Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Rumah Anak Yatim, Arwah Pengasas Dnars Cosmetics Gemar Membantu

Share

 

Pengasas jenama kecantikan Dnars Cosmetics, Faziani Rohban Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia hari ini dalam satu kemalangan jalan raya di Pattani Thailand.

 

Arwah, 39 dilaporkan maut di lokasi kejadian akibat parah dan tersepit di bahagian penumpang hadapan. Manakala suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim pula dilaporkan cedera. Kemalangan melibatkan kenderaan MPV Toyota Estima yang dinaiki mangsa berselisih dengan sebuah lori.

 

 

Menurut laporan awal media, kedua-duanya baru saja keluar dari rumah mereka di Wakaf Bharu, Tumpat pada jam 9 pagi dan sedang dalam perjalanan untuk ke pondok di Yala, Thailand untuk memberikan sumbangan.

Adik mangsa, Mohd Faizul Robhan juga berkata bahawa kakaknya baru pulang 3 hari daripada menunaikan umrah di Makkah. Kemudian mereka berlepas ke Jakarta untuk berbuka puasa bersama anak yatim sebelum pulang ke Kelantan.

*****

Bercakap di akaun Facebook-nya tak lama dahulu, Puan Faziani pernah berkata perbuatan baik sesama manusia ini bukan saja memberi kelebihan kepada si penerima. Ia juga adalah untuk penjagaan diri sendiri daripada sifat-sifat yang ditegah Allah.

“Perbuatan bantu-membantu ini membolehkan kami sendiri belajar untuk tidak berkira. Ia juga akan menjauhkan si pemberi daripada manusia yang mempunyai perasaan khianat dan dengki terhadap apa-apa pencapaian dan pemberian Allah yang kami terima.

“Saya yakin doa-doa penerima bantuan kami lah yang selalu mengiringi perjalanan kehidupan kami di Dnars. Di antara mereka adalah golongan orang susah, ibu tunggal, anak yatim dan warga kurang upaya (OKU).

“Mereka memerlukan bantuan sesuap nasi. Daripada hasil perniagaan kami, kami cuba membantu seramai boleh dan sebaiknya hanya kami dan Allah saja yang tahu,” ulas arwah.

Instagram

 

Instagram

 

Sesungguhnya kematian itu tidak diundang. Jika sudah tercatit bahawa masa kita sudah tiba, ia tidak akan dilambatkan atau dipercepatkan walaupun sesaat.

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah.

Published by
FZ