Pengasas jenama kecantikan Dnars Cosmetics, Faziani Rohban Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia hari ini dalam satu kemalangan jalan raya di Pattani Thailand.
Arwah, 39 dilaporkan maut di lokasi kejadian akibat parah dan tersepit di bahagian penumpang hadapan. Manakala suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim pula dilaporkan cedera. Kemalangan melibatkan kenderaan MPV Toyota Estima yang dinaiki mangsa berselisih dengan sebuah lori.
Ads
Menurut laporan awal media, kedua-duanya baru saja keluar dari rumah mereka di Wakaf Bharu, Tumpat pada jam 9 pagi dan sedang dalam perjalanan untuk ke pondok di Yala, Thailand untuk memberikan sumbangan.
Adik mangsa, Mohd Faizul Robhan juga berkata bahawa kakaknya baru pulang 3 hari daripada menunaikan umrah di Makkah. Kemudian mereka berlepas ke Jakarta untuk berbuka puasa bersama anak yatim sebelum pulang ke Kelantan.
*****
Bercakap di akaun Facebook-nya tak lama dahulu, Puan Faziani pernah berkata perbuatan baik sesama manusia ini bukan saja memberi kelebihan kepada si penerima. Ia juga adalah untuk penjagaan diri sendiri daripada sifat-sifat yang ditegah Allah.
Ads
“Perbuatan bantu-membantu ini membolehkan kami sendiri belajar untuk tidak berkira. Ia juga akan menjauhkan si pemberi daripada manusia yang mempunyai perasaan khianat dan dengki terhadap apa-apa pencapaian dan pemberian Allah yang kami terima.
“Saya yakin doa-doa penerima bantuan kami lah yang selalu mengiringi perjalanan kehidupan kami di Dnars. Di antara mereka adalah golongan orang susah, ibu tunggal, anak yatim dan warga kurang upaya (OKU).
Ads
“Mereka memerlukan bantuan sesuap nasi. Daripada hasil perniagaan kami, kami cuba membantu seramai boleh dan sebaiknya hanya kami dan Allah saja yang tahu,” ulas arwah.
Sesungguhnya kematian itu tidak diundang. Jika sudah tercatit bahawa masa kita sudah tiba, ia tidak akan dilambatkan atau dipercepatkan walaupun sesaat.
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beberapa syarikat telekomunikasi tempatan mengambil inisiatif untuk membantu rakyat sepanjang tempuh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) dengan menawarkan data Internet percuma dan lain-lain kemudahan.
Hal ini diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sebentar tadi.
Menurut MCMC, bagi industri telekomunikasi dan multimedia, beberapa pakej khas akan ditawarkan dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi, termasuk usaha-usaha menambahbaik rangkaian telekomunikasi bernilai RM1 bilion.
Selain itu, semua pelanggan pascabayar & prabayar celcom, DIGI, Maxis dan umobile akan menerima internet berkelajuan tinggi setiap hari sebanyak 1 GB secara percuma.
Penggunaan kuota data ini bebas mengikut kehendak pelanggan tetapi hanya aktif dari 8 pagi hingga 6 petang. Dengan ini masalah kekurangan data untuk melakukan kerja dari rumah misalnya dapat dielakkan.
Moga berita baik ini memberi manfaat kita semua dan korang boleh la duduk rumah diam-diam okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selalukan kita dengar orang sebut, dosa fitnah itu lebih besar dari membunuh. Ramai beranggapan bahawa fitnah yang ditaburkan itu lebih teruk dari membunuh kerana biar masih hidup, orang yang difitnah itu akan “cedera” dari segi emosi dan perasaannya.
Tetapi ternyata, tanggapan itu salah kerana ayat Quran itu hanya diambil tidak menyeluruh dan tidak mengambil kira bagaimana ayat itu diturunkan. Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman entri fbnya.
Soalan: Assalamualaikum. Kita sering mendengar kata-kata ‘dosa memfitnah lebih besar daripada membunuh’ dan ada yang menyatakan ‘lebih baik membunuh daripada memfitnah!”. Benarkah pernyataan begini SS Datuk Mufti? Jazakallah.
Jawapan: Pernyataan atau dakwaan bahawa dosa memfitnah dalam erti kata membuat tuduhan palsu terhadap seseorang adalah lebih besar dosanya daripada membunuh telah tersebar luas dalam kalangan masyarakat.
Banyak nasihat dan peringatan diberikan akan bahayanya fitnah dan betapa besarnya dosa melakukan pertuduhan palsu terhadap seseorang atau mereka-reka berita yang tidak benar tentang sesuatu perkara. Mereka berdalilkan dua ayat al-Qur’an yang sering dipetik untuk menyokong pernyataan tersebut:
Maksudnya: … dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan… (Surah Al-Baqarah: 191)
Maksudnya: Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan. (Surah Al-Baqarah: 217)
Insya-Allah, pada kesempatan ini kami akan jelaskan maksud sebenar kedua-dua petikan ayat al-Qur’an ini berdasarkan konteks keseluruhan ayat dari sudut siyaq al-ayat (urutan sebelum dan selepas ayat) beserta tafsiran daripada para ulama’ tafsir yang mu’tabar.
Konteks Penurunan Ayat
Bagi ayat 191 Surah Al-Baqarah, ayat penuhnya ialah: Maksudnya: Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.
Manakala bagi ayat 217 surah yang sama pula, ayat penuhnya ialah: Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah.
Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).
Komentar Ulama’ Tafsir
Kami nukilkan disini takrifan dan maksud kalimah fitnah yang terdapat dalam kedua-dua ayat di atas:
Imam at-Thabari
Makna fitnah dalam ayat فتialah syirik, maka ayat ini bermaksud penentangan kaum kafir musyrikin terhadap orang Mu’min sehingga dia kembali menjadi musyrik, adalah lebih dahsyat dan lebih memudaratkan berbanding dia dibunuh dalam keadaan dia tetap berpegang teguh pada agamanya (Islam). Beliau turut menukilkan pandangan Mujahid yang mempunyai maksud yang sama dalam hal ini. (Rujuk Jami’ul Bayan fi Ta’wil al-Qur’an, 3/565)
Imam al-Qurthubi
Menurut beliau, ayat ini turun berkenaan salah seorang sahabat yang bernama Waqid bin Abdillah at-Tamimiy r.a yang telah membunuh ‘Amru bin al-Hadhramiy pada akhir bulan Rejab (salah satu bulan haram) dalam satu ekspedisi bersama beberapa orang sahabat yang lain, dalam usaha menangani ancaman musyrikin Quraish di Mekah.
Maka, fitnah dalam ayat ini merujuk kepada usaha orang kafir untuk memaksa kaum Muslimin supaya kembali kepada kekufuran, dan ia adalah lebih besar kemudaratannya berbanding usaha balas kaum Muslimin untuk kembali memerangi mereka meskipun pada bulan-bulan haram. (Rujuk Tafsir al-Qurthubi, 2/351 dan 3/46)
Syaikh Abdurrahman as-Sa’di
Kata Syeikh as-Sa’di, berperang sewaktu bulan-bulan haram di Tanah Haram (Mekah) merupakan satu mafsadah, namun demikian fitnah yang dilakukan oleh kaum Musyrikin iaitu menghalang manusia daripada agama Allah dan melakukan syirik merupakan mafsadah yang lebih besar. Maka berperang dalam keadaan tersebut adalah diharuskan.
Daripada ayat ini jugalah salah satu kaedah fiqh yang masyhur diambil: Mengambil / melakukan mudharat yang lebih kecil untuk mengelakkan mudharat yang lebih besar. (Rujuk Taysir al-Karim ar-Rahman, 1/89 dan 1/97)
Kesimpulan Kesimpulannya, dua ayat al-Qur’an yang dipetik berkenaan fitnah itu tidak memberi maksud dosa memfitnah orang lain seperti tuduhan zina tanpa bukti adalah lebih besar dosanya berbanding membunuh. Istilah fitnah dalam konteks ayat di atas merujuk kepada penentangan kaum kafir musyrikin terhadap orang Mu’min dan kesyirikan mereka terhadap Allah SWT.
Sangkaan bahawa dosa memfitnah seperti menuduh seseorang adalah lebih besar dosanya berbanding membunuh adalah tidak tepat sama sekali dan tersasar daripada kehendak sebenar al-Qur’an.
Kefahaman terhadap al-Qur’an hendaklah bersumberkan daripada tafsiran para ulama’ mu’tabar, dan bukan sekadar sangkaan (zhann) atau ikut-ikutan tanpa penelitian.
Wallahu a’lam.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemenangan Joko Widodo dalam Pilihan Raya Presiden (Pilpres) setelah ia diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia semalam nampaknya tidak disambut gembira oleh sesetengah penyokong parti pencabar.
Buktinya sejak semalam, beberapa rusuhan telah tercetus di sekitar ibu kota Jakarta sehingga mengakibatkan 6 orang maut manakala 200 lagi cedera setakat jam 9 pagi tadi.
Setelah pihak hospital menjalankan bedah siasat terhadap 6 mangsa terbabit, malangnya kebanyakan daripada mereka merupakan penyokong calon presiden, Jeneral Probowo Subianto.
Menteri Koordinator Bidang Politik Hukum dan Keamanan Indonesia iaitu Wiranto berkata dalang di sebalik rusuhan ini telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa. Lalu, mereka akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan keamanan di Jakarta terjamin, walaupun tindakan terpaksa diambil ke atas perusuh remaja yang merupakan sebahagian besar daripada jumlah yang dikenal pasti.
“Mereka cuba untuk meniup api kebencian terhadap kerajaan. Pelik apabila penyokong Jeneral (Probowo) yang maut sedangkan aksi keganasan dilakukan oleh kelompok lain selain yang turun rusuhan. Mereka ini telah diupah terlebih dahulu,” kata beliau.
Dalam video rusuhan yang tersebar menerusi media sosial, ternyata ramai remaja di bawah umur yang turut terlibat sama. Walaupun ada yang tak layak untuk mengundi lagi, mereka turun padang juga bagi ‘meramaikan’ situasi.
“Kami prihatin soal perusuh yang di bawah usia ikut sama merusuh. Bukan saja mereka merisaukan kami dan pihak berkuasa, tetapi juga keluarga mereka yang sedang berada di rumah pada bulan Ramadan ini.”
Dalam pada itu, Kedutaan Besar Malaysia menyarankan agar rakyat Malaysia di Jakarta terutamanya di kalangan pelajar universiti agar mengikuti berita sahih menerusi laporan media tempatan dan tidak mempercayai bulat-bulat berita yang disampaikan melalui media sosial.
Mereka juga dinasihatkan untuk tidak melalui beberapa kawasan rusuhan dan perhimpunan besar-besaran dalam tempoh terdekat.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...