Cerita buli seakan tidak pernah selesai di negara ini. Bukan hanya di sekolah tetapi di institusi pengajian tinggi turut terjadi hingga membawa kepada kematian. Walau banyak didedahkan di media sosial tetapi rasa takut pada pembuli tidak pernah habis.
Semalam seorang abang, Azrul Fikri telah memuat naik kisah adiknya, Afiq Fikri yang dipukul 7 orang rakan di pusat tahfiz hingga organ hatinya cedera dan organ limpanya hancur dan berada di zon merah selepas dibuli.
Malah kes ini sudah pun menjadi kes polis di mana 7 orang pelajar sudah ditahan. Isu pusat tahfiz yang pada awalnya dilihat untuk melahirkan hafiz dan hafizah seakan bertukar menjadi “sekolah samseng” bagi ibu bapa yang tidak dapat mengawal anak masing-masing kerana ramai berfikiran bila masuk ke pusat tahfiz anak akan jadi baik.
Walau tidak semua berperangai begitu tetapi ibu bapa harus membetulkan pemikiran sendiri andai tidak mampu mengawal anak-anak, jangan dihantar ke pusat tahfiz kerana masih ramai yang datang untuk belajar agama.
Baca perkongsian Azrul Fikri.
Assalamualaikum, adik saya Afiq Fikri, hari ni hari jadinya (11/3), seorang pelajar tahfiz di salah sebuah Pusat tahfiz di tanjung karang, telah dibuli & dipukul oleh pelajar tahfiz lain, dan telah mengakibatkan organ hati nya cedera serta organ limpa hancur, ketika di zon merah, doktor memberitahu kemungkinan organ limpa akan dibuang dan akan menyebabkan sistem imunisasi badan tidak akan berfungsi (mudah terkena penyakit), Afiq berkata pada saya yang dia telah dipukul lebih kurang 5 hingga 7 orang. Ketika badannya mulai lemah, mereka mengangkat Afiq dan hempas ke lantai. Pihak keluarga telah meminta rakaman cctv, tetapi pihak tahfiz mengatakan yang cctv mereka rosak, report polis telah dibuat. Mohon bantuan rakan rakan , supaya doakan Afiq sembuh seperti sedia kala. Amin
Edit info : Bukan Afiq sahaja yang di pukul, ada lagi 3 orang rakan afiq, turut sama di pukul, cuma kecederaan pada Afiq sangat teruk sehingga di tahan wad, yang bertanya siapa yang memukul, ada gambar mereka di bawah, mereka pelajar senior tahfiz tersebut, saya mengucapkan terima kasih pada semua yang mendoakan dan beri kata kata semangat pada Afiq.
***** – 7 pelajar terbabit telah di tangkap dan di bawa ke ipd Selangor
– penjaga/ibu bapa pelajar terbabit memohon keluarga kami untuk menarik report, pihak keluarga kami menolak.