen televisyen ITV telah membayar £1 juta (RM5.7 juta) untuk hak penyiaran program tersebut selama dua jam. Impak dari siaran tersebut, seramai 17.1 juta rakyat Amerika Syarikat (AS) telah menonton rancangan itu sekaligus menjadikannya sebagai program TV khas kedua yang meraih tontonan kedua tertinggi bagi tahun ini.

Ads

3. Iklan & Sinopsis Tidak Boleh Disunting

Pasangan diraja itu juga telah menetapkan bahawa iklan dan sinopsis untuk rancangan tersebut tidak boleh disunting sama sekali.

4. Hanya Dibenarkan Menggunakan Gambar & Video Disediakan

Sepanjang ditayangkan juga, Putera Harry dan Meghan juga hanya mahu penyiar menggunakan gambar dan video yang disediakan mereka untuk mempromosikan rancangan tersebut.

Sumber : Astro Awani , Mirror

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI