Ucapan pertama oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia sebentar tadi telah menarik perhatian REMAJA menerusi dua poin yang disebut beliau.
Demi memperkukuhkan asas ekonomi negara dan mengembalikan daya saing Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama di rantau Asia Tenggara, Perdana Menteri meminta agar penglibatan anak muda bertambah selepas ini.
“Saya pastikan suara anak muda didengari dan diberikan tumpuan dalam kerajaan ini.”
“Jangan risau, penglibatan anda semua amat dihargai dan mengharapkan anda bersama-sama dengan kerajaan ini untuk menjayakan agenda besar pemulihan negara,” umum beliau.
Dengan baki sekitar 21 bulan saja sebelum Pilihan Raya Umum ke-15, Perdana Menteri sedar; segala kemelut politik Malaysia selama ini sehinggakan posisi ‘Perdana Menteri’ perlu bertukar tangan hingga dua kali dalam satu penggal adalah sesuatu yang merugikan.
Ads
“Negara telah melalui dua peralihan kerajaan dan dua (peralihan) Perdana Menteri. Sebenarnya, peralihan tersebut dalam tempoh sepenggal adalah landskap politik yang merugikan rakyat dan negara.
“Marilah sama-sama kita bergerak ke hadapan. Kita leraikan segala perebutan kuasa politik.
“Kita sama-sama berjuang sebagai sebuah keluarga besar yang merangkumi penjawat awam, pekerja swasta dan yang bekerja sendiri untuk memulihkan semula tanah air kita ini,” seru beliau seiring dengan titah Yang di-Pertuan Agong semasa pertemuan bersama ketua-ketua parti, baru-baru ini.
Ads
PM Malaysia kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan tetap memberikan sokongan sepenuhnya kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob walaupun perlu melepaskan jawatan tersebut kepada Timbalannya. Dalam perucapan hari ini, Ismail Sabri mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin atas segala jasa dan penglibatan beliau dalam pemerintahan negara sepanjang bergelar Perdana Menteri hingga hari Isnin lepas. Sumber Foto : Facebook Muhyiddin Yassin
Tambah beliau, dalam waktu mencabar ini, semua pihak sepatutnya bersedia untuk bekerja keras dalam satu pasukan secara harmoni. Di sinilah Perdana Menteri ingin mengajak rakyat Malaysia tanpa mengira kepercayaan politik untuk memegang prinsip kebersamaan. Usah timbulkan lagi keresahan politik yang tidak berkesudahan dan merugikan semua pihak.
“Kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaan. Ini termasuklah mewujudkan kerjasama rentas parti.
“Justeru, saya ingin menawarkan ruang kepada kepimpinan pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan jawatankuasa khas menangani COVID-19..”
Untuk pengetahuan, sebelum ini beberapa nama pemimpin muda yang pernah disenaraikan dalam cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad termasuklah Datuk Seri Azalina Othman Said, Hannah Yeoh, Fahmi Fadzil dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Selain sektor politik, MPN juga diharap dianggotai oleh kumpulan profesional dari sektor perubatan, perundangan dan ekonomi bagi mencukupkan 20 anggotanya.
Ads
Semasa pemerintahan Maaysia di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin, MPN yang digerakkan oleh Tun Dr Mahathir ini telah sempat mengadakan mesyuarat pertamanya pada 5 Ogos lalu bersama 20 anggota terpilih seperti kesemua ahli politik yang disenaraikan di atas, Tan Sri Rafidah Aziz, Prof Dr Jomo K Sundram, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Dato Dr Fadzillah Kamaludin, Profesor Datuk Dr Lam Sai Kit dan beberapa nama lain.
REMAJA masih menantikan respon ahli politik muda negara di atas penawaran Dato’ Sri Ismail Sabri ini. Adakah masing-masing mampu mengenepikan kepentingan politik dan agenda sendiri demi kesejahteraan rakyat dan negara? Atau masing-masing masih berkeras hati disebabkan permainan politik yang dicatur mereka sehingga PRU yang akan datang? Sama-sama kita nantikan.
Bagi korang yang masih teragak-agak khususnya ketika pemilihan tudung untuk digayakan dengan warna baju, panduan suai padan ini boleh membantu. Tak adalah nanti digelar colour block dan jadi ‘bahan’ time raya.
Apa pun suai padan ini mampu tolong korang yang teragak-agak nak pilih warna apa nanti time raya.
Ini merupakan antara rangkaian untuk padanan warna pastel. Lebih lembut dan sesuailah untuk korang yang girly tu. hiks!
Amacam gaiss, dah dapat gambaran tak macam mana nak pilih warna tudung dan baju yang sepadan lepas ni?
Sesekali nak try color blocking apa salahnya kan. Berani dalam fesyen tapi make sure korang tak jadi fashion victim okay?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila rumah bersih dan kemas tentu sahaja penghuninya juga senang hati nak berehat selepas seharian keluar melakukan aktiviti harian.
Sumber Gambar : Vecislavas Popa from Pexels
Tapi sayangnya, ada sahaja penyebab membuatkan rumah kita mempunyai bau yang tidak sedap termasuklah bau sampah, masakan atau permaidani yang sudah hapak baunya.
Nak lagi tenang kita nak rumah berbau wangi sentiasa. Tapi, masalahnya kebanyakkan pewangi rumah tak tahan lama. Ada ke cara untuk mengekalkan wangian dalam rumah?
Hendak membeli wangian rumah, mungkin kena fikir dua-tiga kali. Mana tidaknya, harganya sahaja adakala boleh digunakan untuk membeli bekalan makanan selama seminggu lagi-lagi di musim Covid19 yang ramai terjejas pendapatan so kena la berjimat cermat.
Baru-baru ini seorang penguna Facebook Aine Soaudi berkongsi cara mudah untuk berjimat selepas gel pewangi rumah kering.
Menurut perkongsian beliau, wangian jenis gel ini boleh diguna pakai lagi dengan cara merendam semalaman.
Sumber Gambar : Aine Soaudi
Sumber Gambar : Aine Soaudi
Sumber Gambar : Aine Soaudi
Tambahan lagi, wangian pada gel tersebut masih elok juga selepas direndam. Namun ia hanya boleh direndam sekali je. Lepas tu boleh lah dibuang.
Rata-rata diruangan komen, warganet turut memberi komen sudah melakukan teknik ini dan ia berjaya!
Sumber Gambar : Aine Soaudi
Mudahkan? so lepas ni korang yang la membazir buang pewangi yang dah kering tu. Cuba tip ini. Selamat mencuba!
Jika dahulunya, rakyat selalu ternanti-nantikan pengumuman rasmi sama ada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal ditamatkan atau disambung setelah menghampiri tarikh akhir PKP yang ditentukan kerajaan.
Namun kini menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, rakyat harus melihat kepada jumlah kes COVID-19 harian sebagai indikator sama ada arahan PKP Penuh yang kita lalui sekarang akan ditamatkan ataupun tidak.
Itulah yang dijelaskan beliau hari ini bagi menjawab pertanyaan rakyat yang tertunggu-tunggu pengumuman rasmi pada hujung minggu ini setelah negara hampir menamatkan tempoh dua minggu PKP Penuh.
Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu ditemui di PPV Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada hari ini. Sumber Foto : BERNAMA.
“Saya nak jelaskan, sebab ada yang tidak berapa faham.
“Mereka kata sekarang ni dah nak tamat PKP dan sebagainya. Tapi sekarang ini kita tidak sebut PKP. Kita sebut kita berada di fasa.
“Sekarang ini ialah Fasa Pertama sampai Julai, mungkin pertengahan (Julai) dan sebagainya. Jadi bukan kita kira 28 Jun (sebagai penamat PKP).
“Kita masih di Fasa Pertama. Fasa Pertama ini kita akan lanjutkan sehingga mana kita telah mencecah nilai ambang. Ini termasuklah kes di bawah 4000, kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) sudah turun dari paras tenat (di mana kapasiti katil ICU sudah berada pada tahap sederhana) dan vaksinasi sudah ditingkatkan (sekurang-kurangnya 10 peratus rakyat sudah diberikan vaksin sepenuhnya).”
“Untuk kita beralih fasa, ia memerlukan kerjasama semua pihak untuk mematuhi SOP yang ditetapkan,” ulas beliau semasa ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada hari ini.
Untuk pengetahuan, setelah negara mencapai 3 indikator utama seperti yang dijelaskan oleh Perdana Menteri di atas, barulah kita akan beralih ke Fasa Kedua.
Peralihan ke Fasa Ketiga pula adalah apabila purata kes harian tidak melebihi angka 2000, kapasisi ICU sudah pada tahap mencukupi dan 40 peratus rakyat sudah diberikan vaksin sepenuhnya. Mengikut jangkaan, fasa ketiga yang akan memberikan lebih kelonggaran kepada rakyat itu hanya akan dicapai sekitar September 2021.
Fasa terakhir iaitu Fasa Keempat pula akan dicapai setelah purata kes harian berjaya turun ke paras bawah 50 kes.
Sama-samalah kita menjaga SOP dan duduk rumah seperti yang diarahkan guys. Buat masa ini, kita semua tahu negara sedang ‘tersangkut’ pada angka kes harian melebihi 5000 kes. Sekiranya kita ingin bebas dengan lebih pantas, kita sendiri perlu laksanakan tanggungjawab peribadi dengan tidak meletakkan diri dalam risiko dijangkiti wabak COVID-19.
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...